Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ahad lepas saya sempat membaca berita 'Layan macam pelacur'. Menerusi fB, cepat-cepat saya meminta Pn SuzanaGhazali mengulas berita ini. Pn Suzana telah berjanji akan menuliskan sesuatu dibelog beliau. Sementara menunggu kupasan Pn Su, saya masih sempat juga membaca lanjutan berita ini. Petikan MalaysiaKini : Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.
Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.
"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah. Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan. Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.
Pelacur kelas pertama
Minggu lalu, Dr Rohana dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumahtangga dan pembuangan bayi.
Katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".
"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian. Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.
Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.
Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.
Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam.
Laman-Seri : Alaaa... Tuan Musa, komen yang terakhir nih yang payah cikit... Untuk 'melahirkan' suami mithali tanggungjawab ibu bapanya. Bila buluh sudah menjadi rebung dicampur pula dengan miang, bukan mudah untuk membentuk suami yang egonya tinggi melangit... Kalau melahirkan anak lelaki dan muslimin mithali, insya Allah...
Berita ini pula dipetik dari sumber : BHarian 08/06/2011 ~ Kecam isteri ibarat pelacur.
Kenyataan Dr Rohaya jatuh imej Islam, nafi hak wanita dalam perkahwinan
KUALA LUMPUR: Kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti `pelacur kelas pertama’ terus dikecam pelbagai pihak yang melihatnya sebagai cubaan menjatuhkan imej Islam dan menafikan hak wanita dalam perkahwinan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang melihat kenyataan itu sebagai usaha merendahkan martabat wanita Islam meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula pendaftaran kelab berkenaan yang disifatkan menimbulkan rasa tidak senang wanita Islam.
Katanya, jika penubuhan kelab atau persatuan boleh menjatuhkan Islam, sudah tiba masanya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan awal dengan menyekat pendaftaran, sekaligus membendung budaya tidak sihat menular dalam masyarakat.
"Kehidupan rumahtangga bukan setakat kehidupan seksual tetapi lebih kepada tanggungjawab dan jangan ingat isteri hanya tempat suami untuk melampiaskan nafsu semata-mata. Saya rasa kesal kenyataan ini datang daripada desakan suami yang mahu hidup berpoligami dan mereka membuat kenyataan ini adalah mereka hidup berpoligami dan memerlukan kumpulan sokongan untuk menyedapkan hati," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu Sutradara Terbaik Festival Filem Malaysia ke-11 melalui filem kontroversi, Perempuan, Isteri dan ..., U-Wei Shaari menyifatkan saranan Rohaya itu sebagai naif dan biadap.
U-Wei yang sering memberi kemenangan moral kepada wanita dalam karyanya menyelar tindakan Rohaya dan sesetengah ahli politik tempatan yang mengangkat isu membabitkan persoalan seks secara kasar, cetek dan kolot.
"Wanita Melayu khususnya secara tradisi tidak membicarakan isu seks secara terbuka kerana persoalan mengenai seks adalah rahsia yang dikongsi dengan suami secara tertutup dan eksklusif," katanya.
Presiden Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Tan Sri Zaleha Ismail pula berkata, kenyataan itu seolah-olah menggambarkan seks adalah punca atau kepentingan utama bagi menentukan kebahagiaan sesebuah rumahtangga.
Beliau berkata, sama ada isteri atau suami, mereka perlu melayan pasangan masing-masing sebaik mungkin namun ia bukan semata-mata dalam soal seks.
Ketua Wanita Parti Progresif Rakyat (PPP), Datin Josephine Anne pula berpendapat sebagai wanita, Rohaya perlu menghormati kedudukan mulia seorang isteri, bukan mengeluarkan pendapat 'bodoh' seperti itu yang menjatuhkan martabat golongan berkenaan.
"Saranan Kelab Isteri Taat itu pastinya membuatkan ramai wanita terutama isteri tidak berpuas hati kerana maruah mereka seperti direndahkan umpama pelacur."
Laman-Seri : Tepuk dada, tanyalah akal yang beriman...
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Jun 08, 2011
Peguam Syarie bidas Kelab Isteri Taat
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/08/2011 09:49:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kenapa nk samakan status isteri dgn pelacur 1st class? status isteri dlm islam kan mulia.suami juga harus layan isteri secara 1st class.tuntutan seksual adalah tuntutan bersama.
BalasPadam