“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Jun 23, 2010

Maut akibat pendarahan

ANGGOTA polis membawa mayat pelajar ditemui mati di sebuah resort di PCB, Kota Bharu selepas dipercayai mengalami pendarahan serius.


Pelajar Tingkatan Lima maut akibat pendarahan - Mangsa ponteng sekolah dipercayai alami keguguran


KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Lima yang ponteng sekolah, ditemui mati dalam sebuah resort dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini pagi semalam, dipercayai akibat pendarahan teruk kerana keguguran.

Mangsa, pelajar sebuah sekolah menengah di Pasir Mas, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja resort terbabit kira-kira jam 9 pagi.

Gadis terbabit dikatakan ke PCB dengan membonceng motosikal teman lelakinya yang juga pelajar sebuah sekolah di Pasir Mas, sebelum remaja lelaki itu mendaftar masuk resort berkenaan. Ketika berada dalam bilik yang ditempah, mangsa dipercayai mengalami pendarahan sebelum pengsan, menyebabkan teman lelakinya bergegas memaklumkan kejadian itu kepada pekerja resort berkenaan.

Pekerja terbabit yang bergegas ke bilik penginapan itu mendapati mangsa sudah meninggal dalam keadaan berlumuran darah di bahagian bawah badan mangsa sebelum menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang menimpa gadis terbabit di resort berkenaan.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke resort berkenaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat pendarahan teruk yang dialaminya. Siasatan awal tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat terhadap mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat. Setakat ini, kita mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diterima,” katanya.

Polis turut mengambil keterangan dalam teman lelaki pelajar terbabit untuk membantu siasatan kes itu.

Seorang guru mangsa yang turut bergegas ke tempat kejadian sejurus dihubungi polis, berkata pelajar terbabit dipercayai ponteng selepas dihantar ke sekolah oleh ahli keluarganya.

Sumber : BHarian 2010/06/22


1 ulasan:

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails