“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Jun 16, 2010

Kekasihmu milik orang?!


KENALI dengan mendalam sikap lelaki pujaan hati anda agar tidak tersilap memilih kekasih hati kepunyaan orang. – Gambar hiasan


Pernahkah anda mengalami situasi begini : “GERAMNYA! Ingatkan selama ini dia berlaku jujur tetapi rupa-rupanya lidah bercabang!” Itu antara ungkapan pertama yang akan dilemparkan setelah mendapat tahu si dia kekasih hati, rupa-rupanya milik orang. Lebih menambah kemarahan di hati apabila mengetahui si dia sudahpun berumahtangga dan mempunyai cahaya mata.

“Kenapa aku tidak diberitahu lebih awal?” atau “Mengapa ini yang terjadi?”, adalah antara persoalan yang bermain di kotak fikiran anda ketika itu.

Kita tidak dapat mengelak daripada merasa diri ditipu hidup-hidup dengan lelaki sebegini. Untuk mengelakkan daripada “terjebak” dengan kekasih ataupun suami orang, minggu ini berkongsi tip bagaimana mengesan keperibadian yang tersurat pada diri seorang lelaki menerusi sikap dan tingkah lakunya.

1. Cuba alih renungan wajahnya

Sewaktu berbual, si dia cuba mengelak daripada memandang tepat ke wajah anda kerana bimbang pembohongannya dapat dikesan. Kata orang, apabila seseorang telah melakukan kesalahan, hatinya akan berasa resah bagai tidak menentu apabila berbicara.

Tak rugi jika anda luangkan sedikit wang untuk menghadiri kursus NLP, bagi menguasai teknik-teknik mengenali seseorang melalui tingkah-laku dan bahasa badan ketika berbicara.

2. Elak berjumpa di tempat awam

Si dia jarang mengajak anda keluar makan bersama di kawasan yang terbuka seperti pusat beli-belah atau di restoran. Perbuatan ini dilakukan kerana si dia khuatir sekiranya tindakan itu akan dikesan oleh orang lain yang mengenali dirinya.

Bagi menjaga statusnya sebagai suami atau kekasih orang, si dia sanggup membeli sahaja makanan dan menikmatinya di dalam kereta.

3. Bola mata tidak ketentuan

Ketika anda dan si dia sedang menikmati kemesraan kala berjumpa, posisi bola matanya dilihat tidak tentu arah. Sekejap ke kanan dan beralih pula ke kiri bagai memerhati dunia di sekeliling.

Ini mungkin kerana si dia bimbang terserempak dengan rakan-rakannya atau saudara mara kekasih mahupun isterinya.

4. Sukar untuk dihubungi

Setiap kali menelefonnya, si dia sentiasa sibuk atau mungkin berada di luar kawasan liputan. Si dia kerap kali sukar dihubungi melalui telefon bimbitnya walaupun menggunakan dua atau lebih daripada satu talian telefon. Ini kerana si dia hendak menyembunyikan rahsianya daripada terbongkar.

5. Merahsiakan alamat dan nombor telefon rumahnya

Anda tidak pernah diberitahu di mana si dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya. Segala maklumat penting itu seolah-olah ingin dirahsiakan daripada kamu.

Paling ketara, sewaktu si dia berada di rumah. Intonasi ketika berbual menerusi telefon amat berbeza. Si dia tiba-tiba mengubah topik perbualan dan meletakkannya dengan cepat.



6. Elak berjumpa orang tuanya

Si dia yang telah pun berpunya juga tidak pernah atau tidak akan sesekali menjemput anda datang ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya. Ini kerana dia bimbang, rahsianya akan terbongkar.

7. Pengalamannya begitu luar biasa

Pengetahuan tentang isi hati wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdampingan dengan wanita lain. Pandai memujuk dan bijak menyelongkar rahsia dalaman wanita, antara kelebihan yang ada pada dirinya.

8. Alert! ‘Kegatalan’ yang melampau

Sewaktu bersama anda, si dia berani melakukan sesuatu tanpa disedari. Ini kerana si dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya. Oleh itu, anda seharusnya berhati-hati dan ambil tindakan berjaga-jaga dengan sikap lelaki yang seperti ini.

9. Masa yang terhad

Disebabkan banyak komitmen yang perlu ditunaikan, si dia begitu sukar untuk bertemu dan meluangkan masa berbual di telefon.

Menyedari masalah itu, kamu pula yang terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan. Alasannya, dia sibuk, sedangkan dia sebenarnya menemani wanita lain, mungkin temanita ataupun isteri dan anak-anaknya sendiri!

10. Menjauhi perbualan telefon

Bila telefonnya berdering, si dia akan beredar ajak jauh daripada anda atas alasan takut perbualannya didengari. Untuk menyelamatkan diri, dia sanggup berjalan jauh.

Awas, jangan tertipu dengan si dia buaya daratan!




Sumber rujukan : Kosmo 11/01/2008

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails