“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Mac 05, 2009

Atasi pedih ulu hati ketika hamil

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my



Dapatkan rawatan bersesuaian bagi kurangkan rasa tidak selesa

PENGALAMAN mengandung adalah sesuatu yang manis bagi seorang wanita, tetapi jika sepanjang kehamilan, mereka mengalami masalah pedih ulu hati, ia pasti menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan berpanjangan.

Lazimnya, pedih ulu hati berlaku pada bahagian atas abdomen dan berpunca daripada kandungan perut yang berkaitan dengan saluran pemakanan. Apabila injap kepada salur pemakanan pada bahagian atas perut berada dalam keadaan tenang, ia boleh menyebabkan kandungan perut ditolak ke atas dan punca kepada rasa tidak selesa atau pedih ulu hati.


Walaupun dianggap perkara biasa bagi wanita mengandung dengan kajian menunjukkan lebih 72 peratus daripadanya menempuh pengalaman itu, masih ramai wanita yang tidak mengetahui punca terjadinya sakit pedih ulu hati dan kaedah merawatnya.

Pakar perbidanan dan sakit puan, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, berkata sakit pedih ulu hati biasa menyerang wanita hamil akibat perubahan semula jadi keadaan tubuh dan juga hormon mereka.

“Keadaan hormon yang berubah-ubah memberi kesan kepada perut untuk berasa selesa dan ini ditambah dengan tekanan intra-abdominal daripada janin yang semakin membesar sekali gus akan meningkatkan risiko pedih ulu hati,” katanya.

WANITA hamil perlu mengambil makanan berkhasiat.

Beliau berkata, berikutan masalah itu kebanyakan wanita mengubah gaya hidup dalam usaha mengurangkan kesakitan termasuk mengambil makanan berulang kali bagi mengelak makan berlebihan dalam satu masa, berhenti minum minuman berkafein, buah-buahan masam dan makanan pedas serta meminum susu.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu hanya mampu bertahan untuk jangka pendek dan bukan jalan penyelesaian sepenuhnya untuk mengatasi masalah pedih ulu hati.

“Ada kalanya, sakit pedih ulu hati ini menyebabkan wanita mengandung menjadi sukar tidur dan menjejaskan selera makan, malah jika ketidakselesaan ini berpanjangan, ia boleh mengganggu kesihatan mereka sepanjang proses kehamilan itu,” katanya.

Selain pedih ulu hati, antara masalah lain yang lazim dialami wanita hamil ialah sakit belakang, rasa sakit pada payu dara, muntah, sembelit dan keletihan. Ada wanita yang hamil tanpa masalah berkenaan, tetapi sebahagian besarnya akan mengalami beberapa masalah pada waktu yang sama menyebabkan rasa tidak selesa sepanjang kehamilan.

Dalam hubungan ini, Dr Nor Ashikin berkata, adalah penting bagi wanita untuk menjadi proaktif bagi menguruskan kesihatan mereka ketika hamil.

Katanya, setiap kehamilan adalah unik dan wanita mengandung dinasihat mendapatkan pandnagan doktor terlebih dulu sebelum mendapatkan sebarang rawatan terbaik untuk diri dan bayi yang dikandung.

“Wanita mengandung perlu bijak menjaga kesihatan mereka sepanjang tempoh kehamilan dan sebaiknya, mereka perlu memastikan diri tampil sihat sebelum hamil kerana ianya akan mempengaruhi bayi dalam kandungan dan selepas dilahirkan kelak.

“Jadi, jika sakit pedih ulu hati berlaku dan tidak dirawat, ianya akan menyebabkan wanita mengandung sukar untuk memastikan kesihatan diri berada pada tahap optimum seperti sepatutnya.

“Sebenarnya, ada ubat untuk mengatasi pedih ulu hati yang sangat berkesan dan tidak menjejaskan kandungan serta sudah diuji terbukti mampu melegakan kesakitan akibat simptom pedih ulu hati dalam tempoh lima minit dan mampu bertahan hingga empat jam,” katanya.

Beliau berkata, selain perubahan pengambilan makanan, wanita hamil juga digalakkan bersenam, menjaga berat badan serta mengambil makanan berkhasiat khususnya kalsium dan zat besi bagi memastikan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang baik.

Antara rawatan terkini bagi membantu mengurangkan pedih ulu hati ialah Gaviscon mengandungi bahan aktif iaitu garam alginate daripada rumpai laut dikenali sebagai `Laminaria hyperborean’ yang ditemui di perairan Norway.

Sumber: BHarian 2009/03/05

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails