“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Jun 18, 2010

Tamakninah, rukun solat yang sering diabaikan...


Assamalualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, kita berjumpa lagi di hari Jumaat yang mulia ini. Hari ini saya membaca artikel di belog pemangkin minda, Ustaz Baei, ada cerita sedikit fasal perkara penting yang wajib kita ambil tahu.

Sebelum itu, izinkan saya memetik fakta yang diperolehi daripada satu kajian yang telah dibuat oleh pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkenaan solat orang Muslim di Malaysia. Rujuk entry : Betullah orang Malaysia semakin gila!. Menurut kajian beliau yang saya simpulkan di sini :

  1. 80% umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu sehari
  2. hanya 17~20% sahaja yang cukup menunaikan solat fardu lima waktu sehari
  3. hanya 15% pelajar sahaja mengaku mengerjakan solat lima kali sehari
Hemmm… Menakutkan! Ini secebis fakta tentang umat yang mengaku Islam [NB: Islam baka?] yang meninggalkan solat. Persoalannya, daripada 20% yang mengerjakan ibadah solat ini, kekhusyukannya dan kesempurnaannya pula, bagaimana?

Cukuplah cerita yang tidak berapa sedap tangan hendak menulis dan pedih pula mata pengujung hendak membacanya… saya ingin mengajak diri sendiri dan juga pengunjung belog membuat sedikit revision ulangkaji tentang ibadah solat. Mudah-mudahan kita dapat menjaga kesempurnaan ibadah ini, insya Allah.

Solat yang sempurna adalah solat yang berkualiti dan solat sebeginilah, solat yang diterima oleh Allah. Apakah yang menjadikan solat itu berkualiti? Inilah persoalan yang seharusnya difikirkan oleh umat Islam sebelum melaksanakan solat. Mengapa?

Solat tanpa kualiti akan menyebabkan umat Islam terus terjebak dengan dosa walaupun mereka melakukan solat
, sebagaimana Allah SWT berfirman mafhumnya, “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabuut 29:45)

Kualiti pada solat dinilai pada tiga perkara:

1. Hatinya ketika niat solat.

Seseorang yang niatnya untuk menghadap Allah dengan hati yang ikhlas itulah niat yang berkualiti. Di sini ada juga yang berniat solat dalam keadaan terpaksa, malu alah dengan orang lain. Jadi, bersihkan hati dengan penuh bersedia untuk solat.

2. Perbuatan solatnya mengikut rukunnya.

Rukun solat sebanyak 13 perlu dilakukan dengan sebaiknya. Kualiti solat bergantung kepada perbuatan berdiri, rukuk dan sujud juga tamakninah. Semua itu telah diajarkan oleh Rasulullah melalui contoh solat Baginda. Sabdanya, “Solatlah seperti mana kamu melihat aku solat.”

3. Bacaan pada setiap pergerakan solatnya.

Bacaan dalam solat sama ada wajib atau sunat perlu dibaca dengan baik. Sebutannya mesti betul dan ada maknanya. Memang ada sesetengah orang yang oleh sebab telah menghafalnya bertahun-tahun, tersilap sebutannya. Kalau dia mahu membaca buku doa semula, tentu akan bertemu kesilapannya dan boleh membetulkan kesilapan itu. Ini jugalah yang menentukan kualiti solat.

Check list rukun solat


Rukun solat ertinya tiang solat, iaitu beberapa perkara dan perbuatan tertentu dalam solat. Jika salah satu rukun (perbuatan atau perkataan) tertinggal, maka solat itu tidak sah hukumnya. Adapun rukun solat itu 13 perkara iaitu:
  1. Berniat
  2. Berdiri betul
  3. Membaca takbiratul-ihram
  4. Membaca al Fatihah
  5. Rukuk dan tamakninah
  6. Iktidal dan tamakninah
  7. Sujud adan tamakninak
  8. Duduk antara dua sujud dan tamakninah
  9. Duduk yang akhir
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Mengucapkan selawat atas Nabi SAW
  12. Salam yang pertama
  13. Tertib

~ ayam patuk tanah ~

Pernahkah anda melihat ayam yang mematuk tanah mencari cacing? Tak pernah? Alahai... orang bandar ya.... Ayam yang kita kenali sudah siap disembelih dan dibersihkan. Ada juga ayam yang sudah siap dimasak untuk terus dimakan... OK, pernahkah anda melihat bagaimana seekor ayam makan? Jika tidak secara ‘live’, tentu pernah melihatnya di kaca tv, ek…? Ayam yang sedang makan, ia mematuk-matuk dengan cepat, hingga saya sendiri tidak tahu sama ada ia sempat menelan benda yang dipatuknya kerana ia sudahpun membuat patukan yang lain pula… Namun tak pernah saya melihat ayam tersedak atau tercekik.... Maaf, melalutlah pulak…

Berbalik kepada cerita tentang ibadah solat, perasankah, ada di antara kita yang bersolat seperti ayam mematuk makanan?! Ini saya namakan ‘solat ayam patuk’ atau ‘solat express’… Ya! Ramai di antara kita dalam solatnya tidak melaksanakan tamakninah seperti ketika rukuk, iktidal dan sujud. Sedarkah kita sekiranya kita ber‘solat express’, ini menyebabkan kita meninggalkan perbuatan rukun yang mana jika ditinggalkan, solat kita TIDAK SAH.

Apakah yang dimaksudkan tamakninah?

Tamakninah dalam bahasa mudah bererti ‘bertenang’, orang putih sebut ‘ease’. Tamakninah ialah berhenti sebentar, sekadar sebutan ‘subhanallah’ sedang anggota berat hendaklah berhenti membuat sebarang pergerakan.

Anggota berat yang dimaksudkan itu ialah kedua tangan hingga ke pergelangan tangan dan kaki. Sekiranya anggota ini bergerak semasa rukuk tanpa berhenti, maka belum lagi dinamakan tamakninah. Kalau pergerakan ini berlaku tiga kali berturut-turut maka batallah solatnya. Anggota ringan ialah jari, lidah, kelopak mata dan zakar. Jika anggota ini banyak pergerakannya, maka tidak batal solatnya, tapi hanya makruh. Ibarat anda memandu sebuah kenderaan, maka pada waktu di persimpangan wajar hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah. Begitulah seharusnya berlaku dalam solat.

Oleh sebab tamakninah sebahagian daripada rukun solat maka pengabaiannya boleh membatalkan solat. Hal ini sering diabaikan kerana kurang pendedahan semasa belajar. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Bayangkan jika kita bersolat sepanjang hayat tetapi kita diibaratkan seperti ayam yang mematuk tanah... Adalah solat kita diterima Allah...?

Di sini disenaraikan tempat yang perlu tamakninah dan kesilapan yang sering terjadi.

1. Rukuk, sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama dan kedua tangan memegang kepala lutut, sepatutnya hentikan pergerakan kasar seketika. Itulah kadar tamakninah yang barangkali sempat dia membaca subhanallah.

2. Iktidal, pergerakan bermula daripada keadaan rukuk kembali menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti dia berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri dahulu dan itulah kadar tamakninah.

3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan tenang itulah kadar tamakninah.

4. Sujud kali kedua, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan itulah kadar tamakninah.

5. Duduk antara dua sujud, sewaktu duduk sambil membaca doa, “rabbighfirli...” tidak mungkin berlaku pergerakan anggota besar, apatah lagi tangan diletakkan di atas paha. Keadaan setenang itulah tamakninah yang harus dipatuhi.

Berikut adalah tempat yang sering diabaikan tamakninah:

1. Iktidal, terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

2. Iktidal, terdapat juga sesetengah orang sama ada orang muda mahupun orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, tangannya diayunkan berkali-kali dan belum sempat tangan itu berhenti, dia telah turun untuk sujud. Solat ini juga tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

3. Sujud, waktu sujud dua kakinya dibiarkan bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana syarat sah sujud bila tujuh anggota sujud mencecah ke lantai. Pada masa yang sama solat itu sah kerana tidak berlaku tamakninah.

Selain itu, sewaktu kita bangun daripada sujud kedua kepada rukun berdiri tegak untuk rakaat seterusnya tidak ada tamakninah. Namun untuk lebih bersopan kita disunatkan duduk sebentar yang perbuatan itu diberi nama duduk istirahat. Duduk yang dimaksudkan ini bukan tetap seperti yang dilakukan ketika duduk antara dua sujud tetapi sekadar berhenti. Ibarat anda memandu kereta, pada persimpangan yang tidak sebuk anda membrekkan kenderaan tetapi tayarnya masih bergerak. Wallahu ‘alam.

Langkah-langkah memelihara hikmah solat

Ada beberapa hal yang perlu kita perhatikan di saat melaksanakan ibadah solat agar hikmah di dalamnya selalu terjaga.

Pertama: Menjaga rukun-rukun, perkara-perkara wajib dan sunat solat.

Rasulullah SAW bersabda: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku solat.”

Kedua: Ikhlas, khusyuk dan menghadirkan hati
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Surah al-Bayyinah 98:5)

Ketiga: Memahami dan mentadabburkan ayat, doa dan makna solat

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Surah al-Maa‘uun 107:4-5)

Kempat: Mengagungkan Allah dan merasakan kehebatan Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “…Kamu mengabdi kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan apabila kamu tidak melihat-Nya, maka (yakinlah) bahwasanya Allah melihat kamu…” (Hadis riwayat Muslim)

Semoga kita semua mampu merenungkan kembali pengertian solat dan memperbaiki ibadah ini, mudah-mudahan kita benar-benar meraih keagungan hikmah-hikmah solat yang dijanjikan Allah SWT. Amiin.




Rujukan entry :
Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails