“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Mac 09, 2009

Fokus: Disiplin pelajar

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

Kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak antara faktor penyumbang masalah salah laku

KEBELAKANGAN ini masalah disiplin di kalangan pelajar semakin membimbangkan dan jika keadaan itu berterusan ia dikhuatiri boleh menimbulkan suasana yang tidak selamat, sekali gus mengancam keselamatan penuntut lain. Terkini kes buli yang dilakukan sekumpulan pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat, Mukah, Sarawak benar-benar mencabar kewibawaan Kementerian Pelajaran, sehingga Ketua Pengarahnya Datuk Alimudin Mohd Dom terpaksa turun padang bagi menyelesaikannya.

Tahap disiplin membimbangkan ketika ini menyebabkan Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dua hala dengan pihak polis bagi mencari jalan menangani kes berkenaan agar tidak berlarutan. Mungkin sesetengah pihak terutama ibu bapa menganggap disiplin pelajar tanggungjawab sekolah, manakala guru pula mengharapkan ibu bapa yang sepatutnya mendisiplinkan anak mereka.

Trend sekarang ialah ada ibu bapa mempertahankan pelakuan buruk anak mereka walaupun tahu perkara yang dilakukan salah, namun ia seperti sudah menjadi kebiasaan.

Sebagai contoh, Berita Harian menerima aduan menerusi emel menyatakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah dimarahi bapa pelajar kerana anak lelaki berkenaan menghisap rokok. Pelajar terbabit belajar di sekolah sama di tempat guru disiplin bekerja dan lebih memilukan apabila bapa pelajar itu mengaku membenarkan anaknya merokok kerana trend remaja sekarang. Jika seorang bapa tidak menunjukkan teladan baik kepada anaknya, bagaimana pula anak yang dipertahankan itu? Semestinya akan bertindak lebih agresif kerana merasakan perbuatannya mendapat pembelaan bapa sendiri.

Adakah tugas guru terhenti di kawasan sekolah saja? Adakah ini yang dikehendaki masyarakat iaitu dengan menghalalkan perlakuan negatif serta mengambil sikap 'tidak mengapa' terhadap perkara sebegini? Ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak sehingga ada yang takut anak sendiri. Mereka khuatir anak akan memberontak, sekali gus lari dari rumah.

Mengulas perkara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, merumuskan kebanyakan aduan diterima pihaknya ialah disebabkan kurang kerjasama antara ibu bapa dan guru.

Jika perbincangan selalu diadakan, masalah tidak puas hati mengenai hukuman dijatuhkan tidak wujud, sekali gus hubungan erat dapat dijalinkan. Mungkin pihak sekolah boleh mengadakan ‘Hari Bertemu Pelanggan’ bagi memberi peluang ibu bapa mengemukakan masalah membabitkan anak mereka, tidak hanya pertemuan pada hari penyampaian anugerah saja. Ibu bapa jangan hanya menuding jari, kemudian menyerang guru atau mengambil tindakan mahkamah disebabkan perkara kecil yang sepatutnya diselesaikan di peringkat dalaman. Tindakan undang-undang adalah pilihan terakhir jika tiada penyelesaian lain. Kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak juga menjadi penyumbang masalah salah laku pelajar.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, Nordin Yaman, berkata kejadian seperti itu adalah asam garam guru disiplin. Beliau, yang berkhidmat sejak 29 tahun lalu mengaku pernah diugut bapa pelajar ketika memegang jawatan itu di sebuah sekolah di ibu negara.

"Bagi mengelakkan perkara ini berulang, sistem rekod prestasi serta disiplin pelajar dapat dijadikan bukti mengenai perilaku mereka sama ada di sekolah," katanya.

Sumber : BHarian 2009/03/09

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails