“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Jun 09, 2010

Penagih gian curi seluar dalam, coli

ROSLAN (kiri) dan Ketua Turus Hal Ehwal Awam IPK Terengganu, Asisten Superintendan Razali Mohamed Shahid menunjukkan seluar dalam wanita yang dirampas daripada seorang penagih di Kampung Rawai, semalam.

Pelik... pelik punya berita. Pelik punya species dengan tabiat hobinya yang pelik terbongkar, ketika rumah suspek diserbu. Hemmm... siapa-siapa yang tinggal di kawasan Marang dan Dungun, pernah mengalami kejadian kehilangan seluar dalam dan coli, eloklah ke balai polis berkenaan untuk membuat pengecaman hak milik peribadi masing-masing.... kui... kui... kui...

KUALA TERENGGANU 8 Jun : Dalam serbuan serbuan 'Ops Tapis', polis memberkas seorang penagih dadah (penagih pil kuda) di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang. Polis mendapati suspek yang juga kakitangan Pejabat Kesihatan daerah sebenarnya mempunyai hobi pelik iaitu mencuri dan menyimpan lebih 400 seluar dalam dan 10 coli wanita.

Lebih mengejutkan, polis yang memeriksa lelaki itu mendapati dia memakai seluar dalam wanita.

Suspek yang masih bujang mempunyai terlalu banyak koleksi pakaian dalam wanita dan siasatan mendapati dia memperolehnya dengan cara mencuri di sekitar daerah Marang dan Dungun. Dalam serbuan jam 2.45 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Marang memberkas lelaki berusia 39 tahun yang didapati positif ujian dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata serbuan ke rumah suspek sebahagian operasi memberkas penagih di daerah Marang. Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku mencuri dan memakai seluar dalam wanita sejak berada di sekolah menengah lagi.

“Serbuan rumah suspek atas kesalahan dadah tetapi lain pula yang kami temui dan keadaan ini agak mengejutkan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. Polis menahan suspek kerana sebelum ini dia merupakan penagih pil kuda.

Roslan berkata, suspek akan dituduh di mahkamah atas dua kesalahan terdahulu berkaitan penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

"Saringan air kencing yang dijalankan hari ini juga menunjukkan dia positif mengambil dadah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Alor Limbat, Marang, jam 5.30 pagi semalam, polis merampas 60 pil kuda RM2,400 dan turut menahan tiga lelaki dan seorang wanita.

Sumber berita : BH 09/06/2010 dan UM 09/06/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails