Assalamualaikum warahmatullah,
Anda mahu menakluki suami? Perlukah punyai gelaran Ph.Ð untuk menundukkan suami? Kalau begitu, susahlah. Tetapi gelaran ini bukan semestinya diperolehi dari menara gading, walaupun tidak setinggi itu tahap pencapaian akademik anda, tidak mustahil anda boleh menakluki suami dengan Ph.Ð gaya anda sendiri.
Isteri Ph.Ð memiliki sifat-sifat yang baik dalam dirinya iaitu :
1. P – Paksa diri
Semua kebaikan tidak akan anda buat, kecuali anda memaksa diri melakukannya. Inilah yang disebut sebagai pertarungan kalah-menang antara kebaikan hati kita dengan bisikan syaitan. Kadang-kala kemahuan suami tidak sama dengan keinginan anda, walau bagaimanapun anda ‘paksa diri’ untuk mengalah demi memenangi hati suami.
Bukan senang mahu mengikut kemahuan suami yang tidak anda suka tetapi anggaplah ia sebagai ‘perangkap samar’ untuk menaklukkan suami secara tidak langsung. Kalau suami berasa isterinya telah memberi sepenuh ketaatan kepadanya, tidak mustahil dia bertambah cinta dan sayang kepada anda.
Cuba anda fikirkan, bagaimana pula kalau anda selalu memberontak dan mahu menunjukkan anda saja yang benar. Siapa pun tidak boleh menerima kekasih yang degil dan keras kepala sebegini.
Inikan lagi suami yang merasa dirinya adalah pemimpin yang mesti dihormati. Kes-kes yang melibatkan kedegilan isteri biasanya berpunca dari pengaruh wang, kedudukan, pendidikan dan nasab isteri yang lebih tinggi dari suami.
Sebelum anda ‘paksa diri’ anda taat pada suami, anda hendaklah paksa diri anda taat pada Allah SWT dahulu. Biasanya jika kita mampu untuk berserah diri kepada Allah, maka kita akan mudah menyerahkan diri sepenuhnya kepada pasangan.
Sifat degil memang berkait rapat dengan hati yang keras dan tidak tersentuh oleh kecintaan pada Allah SWT. Orang yang tidak pernah merasai cinta dari Tuhannya mustahil boleh merasai cinta yang tulus dari pasangannya.
Paksa diri anda menjadi wanita yang mencari cinta Allah, nescaya cinta-cinta makhluk-Nya akan tumbuh subur mengelilingi hati anda. Anda akan dicintai keluarga iaitu suami, ayah bonda, anak-anak dan juga sahabat dan rakan, jiran dan tetangga, bahkan musuh-musuh anda akhirnya menjadi sahabat yang paling menyayangi.
2. H – Hargai diri
Wanita yang hebat adalah mereka yang pandai menghargai diri sendiri. Sayangi diri anda dan jangan biarkan anda merosakkannya dengan kejahatan. Kalau iklan kecantikan menggemakan nasihat menghargai diri dengan mencantikkan wajah dan penampilan, maka anda wajar sentiasa yakin bahawa dengan akhlak yang baik dan kerja-kerja yang memberi manafaat kepada manusia merupakan dua kecantikan semulajadi pada diri anda.
Hargai diri, membawa erti menghargai masa, ilmu dan harta dengan mengorbankan ketiga-tiganya untuk manafaat keluarga dan mat manusia seluruhnya. Ðiri anda adalah milik Allah Taala, anda hanya dipinjamkan kenikmatan itu sementara, jika Allah mahu, Ðia berhak untuk mengambilnya bila-bila masa sahaja.
Oleh itu betapa berharganya masa bersama suami dan anak-anak kerana jika Allah mahu, boleh jadi Ðia memisahkan anda dari mereka sekarang juga. Betapa berharganya ilmu dan harta yang anda miliki kerana boleh jadi Allah mencabut keberkatan dari anda sehingga hilanglah kemanisan ilmu dan kenikmatan harta itu.
Jika mahu menakluki hati suami, sememangnya anda mesti belajar menghargai diri sebaik mungkin. Kerana ramai yang ditinggal atau meninggalkan suami atas sebab mereka tidak mampu menghargai nikmat menjadi seorang isteri.
3. Ð – Ðidik diri
Syarat yang ketiga untuk menakluki hati suami adalah cubalah anda berusaha supaya jangan berhenti membekalkan diri dnenga ilmu. Jangan menyerah kalah untuk belajar, mendapat manafaat ilmu kerana ilmu akan menentukan siapakah diri anda yang sebenarnya.
Anda adalah apa yang anda baca, bukan setakat itu saja, bahkan bacaan itu perlu dipertingkatkan menjadi pemahaman dan seterusnya menjadi amal perbuatan. Kadang-kadang kia merasa sudah cukup dengan bekal ilmu yang dimiliki sekarang, padahal proses menuntut ilmu itu tidak boleh berhenti sama sekali. Matlamat menuntut ilmu sebenarnya ada dua, iaitu untuk menambah khazanah ilmu dalam taman hati anda dan untuk memberi peringatan supaya anda insaf di atas kealpaan.
Walaupun kita sudah tahu tentang ilmu dan iman tetapi setiap kali kita lalai kita mesti mencari peringatan tentang iman untuk jiwa kita yang kosong. Jadi, ilmu merupakan satu keperluan hidup yang wajib dipenuhi oleh manusia yang sihat akalnya. Begitu juga bagi seorang isteri yang mendampingi suami dan mendidik anak-anak, bagaimana mungkin mereka melakukan fungsi dan tugas sebagai seorang isteri dan ibu tanpa ilmu yang harus di‘up to date’ dari semasa ke semasa.
Begitulah ciri-ciri kepintaran seorang isteri yang boleh menaklukkan hati suami, jika anda belum memilikinya, cepat-cepatlah bangkit hiasi diri dengan Ph.Ð gaya anda sendiri.
Semoga bermanfaat....
Rujukan : Ðr Juanda Jaya MW#1394
* Isteri taat suami makin tak hormat
* Taat bukan lesen halalkan penderaan
* 12 sikap untuk peroleh seks yang hebat
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Jun 14, 2011
Isteri Ph.Ð mudah takluk suami
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/14/2011 09:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bagi saya, tidak susah untuk menyintai Allah dan RasulNya..sebab Allah dan Rasul tidak pernah menyakiti kita. Yang sukar adalah memaksa diri utk mehyintai manusia yang mengkhianati kita, yang menyakiti kita.
BalasPadamI forgive, but I dont forget.