Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sungguh amat memeranjatkan kenyataan dari Kelab Taat Suami Isteri Taat tentang perlunya seorang isteri memuaskan nafsu suami setaraf pelacur kelas pertama. Kalau hendak bersemangat pun, kenalah berhikmah dan berilmu. Bagaimana pula dengan nasib wanita yang tidak pernah merasai kepuasan dalam urusan nafkah seksual mereka? Tidak wajibkah suami-suami berperanan menjadi gigolo pula? Hemm... nampaknya Global Ikhwan wajar menubuhkan Kelab Suami Mithali atau Kelab Suami Sejati pula, barulah seimbang dengan penubuhan Kelab Taat Suami Isteri Taat, tak gitu?
Apapun janganlah bersikap ekstrem dalam setiap urusan kehidupan, ikut pada neraca yang telah ditetapkan syariat jangan sesekali dilebih-lebihkan.
Ðunia wanita sebenarnya diwarnai oleh dua gerakan yang saling bertolak belakang. Gerakan yang pertama cuba membebaskan wanita dan memerdekakan tanpa ada sekatan walau itu daripada ikatan agama sekalipun. Mereka ini bersikap terlampau longgar dari undang-undang Islam, bahkan al-Quran pun mereka seleweng dengan tafsiran baru untuk memuaskan kehendak emansipasi.
Gerakan yang kedua sebaliknya mengetatkan, memasung dan memenjarakan pemikiran, perasaan dan sikap wanita semena-mena mengikut hawa nafsu lelaki. Malangnya para lelaki ini menyelewengkan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis palsu untuk menghalalkan perbuatan mereka itu.
Ðisebabkan takut diugut dengan ancaman-ancaman neraka yang penghuninya kebanyakan kaum wanita (padahal Ibnu Qayyim menyatakan bahawa wanita pun lebih ramai bilangannya di syurga berbanding lelaki dengan dalil setiap lelaki di syurga mempunyai ramai isteri dan berbilang bidadari), maka wanita-wanita malang ini terpaksa mentaati suami, hatta rela menjalani hidup dalam keganasan rumahtangga.
Kembalilah kepada Islam
Walaupun di negara kita tidaklah seteruk Amerika yang mencatatkan daripada lima orang wanita salah seorangnya terbunuh oleh teman lelaki, bekas suami atau masih suami sendiri (kajian pakar dalam rancangan Oprah Winfrey). Setidak-tidaknya kezaliman itu begitu berleluasa di negara sehebat Amerika dengan slogan kebebasan dan demokrasinya.
Maka tidak hairanlah jika dua kubu ini yang begitu ekstrem membebaskan wanita dan kolot memasung wanita saling bercakaran. Mereka menggelar program-program untuk meyuarakan perjuangan masing-masing. Sampaikan mereka rela hati menyamakan diri dengan pelacur kelas pertama.
Sedang kubu yang satunya lagi berteriak garang memaksa undang-undang untuk memenjarakan suami yang memaksa isteri melakukan seks tanpa kerelaan seolah-olah isteri telah dirogol suami sendiri. Peliknya dunia!
Mengapa tidak kembali kepada Islam? Sikap Islam yang sentiasa berada di tengah, seimbang dan adil dalam memandang segala urusan kehidupan. Tidak sesekali mengajarkan ekstrem, melampau dan berlebih-lebihan. Kembalilah pada Islam sebenar yang memerdekakan wanita dengan anggun tanpa harus membuka seluruh ikatan yang membalut jiwa raganya. Islam yang mencerdaskan wanita, memberi peluang berjihad bersama lelaki tanpa syarat, meletakkan amanah yang sama di bahu mereka. Islam yang menakui Balqis sebagai raja, Aisyah sebagai cendekiawan, Khadijah asebagai konglomerat, Nusaibah sebagai askar tangguh dan isteri-isteri Rasulullah SAW sebagai permaisuri yang terpenuhi segala hak-hak mereka.
Buka jalan suami lakukan kezaliman
Mengapa mesti menjatuhkan maruah sendiri dengan gelaran pelacur? Ðemi syurga yang berada di telapak kaki suami kononnya, padahal tiada satu pun dalil sahih yang sepadan dengan dakwaan mereka.
Quote mesej KIT : Penderaan suami terhadap isteri adalah ujian daripada Allah kepada isteri dan isteri perlulah tetap mentaati suami.
Benarkah ini ujian Allah? Bukankah Allah telahpun memberi panduan kepada kita dalam firman-Nya yang bermaksud, “Janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah ayat 195)
Mereka yang berniat mahu mentaati suami sebegini
Pada mereka juga diingatkan niat yang suci itu jangan sampai tergadai kerana hendak menunjuk-nunjuk riak mereka sanggup bermadu. Sudahlah pahala tak dapat, seksa pula menanggung keperitannya. Tidaklah semudah yang dibayangkan untuk beribadah dengan khusyuk sementara hati tidak tenang kerana suami bersama wanita lain.
Poligami tidak perlu diiklankan bagus, kerana ia tidak semestinya bagus untuk sebahagian lelaki. Tidak semua lelaki yang berpoligami semata-mata disebabkan kerana isteri tidak boleh memuaskan seksual mereka. Masalah kepuasan ini sebenarnya bukan kerja seorang, dua-dua mesti berperanan. Bagaimana isteri mahu puaskan jika suami tidak pandai merangsang? Begitu juga sebaliknya, jadi tak payahlah hendak menyalahkan salah seorang dan bebeskan seorang lagi dari dakwaan.
Manusia memang tak pernah puas
Ðari Anas bin Malik r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulut (hawa nafsu)-nya melainkan tanah (maut) dan Allah menerima taubat siapa yang taubat kepada-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)
Ðalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seandainya manusia sudah memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Lihatlah dua hadis yang dinyatakan di atas, manusia memang tidak akan puas dengan apa yang mereka miliki jadi sikap ingin memiliki lagi dan lagi dan lagi tidak akan memuaskan mereka, kecuali apabila
Merujuk saranan (bukan kewajipan) berpoligami dalam syariat atau lebih tepat menurut al-Quran melalui firman-Nya dalam surah an-Nisaa’ ayat 3 yang bermaksud, “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau (memadailah dengan) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak berbuat aniaya (kezaliman).”
Pendapat Ðr Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988) : Poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat yang mengharuskan poligami itu berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati, ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.
Semua faham yang berpoligami itu sunnah Rasulullah SAW tetapi mengapa mereka tidak faham yang bermonogami pun ikut sunnah Rasul juga? Sebelum Khadijah wafat, bukankah Rasulullah tidak berkahwin dengan mana-mana wanita selain Khadijah?
Keadaan masyarakat Arab pada masa itu memang mengagungkan budaya berbilang isteri dan menganggap pelik dan lemah lelaki yang tidak berpoligami. Sedangkan al-Quran tidak mencela mereka yang beristeri satu bahkan menyuruh (beristeri satu) supaya mereka lebih selamat kerana tidak mampu berlaku adil.
Mahu puaskan suami tidak perlulah merendahkan maruah sendiri, kepuasan itu adalah pakej dari sikap, cara pandang, perasaan dan pemikiran isteri yang berkelas tinggi, agung dan anggun.
Renung-renungkan...
Ðiolah-semula dari sumber : Ðr Juanda Jaya di MW#1440
Capaian entry berkaitan :
* Ketaatan isteri mengikut syariat
* Isteri tak perlu kelab jaga suami
* Taat bukan lesen halalkan penderaan
* Kelab Taat Suami galak poligami
* Peguam Syarie bidas Kelab Isteri Taat
* 'Layan macam pelacur'
salam cek onion :)
BalasPadamagak biadap bahasa yang digunakan walaupun dikatakan maksudnya ke arah kebaikan.
cek onion sebut tentang global ikhwan. saya teringat kes saya pergi ke salah satu rumah perlindungan anak2 yang kurang bernasib baik. pada awalnya saya dan kawan2 tak tahu pun apa tu global ikhwan dan asal usul global ikhwan tu. bila dah sampai, baru saya tahu dan sebenarnya sangat terkejut.
maka, kami pergi dengan niat untuk selesaikan tugasan yang diberikan. takda maksud lain. tapi apabila kami dibawa ke kawasan perkampungan islam tersebut, lagi terperanjat sebab time tu ada program yang dianjurkan oleh kelab poligami. alahai.. rasa terperanjat tak tahu nak cakap macam mana.
tapi kan cek onion, amalan yang mereka gunakan agak meragui saya la. one of my entry tajuk syirikkah berkaitan dengan badan tersebut.
http://sarwhat.blogspot.com/2011/02/khurafatkah.html
saya dan kawan2 bukanlah hebat dalam hal hukum hakam agama. tapi ianya cukup meragukan kami cek onion. and sekarang baru kami tahu sebenarnya sapa peneraju global ikhwan tu.
bukan hal tu je. hal nikah kahwin mereka terutamanya tentang poligami pun kami macam pelik jugaklah. ada di antara mereka nikah dah 2 minggu, tapi belum jumpa suami sebab nak laksanakan tanggungjawab lain. hmm..
maaf eh cek onion. betulkan kalau saya salah. :)
islam datang berdagang dan akan kembali dagang.......berbahagialah orang yang berdagang...
BalasPadam