PUTRAJAYA: Pendatang asing tanpa izin (PATI) dan majikan mereka yang mendaftar sepanjang tempoh dua minggu program pengampunan dan pemutihan mulai 11 Julai ini, tidak akan dikenakan tindakan undang-undang.
Ini kerana program pengampunan dan pemutihan kali ini berbeza berbanding lima program sama sebelum ini berikutan dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta, majikan dan kedutaan asing, selain membabitkan pendaftaran biometrik.
Justeru, semua majikan dan PATI diminta tampil mendaftar di semua pejabat Jabatan Imigresen di seluruh negara atau syarikat yang dilantik sepanjang tempoh dua minggu itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata selain tidak dikenakan sebarang hukuman, pendaftaran PATI adalah percuma, sejajar hasrat kerajaan untuk mengumpul data lengkap jumlah PATI di negara ini.
“PATI dan majikan yang mendaftar perlu menyerahkan segala data maklumat peribadi bagi dipertimbangkan untuk proses pemutihan pekerja. Oleh itu, mereka diminta merebut peluang itu kerana program ini adalah landasan terakhir untuk mendaftar PATI secara sah, sebelum operasi penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan secara besar-besaran,” katanya semalam.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Pekerja dan Pendatang Tanpa Izin, mengumumkan bahawa mulai 11 Julai ini, kerajaan akan melaksanakan program pengampunan dan pemutihan PATI bagi memperkemaskan rekod, sekali gus mengurangkan kumpulan itu di negara ini.
Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.
Mengulas lanjut, Mahmood berkata, program 6P juga bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dengan menukar status tidak sah PATI untuk diagih dan ditempatkan bekerja dengan senarai majikan yang berdaftar.
“Program ini diharap mampu mengurangkan jumlah PATI, sekali gus mengekang jenayah yang membabitkan mereka,” katanya.
Petikan : BHarian 24/06/2011
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Jun 24, 2011
PATI daftar pemutihan tidak dihukum
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/24/2011 04:02:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...