“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Mac 19, 2009

Al-Quran haram dijadikan tangkal

AL-QURAN ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk memberi petunjuk dan hidayah kepada manusia. Dalam masa yang sama, al-Quran juga diturunkan sebagai penyembuh kepada pelbagai penyakit manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Dan kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penyembuh dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua." (Surah Al-Israa’, ayat 82)

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal ini, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Apakah maksud syifa’ dalam ayat 82 surah Al-Israa’ itu?

ABU HASSAN: Kebanyakan ulama menafsir syifa’ sebagai penyembuh walaupun ada yang kadang-kadang menafsirnya sebagai penawar. Menurut para ulama, al-Quran sebagai kitab suci ini antara lainnya diturunkan bagi menyembuhkan penyakit zahir dan batin. Penyakit zahir termasuklah sakit jantung, kayap dan sebagainya manakala penyakit batin adalah seperti hasad, dengki, sombong dan lain-lain.

Ia diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah kamu menggunakan dua perkara untuk penyembuh iaitu al-Quran dan madu lebah.”

Adakah semua ayat al-Quran itu boleh digunakan sebagai penyembuh?

Bukan semua ayat Allah itu menjadi penyembuh tetapi pernyataan itu adalah secara umum. Bagi mereka yang mempunyai penyakit was-was dan resah gelisah, mungkin dengan membaca al-Quran ia boleh hilang. Bagaimanapun, ada ayat khusus untuk penyakit yang khusus. Ini boleh diketahui jika mendalami atau kita mengkaji tentang penggunaan ayat-ayat al-Quran dalam perubatan Islam.

Bagaimanapun, bagi tujuan perubatan, kita mestilah yakin apabila mengamalkan bacaan ayat tertentu. Ia pula perlu dilakukan berulang-ulang dan istiqamah, bukannya baca sekali dua sahaja. Melalui cara ini, insya-Allah penyakit itu akan sembuh.

Apakah contoh ayat yang boleh dijadikan penyembuh penyakit manusia?

Ada pandangan sesetengah ulama bahawa ayat 1-6, Surah Taahaa adalah ayat pelembut hati. Ini berdasarkan kisah Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat garang dan bengis beriman kepada Allah dengan hanya mendengar adiknya membaca ayat ini secara sepintas lalu. Bagaimanapun, jangan salahkan ayat-ayat al-Quran ini jika usaha kita tidak berjaya. Begitu juga ada ulama yang berkata, untuk menambahkan kasih suami kepada isteri boleh diamalkan membaca ayat 23 daripada surah Yusuf.

Menurut Ahmad at Tabrani daripada Kaab bin Malik, Nabi bersabda, “Apabila salah seorang kamu berasa sakit maka hendaklah ia meletak tangannya di tempat yang berasa sakit dan membaca doa, aku minta berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya di atas segala apa kesakitan yang aku rasai.”

Setiap kita amat berharap semua permohonan kepada Allah itu dimakbulkan tetapi apakah syarat-syarat untuk sesuatu doa itu diterima?

Antara syarat sesuatu doa atau permohonan itu diterima ialah kita perlu mengikhlaskan diri bermunajat kepada Allah. Kita juga perlu melakukannya secara berterusan dan bukan sekali-sekala atau apabila ditimpa bencana, penyakit atau kesusahan baru kita berdoa kepada Allah. Ia juga mesti dibaca dengan elok iaitu bertepatan dengan hukum tajwidnya serta menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

Al-Quran ialah kitab suci, maka dengan sendirinya ia tidak boleh dipersenda atau dihina. Sebab itu dalam Mazhab Shafie, kita tidak boleh menyentuh al-Quran tanpa wuduk. Ia juga bukan hanya dibeli untuk dijadikan perhiasan.

Apakah kelebihan orang yang sentiasa membasahkan lidahnya dengan al-Quran dan juga golongan para hafiz?

Para ulama sangat menggalakkan kita membaca al-Quran. Galakan ini bukan sahaja setakat membaca tetapi memahami dan mengamalkannya. Mereka yang sentiasa membaca al-Quran ini dengan sendirinya ada pertahanan dalaman di mana syaitan dan iblis sukar menghampiri mereka. Ia juga boleh mengelakkan kita daripada perbuatan khianat, insya-Allah.

Dalam aspek yang lain, menurut Matan Syatibi, mereka yang qari iaitu yang menjadikan al-Quran sebagai amalan hidup, hafiz atau hammalatul Quran ini di akhirat kelak akan dihiasi dengan mahkota yang penuh intan berlian. Bayangkan pula penghormatan kepada ibu bapa mereka, sudah tentu lebih lagi.

Selain itu, golongan ulama mujtahid seperti Imam Shafie dan Ibnu Taimiah mereka ini bukan sahaja hafiz al-Quran tetapi turut menghafaz beribu-ribu hadis. Golongan ini jasad mereka mungkin tidak hancur dimakan bumi.

Bagaimana pula dengan perbuatan sesetengah orang yang menjadikan ayat al-Quran sebagai tangkal?

Perbuatan seperti ini adalah salah dan berdosa. Al-Quran hendaklah dibaca dan bukannya dipakai pada mana-mana bahagian anggota badan manusia. Rasulullah pernah memberi amaran melalui hadisnya, “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal dan tiwalah itu adalah syirik. Lalu sahabat bertanya, apakah tiwalah itu, Baginda menjawab ia adalah apa-apa yang dilakukan oleh isteri supaya suami kasih kepada mereka.” Ini termasuklah nasi tangas atau nasi kangkang.

Bagaimanapun, amalan menggunakan ayat-ayat Allah dalam perubatan Islam sama ada secara terus kepada pesakit atau dihembus pada air adalah harus kerana banyak ayat al-Quran mempunyai unsur penyembuhan. Bomoh tradisi pula berbeza kerana walaupun ada yang menggunakan ayat al-Quran tetapi ia dicampur dengan jampi serapah atau perbuatan menurun. Inilah yang dilarang oleh agama.

Sumber : Utusan 15/08/2006

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails