“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Mac 09, 2009

Hapuskan keganasan terhadap wanita

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

KEGANASAN menghantui kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa.

Penderitaan golongan hawa beri kesan kepada kanak-kanak dan menjejaskan institusi keluarga

DI sebalik pintu kaku bertutup rapat, ada pelbagai kisah malang menanti wanita. Ada yang sering menjadi mangsa pukul dan keganasan, sementara si kecil terpaksa bersembunyi menyelamatkan diri di dalam kamar, tanpa berupaya membantu atau berhenti daripada terus menutup telinga, mendengar apa yang terjadi.

Berdasarkan Kajian Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Keganasan Terhadap Kanak-kanak 2006, keganasan domestik meningkat bilangannya kepada 275 juta di seluruh dunia dan membabitkan mangsa paling ramai adalah kanak-kanak dan masih kecil.

Walaupun mereka tidak didera secara langsung, kanak-kanak sebenarnya mengalami penderitaan yang tidak tertanggung, apatah lagi sekiranya sejak usia muda lagi sudah didedahkan dengan keganasan dalam lingkaran hidup keluarga sendiri. Memburukkan keadaan apabila perbuatan jahat itu berlaku antara ibu bapa atau terhadap ibu bapa sendiri.

Hari Wanita Antarabangsa yang disambut tahun ini menerusi tema ‘Wanita dan Lelaki : Bersatu Untuk Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita’, adalah peluang terbaik ‘membuka pintu yang bertutup rapat’ itu, selain memahami impak keganasan domestik terhadap kanak-kanak.

Di seantero dunia, sekurang-kurangnya satu daripada tiga wanita pernah dipukul, dipaksa dalam bentuk seksual atau mengalami penderaan di dalam hidupnya. Di Malaysia pula, pada 2006 saja sebanyak 485 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) ke Malaysia dan Wakil Khusus ke Brunei, Youssouf Oomar, berkata wanita adalah pengasuh utama kanak-kanak, malah tidak keterlaluan dianggap individu bertanggungjawab membentuk diri serta kehidupan kanak-kanak.

Ringkasnya, hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Wanita yang berhadapan penderaan di dalam rumah sendiri, sebenarnya, bukan saja menderita secara fizikal dan emosi, sebaliknya terpaksa menerima taraf diri rendah serta keadaan ekonomi isi rumah yang tidak memberangsangkan.

Berdasarkan autonomi yang serba kekurangan, serta kawalan ketat keluarga, wanita tidak berupaya membuat keputusan penting untuk anak-anak seperti membabitkan aspek kesihatan, pemakanan, pendidikan dan kesejahteraan hidup.

Laporan Dunia daripada Kajian Setiausaha Agung menunjukkan kanak-kanak yang melihat keganasan berlaku antara ibu bapa sendiri atau antara ibu dan pasangan, boleh menyebabkan kerosakan sama ada secara psikologi atau emosi si kecil.

Tidak terhenti setakat itu, sebaliknya kehidupan, pembangunan peribadi dan hubungan sosialnya ketika kecil hingga dewasa boleh terjejas, lantas menjurus kepada masalah tingkah laku seperti masalah penderaan, hamil bawah usia dan melakukan jenayah sepanjang hidupnya pada masa akan datang.

Penderaan domestik juga menjadi antara penyebab berlaku ‘kitaran keganasan’ bagi generasi seterusnya. Si kecil, membesar dalam persekitaran keganasan di dalam rumah, cenderung belajar mempraktikkan keganasan dalam perhubungan dua hala, dengan niat menguasai orang lain.

Sebagai contoh, kanak-kanak lelaki yang pernah melihat ibunya didera, lebih cenderung menjadi dewasa yang mendera isterinya kelak.

Dalam hubungan ini, Youssouf berkata, kitaran itu perlu dihentikan segera, bagi membolehkan kanak-kanak menikmati rutin dan cara hidup normal yang sepatutnya mereka rasai pada usia muda seperti itu dan pada masa sama diberi hak untuk membina potensi diri.

“Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk keganasan dan paksaan walaupun daripada orang yang mereka sayangi. Si kecil perlu membesar di dalam suasana dan persekitaran selamat, di mana mereka boleh belajar bahawa keganasan domestik adalah perbuatan salah,” katanya.

Tahun ini menyaksikan ulang tahun ke-20 ‘Konvensyen Hak Kanak-kanak’, yang mana kerajaan diingatkan mengenai janji yang mereka lakukan terhadap kanak-kanak sejak 20 tahun lalu, selain tanggungjawab mereka untuk melindungi kanak-kanak daripada keganasan, walaupun sekiranya ia mungkin bererti ‘mencampuri’ urusan peribadi.

Youssouf menegaskan keperluan mengaitkan pembabitan lelaki dan kanak-kanak lelaki dalam menangani keganasan domestik, dengan menggerakkan mereka untuk mengenalpasti keperluan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan domestik, juga menggalakkan mereka untuk merubah etika dan tradisi yang menghalalkan berlakunya penderaan.

Selain kesan berpanjangan kepada kanak-kanak, keganasan terhadap wanita turut membabitkan kos sosial dan ekonomi yang perlu ditangani dalam usaha mencapai Sasaran Pembangunan Millennium.

“Sekiranya dunia melindungi hak kanak-kanak, kita mesti melakukan lebih lagi untuk mengatasi keganasan terhadap wanita dan mempromosi kesamarataan gender. Dunia yang selamat untuk kanak-kanak, juga adalah dunia yang selamat untuk wanita kerana salah satu pihak saling memerlukan,” tegas Youssouf.

Mengenai hari wanita Antarabangsa:

  • Hari Wanita Antarabangsa diraikan sejak awal 1990-an dan sejak itu disambut negara maju dan negara membangun tanpa mengira sempadan. Pertubuhan wanita dan kerajaan di seluruh dunia menyambut hari berkenaan dengan mengadakan pelbagai acara berskala besar bagi meraikan kejayaan wanita, pada masa sama memperingati masyarakat dunia keperluan kesamarataan terhadap wanita dalam pelbagai aspek kehidupan. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menetapkan 8 Mac setiap tahun sebagai Hari Wanita Antarabangsa dan tahun ini memilih tema ‘Wanita dan Lelaki : Bersatu Untuk Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita’.
Mengenai Unicef dan kesamaan gender:
  • Kesamaan gender dan hidup sejahtera di kalangan kanak-kanak adalah usaha bersama. Apabila wanita diperkasa dengan kehidupan yang produktif, kanak-kanak juga cemerlang. Mencapai Sasaran Pembangunan Millennium, mempromosi kesamaan gender dan memperkasa wanita akan menyumbang kepada sasaran berkenaan seperti mengurangi kemiskinan dan kelaparan bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak, meningkatkan kesihatan kehamilan, memastikan pendidikan menyeluruh, menangani HIV/Aids, malaria dan pelbagai jenis penyakit, memastikan keseimbangan alam sekitar dan membina hubungan inovatif dan baru untuk pembangunan.

  • Dalam meraikan ulang tahun ke-20 Konvensyen Hak Kanak-kanak 2009, Unicef tetap dengan komitmen untuk memastikan bahawa semua kanak-kanak ‘perempuan dan lelaki adalah serupa’ selain memiliki peluang sama rata untuk membangunkan bakat dengan memastikan capaian sama rata pada peringkat penjagaan awal kanak-kanak, kesihatan, khidmat sosial dan pendidikan.

Sumber : BHarian 2009/03/09

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails