“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Mac 24, 2009

Ketaatan seorang isteri


Assalamualaikum warahmatullah,

Suami berwibawa akan bertambah mantap [sila rujuk entry
Kewibawaan Suami] dan sempurnalah rumahtangga apabila digabungkan dengan isteri yang taat. Mana-mana wanita yang sudah ada resapan pengaruh Barat sukar untuk menerima bahawa isteri wajib taat kepada suami. Mereka mempersoalkan mengapa isteri mesti taat kepada suami sedangkan antara lelaki dan wanita sama taraf.

Sebenarnya dalam memberi ketaatan ini bukan terhenti kepada isteri terhadap suami sahaja. Terlalu banyak dalam institusi lain yang memberi ketaatan itu satu kemestian. Umpamanya ketaatan rakyat kepada raja dan pemerintah, ketaatan orang bawahan kepada ketua dalam angkatan tentera dan polis. Ketaatan pengikut terhadap pemimpin dalam sebuah jemaah, organisasi atau pertubuhan. Ambil saja contoh dalam angkatan tentera, bukankah antara pegawai atasan dan orang bawahan itu sama-sama manusia bahkan sama-sama sejenis.

Dalam ajaran Islam, perintah wajib taat isteri kepada suami itu bermaksud mentaati perintah Tuhan. Bukan suami yang mahukan isteri taat tetapi Tuhan yang mahukan isteri berbuat demikian. Apabila Tuhan perintahkan Iblis supaya sujud kepada Nabi Adam a.s. bukan Nabi Adam a.s. yang mahukan Iblis sujud pada dirinya. Ketaatan isteri kepada suami itu bererti isteri itu mentaati Tuhan yang memerintahkan isteri dengan kewajipan tersebut. Dalam soal memberi ketaatan itu tidak timbul atau tidak boleh dijadikan hujah kerana persamaan taraf.

Dalam ajaran Islam, Tuhan tetap meletakkan lelaki ada kelebihan ke atas wanita dalam beberapa aspek. Memang begitulah fitrahnya yang diciptakan Tuhan. Dan kelebihan serta perbezaan itu bukan bererti Tuhan sudah menyediakan asas diskriminasi terhadap wanita. Maha Suci Tuhan dari segala cacat cela, kelemahan dan kekurangan dalam barang ciptaan-Nya.

Terlalu banyak perbandingan yang boleh dibuat terhadap perbezaan lelaki dan wanita. Perbezaan yang Tuhan ciptakan itu bukan kehinaan. Contohnya, antara meja dengan kerusi, bukankah antara keduanya saling memerlukan dan saling menyempurnakan. Bukan pula kerusi itu lebih rendah tarafnya maka ia lebih hina dan meja pula lebih mulia. Contoh lain ialah perbezaan juzuk-juzuk pada tubuh badan. Bukankah masing-masing ada fungsi tersendiri. Bukanlah mulut lebih mulia dan lebih dihargai lantaran ianya tempat saluran kelazatan makan manakala kaki dianggap kurang penting. Contoh lain ialah pada sebuah kereta terhadap berbagai komponen. Bolehkah enjin mendakwa fungsinya lebih penting maka tayar tidak diperlukan. Ini memahamkan kepada kita bahawa gabungan dari berbagai komponen yang berlainan fungsi itulah lahirnya kesempurnaan sebuah kereta.

Seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan. Walau bagaimanapun, tanggungjawab itu bukan mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami menjalankan sepenuh tanggungjawab terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami, manakala, hak suami pula adalah tanggungjawab isteri termasuk mematuhi suruhan suami selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jika suruhan suami bertentangan dengan ajaran Islam, ia bukan saja tidak wajib dipatuhi malah, suami perlu diperbetulkan dengan cara bijaksana. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Bagi orang beriman sepatutnya sangat bersyukur dengan perbezaan yang Tuhan jadikan antara lelaki dan wanita. Malah di situ terletak satu nikmat besar dalam kehidupan manusia bilamana lelaki dan wanita itu dapat berperanan, bekerja, bergerak, aktif menurut fungsi masing-masing. Ketika Nabi Adam a.s. masih berada di dalam Syurga yang penuh nikmat itu, Nabi Adam a.s. tetap merasai masih ada sesuatu yang diinginkan biarpun dalam keadaan dia tidak tahu apa yang diinginkan itu. Namun begitu Hawa pula tidak mudah melupai ikatan dirinya dengan Nabi Adam a.s. kerana penciptaan dirinya terhasil dari salah satu tulang rusuk Nabi Adam a.s.

Barat sangat mempersoalkan bahkan menuntut agar wanita turut sama bergelanggang di tengah masyarakat bersama lelaki. Mereka beranggapan bahawa potensi wanita untuk maju dan membangun tidak boleh disekat, bahkan mesti diberi ruang sebebas-bebasnya. Sedangkan ukuran potensi wanita dari pandangan Barat itu sangat bersifat material, kebendaan dan dalam perkara yang tersurat sahaja. Mereka langsung tidak melihat kepada fungsi tersirat atau yang bersifat maknawiah atau belakang tabir. Wanita umpama pengarah filem yang tak pernah menonjol di layar perak, Barat tidak dapat melihatnya di sudut itu. Sedangkan pelakon yang begitu popular tidak akan berhasil kecuali hadir di belakangnya seorang pengarah yang punya peranan besar.

Benar sekali kata-kata hukum karma bahawa tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Goncangan dunia ini sangat bergantung kepada didikan ibu. Ibu yang mencorak perangai, tabiat, tingkah laku, tindak-tanduk dan akhlak anak-anak. Sama ada bergoncang dunia dari peribadi agung yang bersifat atau bersikap positif, yang sangat membesarkan Tuhan atau sebaliknya bergoncang dunia dari peribadi liar, jahat, rakus dan zalim yang sangat ego, angkuh, sombong kerana anti Tuhan serta membesarkan nafsu.

Para ibu punya peranan yang amat besar di gelanggang yang kecil. Peranannya amat besar yang boleh mencorakkan dunia tetapi tidak menonjol. Bukankah itu lebih baik berbanding dengan menonjol tetapi tidak punya apa-apa untungnya. Bahkan dalam banyak hal turut menyumbang kepada berbagai masalah sosial.

Andainya difahami dan dihayati, ketaatan kepada suami itu mendatangkan kebahagiaan kepada isteri. Kerana melalui ketaatan itu dia dapat menghayati rasa kehambaan, kerana taat itu adalah perintah Tuhan. Isteri yang taat ertinya hatinya mahu dipimpin. Salah satu syarat berkesannya pendidikan ialah apabila hati mahu dididik dan dipimpin.

Hati yang begini lebih mudah menerima iman dan meninggikan taqwa. Kalaupun suaminya punya wibawa, sekiranya tidak taat atau tidak merendah diri untuk dipimpin maka kedamaian rumahtangga sukar diwujudkan. Melihat isteri atau ibu tidak mentaati suami maka sikap itu juga yang akan diwarisi oleh anak-anak. Secara nisbahnya wanita mempunyai sembilan nafsu (emosi) dan satu akal. Lelaki pula memiliki sembilan akal dan satu nafsu (emosi). Nafsu di sini bukan bermaksud seks atau nafsu jantina, tetapi keinginan atau kemahuan taraf rendah.

Sembilan nafsu itu ertinya kemahuan wanita diletakkan di hadapan manakala rasionalnya kemudian. Ini dapat diseimbangkan dengan golongan lelaki lebih tentang atau tidak gopoh dalam membuat keputusan. Dalam rumahtangga, isteri yang taat dapat diseimbangkan kemahuannya dengan rasional suami. Kalau tidak taat tentulah rasional suami pun turut ditolak. Ketaatan kepada suami bukan bererti isteri terus bungkam membisu. Malah lebih cantik sekiranya hal ehwal rumahtangga itu diperbincangkan bersama. Suami sentiasa membuka ruang untuk isterinya memberi idea, pandangan dan pendapat, bukannya bersikap diktator yang memperlekehkan pandangan isteri. Menyuarakan pendapat itu tidak bercanggah sama sekali dengan konsep ketaatan.

Begitu juga dalam aspek mengisi perasaan suami, maka isteri perlu bijak memainkan peranan. Suami mesti mengakui bahawa dinisbahkan sebagai manusia tidak dapat lari ditimpa lemah semangat, atau menghadapi tough-time. Ketika inilah isteri sangat wajar membangkitkan kembali semangat suami. Tentulah lebih malang di saat suami susut semangatnya, isteri pula menokok tambah lagi dengan membentangkan berbagai masalah kalaupun tidak meragam.

Rasulullah SAW sangat mengenang jasa isteri pertama baginda, Siti Khadijah r.a. selain menyokong dengan menghiburkan baginda yang baru menerima wahyu, Siti Khadijah juga berkorban berhabis-habisan untuk dakwah dan perjuangan Rasulullah SAW. Seorang Rasul yang iman sentiasa penuh di hati, paling membesarkan dan mengagungkan Tuhan, tetap mengenang jasa isteri ketika gementar selepas menerima wahyu pertama. Ertinya Rasulullah SAW mengenangnya sebagai satu jasa yang amat besar.



0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails