“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Jun 10, 2011

BUKU : Beduk Ðiketuk

Penulis : Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Harga : RM26.00

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah selesai mentelaah ‘Nota Fikir Untuk Zikir’, kini saya memiliki buku baru Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang bertajuk ‘Beduk Ðiketuk’. Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah.

Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya.

Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan. Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Telaga Biru yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Ðengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.

Saya kongsikan petikan kata-kata pengarang yang dititipkan di Genta-Rasa.

BEÐUK ÐIKETUK

Ðum! Ðum! Ðum! ÐDummmm… Apabila beduk diketuk, pasti ada satu berita yang penting. Ia adalah medium pemberitahuan tentang kebaikan, keburukan atau amaran bahaya. Sejak dahulu, masyarakat Melayu mengetuk beduk untuk memberitahu bahawa waktu solat telah masuk, ada berita kematian atau musuh yang telah menyerang kampung. Tegasnya, apabila beduk diketuk pasti ada pengumuman penting dan segera untuk dimaklumi dan diambil tindakan.

Maka itulah perumpamaan mesej-mesej yang hendak disampaikan dalam buku ‘Beduk Ðiketuk’ ini. Ia adalah satu yang penting untuk difahami dan perlu segera diamalkan. Umat Islam yang sedang alpa ini, perlu dikejutkan agar tidak terus dibius dan disembelih oleh musuh-musuhnya. Penjajahan bentuk baru – neokolonialisme, telah menyerang saraf-saraf pemikiran umat Islam sehingga menyebabkan deria rasa cinta terhadap Islam dalam diri menjadi tumpul dan hilang. Tanpa disedari apa yang difikirkan, difahami, diamalkan malah diperjuangkan oleh umat Islam adalah menurut telunjuk Yahudi dan Nasrani.

Beduk Ðiketuk mengajak umat Islam menilai semula cara memandang sesuatu perkara, peristiwa atau kejadian. Pemikiran yang berasaskan tauhid (tauhidic mindset) sangat penting untuk memberi nilai kepada apa yang berlaku dalam dan di luar diri. Ðan dengan nilai itulah terbentuknya sikap serta kelakuan. Apa yang kita ‘lihat’ menentukan apa yang kita ‘dapat’. Melihat dengan tepat dan betul adalah prasyarat untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Malangnya, majoriti umat Islam kini gagal melihat sesuatu perkara atau peristiwa mengikut pandangan Islam. Kaca mata yang mereka pakai kebanyakannya dipinjam daripada Barat yang bebas daripada unsur akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Al hasil, ramai yang tidak merasa bangga dan yakin lagi dengan Islam. Ketidakyakinan ini jarang disuarakan secara lisan tetapi dapat dibuktikan dalam tindakan. Sudah ramai yang meminggirkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam hanya dilihat pada nama, adat atau amalan-amalan yang bersifat ritual atau komersial sahaja!

Saya pernah mendengar satu analogi tentang sikap umat Islam kini. Mereka umpama orang yang sedang duduk di muka pintu, masuk ke dalam sepenuhnya tidak, keluar sepenuhnya pun tidak. Maksudnya, mereka tidak masuk sepenuh dan seluruhnya dalam Islam. Mereka juga tidak keluar secara total dalam Islam. Masih mengaku beragama Islam, tetapi tidak komited untuk mengamalkan Islam secara keseluruhan. Apa yang akibatnya? Mereka menjadi penghalang di muka pintu! Menghalang orang dari luar (bukan Islam) untuk masuk ke dalam Islam.

Para ulama telah berusaha gigih untuk membetulkan salah faham dan salah amal di kalangan umat Islam ini. Mereka telah berusaha gigih untuk menunjukkan betapa ruginya dunia apabila umat Islam lemah. Akibat kelemahan umat Islam itu, dunia seluruhnya telah kehilangan naungan, pembelaan, keamanan dan keadilan. Kuasa-kuasa besar dunia masa kini lebih bersifat zalim, menindas dan membuli negara-negara kecil berbanding pemerintah Islam pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan Salafussoleh.

Oleh itu kita perlu berusaha memahamkan Islam kembali kepada umat Islam. Aneh bunyinya bukan? Tetapi itulah yang dibuat oleh para ulama seperti Maulana Abu Ala Maududi yang telah menulis buku Understanding Islam, Ðr. Yusuf Qardhawi yang menulis buku Fiqh Aulawiyat (sekadar menyenaraikan beberapa contoh). Misi buku-buku tulisan mereka sangat jelas dan jitu – membetulkan kembali salah faham terhadap Islam dan membangunkan roh amal Islam yang sebenar.

Buku Beduk Ðiketuk di tangan anda sekarang adalah kesinambungan kepada misi tersebut. Walaupun, isinya mudah dan dilengkapi oleh ilustrasi yang santai, tetapi tujuan penulisannya sangat fokus. Hanya untuk mengikuti jejak ulama-ulama besar itu walaupun ilmu dan pengalaman saya sangat tipis dan cetek. Saya akui, pasti ada isi yang tersasar di mana-mana, namun itu bukanlah kerana yang cuba diikuti itu tidak terang tetapi mata yang ingin ‘mengekori’ inilah yang kabur. Saya terbuka untuk ditegur dan diperbaiki.

Mengapa orang lebih sibuk berdakwah kepada orang Islam berbanding dengan bukan Islam? Ini soalan yang kerap ditanyakan orang kepada saya dan tentu juga kepada pembaca sendiri. Jawabnya, sebab ramai orang Islam sendiri tidak faham dan amalkan Islam dalam erti kata sebenar. Hakikatnya, Islam adalah agama yang paling banyak disalahtafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam tetapi oleh orang Islam sendiri. Akibat salah faham itu, umat Islam mengamalkan Islam separuh-separuh, hendak tak hendak, dan akhirnya Islam tidak nampak indah walaupun sebenarnya Islam adalah agama yang paling indah, praktikal dan diredai Allah.

Keindahan Islam pada ketika ini cuma dapat dilihat dan dirasai secara ilmiah, bukan amaliah. Namun, itu pun sudah cukup menyebabkan ramai bijak pandai Barat memeluk Islam. Hasil kajian, penelitian dan perbincangan mereka, akhirnya mereka diberi hidayah untuk memeluk Islam. Inilah yang ditulis oleh Dr. Yusuf Qardhawi mengenai seorang sarjana Barat yang telah memeluk Islam, lantas berkata, “subhanallah yang telah mengenalkan aku kepada Islam sebelum aku mengenal orang Islam.” Maksudnya, jika dia mengenal umat Islam… kemungkinan dia tidak tergerak memeluk Islam kerana buruknya akhlak dan lemahnya pencapaian umat Islam dewasa ini.

Lama sebelum itu Syed Qutb pernah menukilkan, “aku pergi ke Barat, aku lihat Islam tanpa Muslim. Tetapi bila aku pergi ke Timur, aku lihat Muslim tanpa Islam.” Mengapa? Dilihatnya semua amalan-amalan Islam seperti menjaga kebersihan, mengurus masa, menepati janji dan lain-lain telah diamalkan oleh orang-orang Barat. Sayangnya, amalan-amalan itu tidak berlaku di kalangan orang Islam sendiri di Timur. Sikap pengotor, tidak menepati janji dan membuang masa masih berakar umbi dalam masyarakat Islam sendiri.

Walaupun pahit kita terpaksa mengakui betapa Islam kini digelapkan oleh umat Islam sendiri. Islam kini seolah-olah sudah sinonim dengan kemunduran, keganasan, perpecahan dan kemiskinan. Hingga dengan itu muncul istilah ‘Islamophobia’ – takut kepada Islam. Ini istilah yang dipopularkan oleh musuh. Namun, kita tidak boleh terus menyalahkan musuh, kerana apa yang ditohmah itu ada kalanya ada kebenarannya. Lihat sahaja di negara kita, siapa yang lebih ramai terjebak dalam penyalahgunaan dadah, kemiskinan, politik kotor, rasuah dan sebagainya?

Justeru, kita harus belajar daripada apa kata musuh Islam. Imam Ghazali menegaskan kita boleh mengenal aib diri menerusi kata-kata musuh. Belajar untuk mengakui, menilai dan bermuhasabah dan akhirnya membuat perubahan. Tidak cukup dengan slogan Islam adalah penyelamat jika umat Islam sendiri tidak selamat. Kaedah menghilangkan fitnah terhadap Islam adalah dengan cara kembali mengamalkan Islam secara ikhlas dan menyeluruh. Jangan adalah agenda untuk ‘mengkomersialkan’ atau ‘mempolitikkan’ Islam. Kita hanya mengotori wajah kita dan wajah Islam jika terus berbuat demikian.

Ironinya, pada masa ini semakin ramai orang-orang bijak dan jujur di luar Islam telah memeluk Islam sementara ramai pula orang yang bodoh dan berpura-pura di dalam Islam ingin keluar Islam (murtad). Ya, dengan kebijaksanaan dan kejujuran sahaja Islam akan nampak indah, sebalik keindahan itu akan terhijab oleh kejahilan, kedegilan dan sikap kepura-puraan.

Hakikatnya, Islam sudah nampak indah secara ilmiah, tetapi ia akan jauh lebih indah jika dipaparkan dalam bentuk amaliah. Sesungguhnya, ‘Quran hidup’ yakni Rasulullah SAW itulah yang telah berjaya memaparkan keindahan ajaran Islam yang ditulis atau dibaca melalui Al Quran. Hakikatnya, ‘the unic generation of Al Quran’ (generasi para sahabat Rasulullah SAW) itulah yang telah berjaya menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Mata lebih dipercayai daripada telinga.

Sikap lebih berpengaruh daripada cakap – walk your talk. Langkah inilah yang seharusnya diamalkan oleh umat Islam kini. Kita perlu memahami Islam secara tepat dan melaksanakannya secara berkesan agar Islam kembali menawan hati umat manusia masa kini. Insya-Allah, dakwah secara ‘lisannul hal’ (perbuatan) lebih berkesan daripada dakwah secara ‘lisanul maqal’ (kata-kata).

Kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini adalah kisah-kisah biasa yang diberi nafas Islam. Tidak dapat dinafikan ada antara kita yang lebih mudah menghadamkan input-input serius secara santai dan bersahaja. Saya hanya ingin mencuit perasaan dan mengocak fikiran. Namun matlamat utama saya adalah untuk menggugah jiwa kerana di situlah letaknya sumbu yang menyalakan api perubahan.

Ya Allah, mudah-mudahan disampaikan maksud itu walaupun saya sedar keterbatasan ilmu dan amalan. Buku kecil ini diharap menjadi mata rantai kepada perjuangan Islam yang telah dimulakan oleh generasi awal. Semoga langkah kecil ini menjadi batu loncatan untuk umat Islam melangkah lebih jauh dalam perjuangan menegakkan Islam masa kini. Insya-Allah, sekalipun sudah ada rotan, itu tidak bermakna akar sudah tidak berguna.

Saya berdoa agar ‘bunyi’ daripada beduk yang kecil ini mampu membangunkan diri sendiri dan orang lain untuk mengorak langkah perjuangan selaras dengan prinsip – baiki diri mu dan serulah orang lain!

(Petikan Kata Pengarang dalam Buku Beduk Ðiketuk Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.)


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails