“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Jun 23, 2011

Rimas diganggu awang hitam

SEBAHAGIAN warga Afrika lepak dan berkeliaran di sekitar Bandar Baru Ampang mengganggu gadis menimbulkan rasa tak selamat di kalangan wanita tempatan.


Wanita tempatan diburu ketakutan akibat kebanjiran warga asing di sekitar Ampang

AMPANG: "Sesetengah individu mungkin menganggap ia sekadar satu gurauan, tetapi bagi saya ajakan untuk berkahwin dan berpindah ke Indonesia dengan berdiri terlalu rapat, menakutkan saya. Malah, saya bercadang berpindah kerja di tempat lain kerana khuatir gangguan warga asing yang terlalu ramai di daerah ini,” kata seorang pekerja pasar raya berhampiran Pusat Beli-Belah Spectrum, di sini, yang hanya ingin dikenali sebagai Suraya.

Suraya yang mempunyai pengalaman bekerja di sebuah hotel berkata, ‘gangguan’ daripada warga asing yang dikenali sebagai awang hitam di kawasan itu kini merisaukannya, apatah lagi ada antara mereka yang bergerak secara berkumpulan.

“Selain bergaul sesama sendiri, mereka suka mengganggu wanita tempatan. Selalunya, apabila melihat saja kelibat mereka, saya berlari masuk ke dalam pejabat. Dari segi penampilan, warga asing ini memang bergaya, cuma saya tidak pasti kegiatan mereka, sama ada masih belajar atau sudah bekerja kerana sering melihat kelibat mereka di sini sepanjang hari,” katanya ketika ditemui Sentral, semalam.

Suraya adalah seorang daripada ramai wanita di daerah ini yang sering diganggu warga asing sama ada ketika bekerja di pusat beli-belah berkenaan atau dalam perjalanan pergi dan balik kerja.



Seorang lagi wanita, Sofiah Harun, berkata warga asing terbabit yang lebih dikenali sebagai awang hitam kelihatan terlalu ramai di daerah ini menjadikan beberapa lokasi sekitar Ampang sebagai markas mereka termasuk di Villa Merdeka, Bandar Baru Ampang, Jalan Wawasan serta Pangsapuri Sri Nilam. Kebanyakan warga asing ini sering menunjukkan perilaku negatif bagi menarik perhatian orang awam termasuk mabuk di khalayak ramai dan menimbulkan kekecohan.

“Memang bukan semua warga asing berperangai buruk. Bagi pelajar warga asing, kebanyakan mereka boleh dikenali kerana biasanya mereka lebih fasih berbahasa Malaysia berbanding golongan awang hitam yang bekerja. Bagaimanapun, kehadiran mereka yang terlalu ramai sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan di kalangan warga tempatan, lebih-lebih lagi ketika mereka mabuk dan bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangani permasalahan dibawa warga asing awang hitam ini terutama mereka yang mengganggu wanita dan mabuk di khalayak ramai.

“Saya sedih kerana walaupun tinggal di negara sendiri, tetapi berasa takut ketika berjalan seorang diri di hadapan warga asing ini,” katanya yang berharap pihak polis melakukan pemantauan bagi mengelakkan permasalahan membabitkan warga asing, semakin teruk.

Seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Ina berkata, beliau pernah menyaksikan perilaku warga asing ini yang ‘naik berang’ apabila tindakannya membayar harga barangan dengan mata wang asing, tidak diterima. Katanya, meskipun mengetahui urus niaga hanya dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM), warga asing terbabit menunjukkan tanda protes termasuk menghempas pintu sambil menjerit apabila keluar daripada premis.




Petikan : BHarian 23/06/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails