“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Mac 22, 2009

Layakkah anda dihormati sebagai suami?


Assalamualaikum warahmatullah,

Saya mendapat jawapan kepada email [MUSYKiL: Ketaatan yang dituntut/wajib] yang saya kirimkan kepada beberapa orang yang berkelayakkan untuk menjawap kemusykilan yang saya kemukakan.

Jawapan disediakan oleh Pn Suzana Ghazali, *Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie di Layakkah-anda-dihormati-sebagai-suami?.

Mungkin ada para suami yang marah bila melihatkan topik perbincangan pada kali ini. Takkan lah tak reti lagi yang suami itu adalah ketua keluarga. Suami wajib dihormati, setiap kata suami mesti dipatuhi, mengengkari kata suami itu bererti nusyuz. Ya… saya tahu itu malah amat memahaminya tetapi jangan lupa, suami juga manusia biasa yang tidak lepas dari berbuat salah dan silap. Walaupun memang kelemahan itu diakui ada pada setiap manusia tetapi ianya boleh dielakkan. Keengkaran mengelakkan berlakunya kelemahan inilah yang boleh menghilangkan kelayakan anda untuk dihormati sebagai suami dan inilah yang ingin saya tegaskan di dalam perbincangan minggu ini.

Jangan cepat melatah! Bukan maksud saya untuk menjatuhkan harga diri lelaki bernama suami atau untuk menggalakkan para isteri agar tidak menghormati suami mereka. Tujuan saya membincangkan topik ini adalah untuk menyedarkan para suami tentang tanggungjawab yang sewajarnya mereka lakukan terhadap isteri dan anak-anak. Bukan hanya mendabik dada mengakui… akulah suami, akulah ketua keluarga, setiap kataku adalah perintah yang perlu dipatuhi… tetapi apabila tiba kepada aspek menunaikan tanggungjawab, langsung tak boleh diharap! Habis terlungkup!!

Saya yakin, para pembaca semua biasa mendengar pesanan kepada pengantin perempuan… jaga suami elok-elok, jaga makan minum dan pakainya, jangan benarkan suami mencium yang tak elok pada kita dan macam-macam lagi yang perlu isteri lakukan kepada suami. Kepada pengantin lelaki pula… lega lah kau lepas ni, dah ada orang jaga makan minum dan pakai kau!! Tak der ler makan nasi bungkus atau pakai baju tak bergosok lagi!!

Jarang sangat nak dengar pesanan kepada pengantin lelaki… jadi suami ni tanggungjawabnya berat, makan minum dan pakai isteri kena jaga, segala perlakuan isteri yang melanggar hukum agama jika tak dilarang maka suami akan sama menanggung dosa, bila dah ada anak-anak pula kena didik agar jadi insan yang berguna…

Berapa keratkah yang bertuah mendapat pesanan sedemikian? Inilah masalah di dalam masyarakat kita. Mengharapkan keputusan yang baik tetapi silap memberikan tunjuk ajar.

Ya, sekarang ini semua bakal pengantin perlu hadiri kursus pra perkahwinan dan semua tu dah diterangkan. Persoalannya, apakah semua yang mengikuti kursus tersebut benar-benar menghayati ilmu yang disampaikan? Ada yang menghayati, mengetahui tetapi enggan mempraktikkan, inilah insan yang paling malang. Sebagai ketua keluarga, seorang suami wajib menanggung segala keperluan rumah tangga dengan sedaya upayanya. Saya letakkan sedaya upaya bagi menegaskan bahawa seorang suami perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi melaksanakan tanggungjawabnya menunaikan nafkah dan perbelanjaan keluarga.

Jika usaha telah dilakukan namun masih tidak berhasil, di sinilah rukhsah atau pengecualian yang Islam benarkan agar tanggungjawab tersebut dibantu oleh isteri sebagai rakan kongsi hidup berumahtangga. Tetapi, jangan salah menggunakan rukhsah yang diberi seperti berani memasuki gerbang perkahwinan walau tiada punca pendapatan yang dapat menjamin saraan hidup diri sendiri apatah lagi isteri. Rukhsah hanyalah bagi kes-kes seperti kehilangan kerja atau ketidakupayaan yang wujud selepas diri berupaya menyara keluarga.

Bukan sekadar perbelanjaan atau sara hidup, suami juga mesti menghargai kewujudan isteri di sisi. Jaga hati dan perasaannya. Jika kau ingin dihargai, sama jugak dengan isteri. Isteri tidak inginkan sanjungan atau limpahan berlian memadailah jika suami menghargai kasih sayangnya, menyintainya dan setia pada cintanya. Isteri sanggup berkorban segalanya termasuk menggadaikan nyawa bagi menyatakan cintanya dengan melahirkan zuriat untukmu, wajarkah semua itu kau pandang sepi sahaja?

Teringat saya ketika saya dimasukkan ke wad kerana sakit untuk melahirkan anak pertama, seorang wanita meluahkan rasa hatinya tentang sikap si suami yang tidak pernah mempedulikan dirinya setiap kali perutnya mula membesar. Bukan sekali tetapi tika itu dah empat kali dan bukan sekadar tak peduli bahkan si suami mengabaikan semua tanggungjawab malah mencari pengganti. Bila dah kempis kembali barulah si suami terhegeh-hegeh menjengah isteri. Suami macam ni memang tak layak dihormati.

Mungkin ada di kalangan suami yang cakap, kami bukan mendera isteri atau tak menghargai… kami suruh dia lakukan semua kerja untuk kami malah menolong kami tunaikan tanggungjawab kepada keluarga untuk menolong isteri kami mendapatkan status isteri solehah. Oooo, kalau isteri pandai pulak kau nak jadikan isteri yang solehah, habis tu, suami tak nak jadi suami yang soleh? Berbangga menjadi suami ala-ala mat saleh?

Maaf jika ada yang rasa saya agak keras dengan perbincangan kali ini. Saya rasa perlu semua ini saya dedahkan kerana sering sangat saya dengar para suami berceloteh mengomel isteri tak buat itu, tak buat ini… yang sebenarnya memang bukan tanggungjawab isteri.

Bila isteri mula menuntut hak diri dah kata pula isteri tak hormati suami sedangkan isteri dah tolong ringankan beban suami.

Saya menyeru kepada semua suami dan isteri juga, ingatlah, bukan kita sahaja yang ada hati dan perasaan, jika kita ingin dihormati dan dihargai, begitu juga orang lain termasuklah pasangan hidup kita lantas tunaikanlah tanggungjawab dan kewajipan yang patut agar cinta terus mekar dan dapat kecapi bahagia di dalam hidup, insya Allah!


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails