Dari Thalhah r.a. katanya: Pada suatu ketika, kami sedang duduk-duduk dan bercakap-cakap di jalanan. Rasulullah SAW mendatangi kami seraya bersabda, “Apa kerja kalian duduk-duduk di jalanan? Jauhilah duduk-duduk di jalanan!” Jawab kami, “Kami hanya sekadar duduk-duduk dan bercakap-cakap.” Sabda baginda, “Kalau begitu, bayar hak jalanan iaitu picingkan mata, jawab salam dan berbicaralah yang berguna (baik)!” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Sai’d Al-Khudri r.a. dari Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat, “Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya, “Apa haknya, ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.” (HR Bukahri [6229] dan Muslim [2121])
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahwasanya Nabi saw. pernah melarang duduk-duduk di pinggir jalan. Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, sulit bagi kami untuk duduk-duduk di rumah kami." Beliau bersabda, "Jika kamu duduk di sana maka tunaikan haknya." Para sahabat bertanya, "Apa hak jalan, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Memberi petunjuk bagi orang yang bertanya, menjawab salam, menundukkan pandangan, memerintahkan untuk berbuat baik, dan melarang berbuat mungkar." (Shahih HR Bukhari dalam Adabul Mufrad [1149])
Huraian
Mengikut Kamus Dewan, melepak memberi makna tentang satu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini merupakan budaya yang dilakukan oleh kutu-kutu jalanan.
Melepak yang bertujuan untuk kebaikan seperti untuk berbual tentang perkara yang bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam tetapi mestilah tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya kerana sedemikian sudah terkeluar daripada adab-adab dalam bersosial.
Setiap muslim seharusnya menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Mac 24, 2009
Hadis: Larangan melepak
Susunan :
Bawang Goreng
pada
3/24/2009 05:08:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...