KUALA TERENGGANU 7 Jun - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, dekat sini hari ini menangis teresak-esak selepas dihukum penjara 12 bulan dan denda RM7,000 kerana membuang bayi yang dilahirkannya, dua tahun lalu.
Zarina Sulaiman, 22, (gambar) dari Kemaman dijatuhi hukuman tersebut oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.
Hukuman penjara tersebut diperintahkan berkuat kuasa mulai hari ini.
Mengikut pertuduhan, Zarina didakwa secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini antara pukul 11 malam dan 12 tengah malam, 29 Januari 2008.
Zarina yang berbaju kurung dan bertudung warna coklat didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dalam kejadian itu, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan separuh terbakar di celah timbunan sampah di tempat pembuangan sampah di kawasan asrama berkenaan oleh seorang tukang sapu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Mohd. Hayyatuddin Muhamad.
Terdahulu, Masriwani meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh.
"Kesalahan buang bayi merupakan kesalahan serius walaupun tertuduh berusia 19 tahun semasa melakukan perbuatan itu tetapi hukuman patut diberi sebagai pengajaran kepada masyarakat,'' katanya.
Mohd. Hayyatuddin ketika mengemukakan rayuan untuk anak guamnya pula memohon hukuman ringan kerana Zarina telah menyesal dan membuat pengakuan bersalah selain daripada ia kesalahan pertamanya.
''Tertuduh juga merupakan mangsa dalam kes ini selepas dia yang merupakan gadis kampung dan naif terpedaya dengan lelaki yang kini tidak dapat dikesan.
''Selain itu, masa depan tertuduh juga akan musnah jika dia yang baru tamat pengajian Diploma Sains Fizik dikenakan hukuman penjara kerana Zarina telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana muda,'' katanya.
Sumber : Utusan 08/06/2010
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Jun 08, 2010
Bekas pelajar UiTM dipenjara 12 bulan
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/08/2010 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...