“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Jun 12, 2011

Bapa pengaruhi kesihatan anak melalui pemilihan kedai makan



WASHINGTON: Pemilihan kedai makan oleh golongan bapa lebih mempengaruhi tahap kesihatan anak kerana pilihan bapa lebih menjadi ikutan anak-anak berbanding pilihan ibu, kata satu kajian.

Lelaki yang tiada masalah untuk makan di restoran makanan segera lebih cenderung mempunyai anak yang akan mengikut tabiatnya, kata ahli sosiologi, Texas AgriLife Research, Alex McIntosh, yang mengetuai kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Nutrition Education and Behaviour. [Rujuk : www.jneb.org]

Akhbar Gulfnews melaporkan kajian terbaru itu menunjukkan bapa lebih banyak memberi kesan terhadap kegemukan anak berbanding ibu. Hasil kajian itu mendapati bapa yang lebih bertolak ansur akan sering membenarkan anak mereka makan di restoran makanan segera yang turut berkaitan dengan kegemukan kanak-kanak, menurut kenyataan AgriLife.

Kajian ini dimulakan seawal kanak-kanak berusia 15 bulan dengan pemantauan masa yang digunakan ibu bapa dan pilihan makanan yang berkesan.

Ia mensasarkan perbezaan antara makanan segera dan restoran yang mempunyai khidmat penuh kerana banyak kajian mendapati kaitan pengambilan makanan segera dengan peningkatan berat.

Tumpuan kajian yang dibiayai Jabatan Pertanian Amerika ialah pilihan restoran ibu bapa mempunyai kaitan dengan kegemukan kanak-kanak, kata McIntosh.
McIntosh berkata, pesanan kepada bapa ialah mereka mempunyai tanggungjawab seperti ibu untuk membesarkan anak-anak yang sihat. Justeru, golongan bapa perlu mengetahui banyak maklumat mengenai kandungan berkhasiat dalam makanan segera.

Katanya, contoh ibu yang kurang tegas dalam pemakanan anak dengan membiarkan mereka makan di restoran makanan segera adalah mereka yang terpinggir dan terlalu komited dengan kerja.

“Jadi, ibu tidak begitu penting apabila tiba kepada pilihan makan di luar. Tetapi dari segi statistik, hasil kajian mendapati pilihan bapa lebih kuat,” katanya.

“Secara tradisi, ahli akademik menyalahkan golongan ibu saja jika apa-apa yang tidak baik berlaku pada anak mereka terutama apabila membabitkan pemakanan,” tambahnya. – Agensi

Laman-Seri : Rasa-rasanya, bapa di Malaysia lebih 'educated' dalam bab-bab pemakanan yang sihat untuk anak-anak... :)




Petikan : BHarian 12/06/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails