“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Jun 25, 2011

Wanita paling ramai di neraka, juga di syurga


Assalamualaikum warahmatullah,

Entry ini dikongsikan khusus untuk sahabat dan pengunjung belog yang bergelar wanita dan lelaki juga lelaki. Entry ini adalah himpunan posting hasil perbincangan dengan egrup yang saya sertai iaitu al-Falaah dan juga beberapa petikan dari sumber yang disertakan di kaki entry.

Baru-baru ini terdapat posting yang mengisahkan azab bagi kaum wanita di akhirat, malangnya, kisah yang disertakan tiada disertakan periwayat hadis. Sebenarnya, dalam sedar atau tidak, kita banyak disogokkan dengan hadis-hadis yang merendah-rendahkan kaum wanita, walhal agama Islam dan Rasul-Nya tidak pernah memandang rendah kepada kaum wanita, malah mengangkat tinggi darjat kaum wanita. Kita sering mendengar penghuni neraka kebanyakannya kaum wanita, tetapi AMAT JARANG telinga kita dilunakkan dengan kata-kata penghuni syurga kebanyakannya wanita. Ya, wanita juga paling ramai di syurga. Tak percaya? Teruskan bacaan anda...

Kebelakangan ini terdapat keghairahan tukang forward menyebarkan hadis-hadis taghrib tentang azab kepada kaum wanita yang tidak mematuhi perintah Allah SWT. Kita bersangka baik dengan mereka kerana niat mereka mahu melihat kaum wanita patut perintah Allah SWT tetapi pada masa yang sama kita kasihan jika mereka tergolong di kalangan umat yang MENDUSTAKAN Rasulullah SAW dengan memandai-mandai menyandarkan hadis kepada sabdaan Rasulullah SAW. [Rujuk : al-Falaah - message 20623 dan al-Falaah - message 20651]

Ingatlah, Rasulullah SAW telah memberi amaran, “Sesiapa yang berbohong ke atas-ku secara sengaja, maka ambillah satu tempat di dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Saya petik salah satu hadis yang dikatakan palsu :

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ðidapati hadis ini merupakan keratan dari hadis yang panjang didakwa dari Sayyidina Ali bin Abi Tolib r.a. dan Fatimah r.a. Hadis ini TIÐAK SAHIH malah ia adalah satu PENÐUSTAAN, ia juga bukan dari hadis al-Bukhari mahupun Muslim. Sebaliknya hadis ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah yang sememangnya terkenal suka melakukan pembohongan atas nama Rasulullah SAW, seperti kitab 'Uyun Akhbar al-Ridha (عيون أخبار الرضا), Bihar al-Anwar (بحار الأنوار) oleh al-Majlisi (المجلسي) dengan sanad yang dipenuhi dengan para pendusta dan individu yang tidak dikenali. [Rujuk : Hadis PALSU tentang azab wanita didakwa dari al-Bukhari dan Muslim]

Hadis-hadis palsu ini bukan sahaja akan mengundang perbahasan yang tidak akan berakhir, malah TIDAK MUSTAHIL mengundang fitnah terhadap agama Islam. Mereka yang belum hadam ilmu agama (tentunya kita semua pelajar sepanjang zaman), tentunya akan menyangka bahawa Islam itu bias atau berat sebelah terhadap wanita. Benarkah Islam bias? Atau mereka yang hanya mengikut hawa nafsu sahaja yang suka benar merendah-rendahkan kaum wanita? Tidak sedarkah mereka, al-Quran pun ada sebut berkenaan wanita, ada surah khusus untuk wanita. Mereka yang kata feminis jika bercakap fasal wanita, agak-agaknya al-Quran pun feminislah, Rasulullah dan Allah juga feminislah ya...?

Saya tidak jumpa hadis sahih tentang AZAB WANITA dedah aurat sebab itu saya tidak tergamak hendak mengiyakan hadis atau cerita yang kabur dan entah dari mana sumbernya. Kalau tidak ada, janganlah kita memandai-mandai adakan. Hanya Allah berhak menghukum tetapi siapalah kita hendak tetapkan hukau,man yang macammana. Jika wanita itu bertaubat di akhir hayatnya dan Allah ampunkan dia, siapa pula kita nak tetapkan hukuman sebegitu? Jadi kesimpulannya tak payahlah terus menerus menjaja cerita-serita dongeng yang tidak dapat membawa kepada nilai taqwa sebaliknya hanya akan menerbitkan macam-macam isu tak puas hati.

Ingatlah, al-Quran terdapat dalil yang jauh lebih reliable yang menunjukkan keadilan Allah SWT dalam menilai ketaqwaan hamba-Nya. Orang yang bertaqwa adalah hamba-Nya yang mengikut perintah dan suruhan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Tanpa mengira gender, kita semua akan dinilai berdasarkan perbuatan kita.

Wanita paling ramai di neraka

Berbalik kepada tajuk entry, disebutkan dalam hadis sahih bahawa Rasulullah SAW bersabda untuk para wanita, “Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Saya kira, hadis yang penuh adalah dari sebuah hadis yang panjang yang berbunyi : Ðari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah SAW bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.” Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.” (Hadis riwayat Muslim)

Ðalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit jumlahnya adalah kaum wanita.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). [NB: Saya tidak berjumpa dengan hadis yang penuh untuk mengetahui hikmah mengapa ia disebut Rasulullah sebegitu.]

Ada juga yang mempersenda, memperlekehkan berbau mencemuh, tentang ramainya wanita di neraka, katanya, “Nasihat untuk wanita banyak... Yang HERAN, wanita lebih ramai dari lelaki yang masuk neraka.. Kenapa agaknya..”

Hem... Apasal HERAN ya? Tang mana pula peliknya? Agaknya tak pernah dengar penghuni dunia sebelum kiamat nisbah lelaki : wanita = 1:50... logiklah wanita lebih ramai. Ðaripada Anas r.a. berkata: “Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wanita paling ramai di syurga

Bagaimanapun, terdapat pula hadis sahih yang lain bahawa bagi setiap lelaki penghuni dunia ini akan mempunyai dua isteri (di syurga), iaitu isteri ini adalah dari penghuni dunia. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, berdasarkan hadis di atas, para ulama sebenarnya berbeza pendapat dalam menggabungkan hadis-hadis iaitu apakah wanita merupakan kebanyakan penghuni syurga atau penghuni neraka?

Sebahagian ulama berkata, “bahawa wanita adalah kebanyakan penghuni syurga dan juga kebanyakan penghuni neraka, kerana memang jumlah mereka banyak.” Qadhi 'Iyadl berkata, “Wanita adalah anak cucu Adam yang terbanyak.” (Tharh Tatsrib, 4/270)

Sebahagian ulama yang lain berkata, “Wanita adalah penghuni neraka terbanyak berdasarkan hadis-hadis di atas dan mereka juga adalah penduduk syurga terbanyak jika digabungkan jumlahnya dengan bidadari syurga, kerananya jumlahnya kemudian menjadi lebih banyak dari pada laki-laki di syurga.” (al-Tadzkirah, 2/148).

Yang lainnya lagi berkata: “Semula wanita adalah penghuni neraka terbanyak, namun kemudian mereka menjadi penghuni syurga terbanyak setelah yang muslimahnya keluar dari neraka.”

Al-Qurthubi mengomentari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim), bahawasanya ini mungkin saat mereka menjadi penghuni neraka terbanyak, akan tetapi setelah mereka keluar dari neraka kerana syafaat dan rahmat Allah, sehingga tidak ada yang tersisa di neraka orang yang pernah mengucapkan kalimat syahadah, maka wanita pun kemudian menjadi yang terbanyak di syurga.(Hadi al-Arwah li Ibn al-Qayyim, 144).

Kesimpulan

Wanita dari asal kejadiannya (fitrahnya) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu. Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah, kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah.

Manakala perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah SWT, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka, BUKAN gender.

Kaum wanita hendaklah berusaha untuk menjadi penghuni syurga. Apabila wanita masuk ke syurga, maka Allah SWT akan mengembalikan usia mudanya dan kegadisannya berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya syurga tidaklah dimasuki oleh orang lanjut usia... Sesungguhnya jika Allah memasukkan mereka ke syurga, maka Ðia akan mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Shifat al-Jannah, 391 dan dihasankan oleh al-Albani dalam Irwa' al-Ghalil, 375).

Ðisebutkan dalam beberapa atsar bahawa wanita di dunia saat berada di syurga akan jauh lebih cantik melebihi kecantikan bidadari-bidadari syurga, ini kerana kesungguhan mereka dalam beribadah kepada Allah SWT.(Hadi al-Arwah, 223, Tafsir al-Qurthubi, 6/154, dan Shifat al-Jannah li Ibn Abi Dunya, 87). Ibn al-Qayyim berkata, “Sesungguhnya setiap orang dilarang untuk mendekati selain pasangannya saat berada di sana (syurga).” (Hadi al-Arwah, 87).

Ðemikianlah saat ini syurga tengah berhias untuk kita, wahai kaum wanita, sebagaimana mereka juga tengah berhias untuk lelaki, di tempat yang disenangi di sisi (Rabb) Yang Maha Berkuasa. (QS. Al-Qamar:55)

Maka berhati-hatilah kita dari mensia-siakan kesempatan ini. Sesungguhnya umur ini adalah terbatas dan pasti akan berakhir dan tidak ada setelah itu kecuali kekekalan. Maka jadikanlah matlamat kita untuk mencari keredhaan-Nya dan syurga-Nya, insya Allah. Ketahuilah, sesungguhnya maharnya syurga adalah iman dan amal soleh.

Ðan ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seorang wanita solat lima waktu dan puasa ramadhan dan menjaga kesuciannya serta mentaati suaminya dikatakanlah kepadanya masuklah ke dalam syurga dari mana saja yang anda inginkan.” (Shahihul Jami’li al-Albani, 660).

Wallahu’alam.




Sumber : al-Falaah, halaqah.net dan tambahan sendiri.

1 ulasan:

  1. Kenapa takut akan perihal amaran terhadap wanita? Kalau saya diberi amaran, saya bersyukur kerana itu maknanya Allah sayangkan saya sehingga Dia memperingatkan saya tentang azabNya dalam pelbagai cara.

    Bukankah memang wanita itu fitnah? Bukankah memang pada zaman sekarang ini wanita itu sumber segala fitnah? Kalau ikhlas takutkan Allah, usah terasa bila diberi amaran...

    Hei... sekiranya anda seorang wanita yang bertaqwa... anda seharusnya merasa berbangga kerana termasuk dalam golongan yang sedikit. Islam itu akhirnya, ramai ummatnya, tetapi sedikit sahaja yang masuk syurga.

    Saya tidak mahu mengulas lanjut... sekadar... IKHLASLAH DALAM SEGALA PERKARA KERANA IKHLAS ITU KUNCI REDHANYA...

    Wallahu a'la wa a'lamu bissawab

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails