“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Mac 21, 2009

Setiap Muslim pikul amanah tangani masalah disiplin pelajar

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

SEJAK akhir ini, pelbagai kes disiplin pelajar dilaporkan sehingga menjadi perbincangan di Parlimen. Kementerian Pelajaran mengambil langkah membendung gejala sosial di kalangan murid seluruh negara.

Beberapa kejadian yang berlaku sejak beberapa tahun lalu membuka mata banyak pihak mengenai masalah disiplin di sekolah yang memerlukan perhatian sewajarnya. Ramai pelajar bukan saja berani melanggar peraturan, malah terbabit dengan kegiatan jenayah seperti menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menganggotai kongsi gelap.

Kajian kementerian sebelum ini mendapati hampir separuh masalah disiplin berpunca daripada sikap pelajar seperti menentang, bertindak mengikut perasaan, nakal dan malas.

Teman sebaya amat mempengaruhi tingkah laku pelajar. Oleh itu, Islam sentiasa menitikberatkan pemilihan sahabat dalam kehidupan seharian. Di luar rumah pelajar berdepan pelbagai keadaan yang banyak mempengaruhi corak kehidupan mereka.

Anak di luar kawalan ibu bapa akan mendapat khidmat rakan sebaya. Walaupun pelbagai faktor dikatakan menjadi penyebab meningkatnya pelanggaran disiplin dan keruntuhan moral pelajar serta remaja, sikap menuding jari pada saat genting ketika pelbagai kejadian negatif terjadi bukan sikap terpuji. Usaha segera dan berterusan perlu diambil bagi membendung pelanggaran disiplin pelajar. Keadaan ini jika berterusan pasti menimbulkan gejala tidak sihat yang terus bernanah menjadi penyakit masyarakat.

Banyak pihak menyuarakan pandangan mengenai kaedah membendung dan membanteras masalah itu yang kian hebat melanda masyarakat terutama muda-mudi.

Keadaan yang kian genting ini jika dibiarkan berterusan, pasti membawa kesan besar kepada pembangunan bangsa yang sedang bangkit menuju kemajuan. Pada waktu kita bercakap mengenai strategi mencapai tahap negara maju seperti diimpikan dalam wawasan perdana, semua anggota masyarakat turut memainkan peranan besar bagi menjana kemajuan itu seiringan proses pembangunan rohani masyarakat.

Saling menasihati dan mengingati supaya tidak tergelincir daripada landasan Islam menjadi tanggungjawab Muslim, Ia bergantung kepada keupayaan seseorang apabila berada dalam kelompok manusia tertentu dan mengikut tahap ilmu mereka. Firman Allah bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang mengerjakan amalan salih dan nasihat menasihati mentaati kebenaran dan kesabaran." (Surah al-Asr, ayat 1-3).

Ibu bapa remaja perlu memainkan peranan cukup besar menentukan hala tuju dan arah hidup mereka. Pengawasan ketat dengan kebebasan anjal perlu dirangka dan dilaksana bagi mengelak anak terjerumus ke dalam pelbagai gejala yang boleh memudaratkan mereka. Dalam hadis Rasulullah riwayat Ibnu Majah, Baginda bersabda bermaksud: "Wahai manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kamu melakukan yang makruf dan menegah perkara mungkar. Sebelum (sampai masanya) kamu berdoa kepada-Ku, tetapi Aku tidak memperkenankannya, (perintah dan tegah) sebelum (sampai masanya) kamu meminta pertolongan-Ku, tetapi Aku tidak menolong kamu."

Semua anggota masyarakat perlu berusaha memikir dan mengambil langkah jangka panjang bagi membendung dan membanterasnya. Allah berpesan dalam kitab suci al-Quran supaya semua manusia bersatu padu melakukan apa juga bentuk kebaikan untuk kesejahteraan bersama dan jangan bersatu melakukan sesuatu boleh membawa dosa dan kerosakan.

Allah berfirman bermaksud: "Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pengajaran yang baik dan bijaksana dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." (surah an-Nahl, ayat 125).

Sumber: BHarian 2009/03/20

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails