“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Jun 12, 2011

Gadis 18 tahun kahwin 11 kali

FITRIASIH ditahan dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Rabu lalu.

Kemiskinan jadi alasan bernikah melalui perkahwinan kontrak

JAKARTA: Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.

Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.

Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.

Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami. Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20% diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya. – Agensi

Laman-Seri : Inilah agaknya yang dikatakan Nikah Mutaah tu.. Edah pun tak ada agaknya, kalau dah 11 kali kahwin dalam tempoh 11 bulan. Tidak disebut mas kahwinnya, tetapi bayaran seminggu bagi ‘tugas isteri’ ditolak 20% kepada Mami... Heemmmm... Ini bukan nikah biasa, tapi ini nikah bagi ‘menghalalkan’ pelacuran!




Sumber : BHarian 12/06/2011

2 ulasan:

  1. Hamden [mrlabiu@yahoo.com]12 Jun 2011 pada 2:08 PTG

    Bagitu nasib miskin, tiada INCOME untuk membiaya hidup semasa. Wanita terpaksa jadi 'ISTERI KONTREK' demi imbuhan/minggu.

    BalasPadam
  2. Banyak hadis Nabi SAW yang memberi penilaian bahawa kemiskinan adalah satu penyakit berbahaya yang dikhuatiri meninggalkan kesan buruk ke atas akidah, akhlak dan pemikiran seseorang, malah kepada kaum itu sendiri. Penyakit ini mudah menonjol terutamanya di kalangan orang yang menghadapi kemiskinan yang teruk dan tinggal berhampiran dengan orang kaya yang buruk budi pekertinya serta kedekut yang amat sangat.

    Kemiskinan adalah satu bala yang sama dengan penyakit berjangkit, justeru ia boleh membawa seseorang itu menjadi kufur. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.

    Hadis ini menjelaskan bahawa sering kali orang menjadi kufur kerana tekanan-tekanan ekonomi dan kesulitan untuk memperoleh rezeki. Orang yang asalnya baik akan berubah menjadi tidak amanah. Perempuan yang memelihara kehormatan diri menjadi tidak sanggup lagi memeliharanya kerana tekanan ekonomi.

    Inilah agaknya yang dikatakan Nikah Mutaah tu.. Edah pun tak ada agaknya, kalau dah 11 kali kahwin dalam tempoh 11 bulan. Tidak disebut mas kahwinnya, tetapi bayaran seminggu bagi ‘tugas isteri’ ditolak 20% kepada Mami... heemmmm... Sekurang-kurangnya, jika 'ter'mengandungpun, anaknya masih boleh ada 'bin' atau 'binti' nama suami semasa.

    Jika nikah mutaah boleh membawanya keluar daripada kemiskinan, bagus jugalah. Bekerjalah selagi badan masih muda dan khidmat masih diperlukan. Bila agak-agak sudah mampu hidup mewah, bolehlah tukar kerjaya kepada 'konsultan seks' kepada Kelab Isteri Taat pula.. hah ha...

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails