“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Jun 20, 2011

Lelaki di Pahang hadapi “saingan” luar


TERKiNi : 4:26pm

KUANTAN – Lelaki di Pahang dilihat sedang menghadapi “saingan” daripada lelaki warga asing untuk mendapatkan pasangan hidup dan pekerjaan.

Ini berdasarkan nisbah 13:1 iaitu bagi setiap 13 lelaki tempatan terdapat seorang lelaki warga asing di Pahang seperti yang terkandung dalam penemuan awal banci penduduk dan perumahan Malaysia yang terbaru.

“Bilangan warga asing di Pahang ini memberi implikasi daripada segi persaingan lelaki di Pahang untuk mendapatkan pasangan mahupun pekerjaan, sekali gus memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan,” kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Aminah Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara di sini hari ini yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; anggota-anggota Exco kerajaan negeri; dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Safian Ismail.

Aminah berkata, di Pahang pada masa ini bilangan lelaki dalam umur perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun, ialah 198,600 orang berbanding 188,900 wanita.

Bancian yang dijalankan tahun lepas itu juga menunjukkan bahawa kaum lelaki di Pahang melebihi wanita pada nisbah 113:100, satu angka yang melebihi paras nasional pada 105:100.

Berdasarkan bilangan sebenar, terdapat 759,587 orang lelaki dan 683,778 wanita di Pahang. – Bernama

Laman-Seri : Hemmm.... Siapa kata perempuan lebih ramai daripada lelaki...?




Petikan : Kosmo! 20/06/2011

1 ulasan:

  1. BHarian 21/06/2011 ~ Lambakan lelaki di Pahang

    Ketidakseimbangan nisbah bilangan jantina beri implikasi negatif

    KUANTAN: Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena ‘marriage squeeze’, iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.

    Berasaskan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan bilangan lelaki di negeri terbabit lebih ramai berbanding wanita.

    Laporan itu juga menunjukkan bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.

    Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasi dari segi persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.

    “Keadaan ini bukan saja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan pada masa akan datang,” katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) & Pelan Tindakan DKN di Wisma Negeri di sini, semalam.

    Beliau berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama mendapatkan pasangan, sekali gus menyumbang kepada isu kahwin lewat di kalangan lelaki.

    Selain itu, kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan, iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5%.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails