LEMON, antara pokok buah-buahan tertua yang berasal dari India, kini tumbuh meluas di kawasan iklim subtropika di seluruh dunia terutama Florida dan Mediterranean. Biarpun buah lemon dan jusnya terasa masam dan berasid, tetapi ia mampu bertindak sebagai alat penampan kepada badan serta mengurangkan lebihan asid di dalam perut.
Malah, jus dan kulit lemon berkesan sebagai antiseptik selain daun pokok lemon yang boleh digunakan untuk mengurangkan panas akibat demam.
Melengkapkan lagi kebaikan lemon, buah tersebut juga kaya dengan vitamin C yang diketahui umum mampu menguatkan sistem imun badan dan bertindak sebagai antioksida dalam melindungi sel daripada rosak.
Tanpa disedari, jus daripada satu biji buah lemon sahaja mampu menyumbang sebanyak 33% daripada keperluan vitamin C dalam kehidupan harian manusia. Manakala satu sudu besar perahan kulit limau mengandungi 13 peratus vitamin C dan jika diambil kedua-duanya, ia sudah lebih daripada memadai untuk keperluan harian manusia.
* Kesan terapeutik
Jika digunakan untuk fungsi dalaman badan, lemon mempunyai kesan tindakan anti rangsangan. Ia juga membantu membersihkan dalaman badan dengan meningkatkan pengeluaran peluh dan memudahkan air kencing dikumuhkan.
Pada masa yang sama, lemon juga dapat merangsang selera, selain membantu penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kekejangan serta memberikan kesegaran secara menyeluruh.
Namun andai digunakan secara luaran, lemon mampu mengembangkan saluran darah dalam kulit.
* Komponen dalam lemon
Selain kaya dengan vitamin C, lemon juga mengandungi pektin dan sebahagiannya adalah pati minyak limonene, alpha terpinene, alpha pinene, beta penene dan bioflavonoids yang membantu menguatkan dinding-dinding kapilari.
Pati minyak tersebut diperoleh daripada kulit limau yang merangsang aliran cecair limfa.
* Tingkatkan vitamin C
Jika ingin meningkatkan lagi pengambilan vitamin C, apa yang perlu dilakukan hanya mengambil sebiji lemon setiap hari.
Kesannya, hanya dengan beberapa minit, vitamin tersebut sudah mengalir di seluruh badan dan tubuh akan mula merasai peningkatan dalam pencapaian dalam keupayaan diri dan berasa lebih tenang.
* Serapan zat besi dan kalsium
Lemon merangsang pengeluaran enzim dan jus pencernaan di selaput nipis di dalam perut yang akhirnya membantu meningkatkan serapan zat besi dan kalsium melalui makanan yang diambil dan pemakanan tambahan.
* Pembasmi kuman saat kecemasan
Mungkin tiada siapa menyedari bahawa jus lemon boleh digunakan sebagai pembasmi kuman pada luka-luka kecil termasuk di mulut dan kerongkong.
Apa yang perlu dilakukan hanya menyapu sedikit jus tersebut pada kawasan luka berkenaan atau berkumur-kumur beberapa kali sehari.
* Melegakan sakit tekak dan serak
Cuba resipi ini. Perah sebiji lemon dan campurkan jus perahan itu dengan secawan air panas. Kemudian berkumur-kumur dengan air tersebut sebanyak tiga kali sehari.
Sumber : Utusan 12/02/2008
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Mac 25, 2009
Buah lemon kurangkan lebihan asid
Susunan :
Bawang Goreng
pada
3/25/2009 02:32:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...