“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Jun 11, 2011

Bandar dicat warna biru kerana filem Smurfs


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda masih mengingati rancangan kartun Smurfs? Makhluk biru ini sangat comel dan ceritanya pula amat menghiburkan dan padat dengan pengajaran.

The Smurfs, dalam bahasa Perancis disebut Les Schtroumpfs adalah watak komik dan televisyen mengisahkan kehidupan sekelompok kecil makhluk fiksyen berwarna biru. Makhluk ini disebut Smurf, dicipta dan pertama kali diperkenalkan sebagai rangkaian jalur komik oleh kartunis dari Belgium yang bernama Peyo (nama pena Pierre Culliford) pada tarikh 23, 1958.

Peyo ~ Pierre Culliford (1928 - 1992)




Tahukah anda? Istilah asal Smurfs terhasil semasa Peyo bersama temannya André Franquin sedang menikmati hidangan yang pada ketika itu Peyo terlupa perkataan 'salt' (garam). Peyo bertanya (dalam bahasa Perancis) kepada rakannya untuk mengambilkannya 'schtroumpf'. Franquin lantas menjawab, "Ini schtroumpf - apabila anda selesai schtroumpfing, schtroumpf kembali", dan kedua-duanya menghabiskan seluruh minggu dengan berbicara dalam bahasa Bahasa schtroumpf. Nama itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda sebagai Smurf, yang kemudiannya digunakan dalam bahasa Bahasa Inggeris.

Hari ini, petikan di Kosmo! menceritakan kisah bandar Juzcar dicat biru sempena pelancaran filem Smurfs.

SEMUA bangunan di bandar Juzcar, Sepanyol dicat dengan warna biru.

MADRID - Bandar Juzcar di selatan Sepanyol dicat dengan warna biru termasuk gereja bagi meraikan pelancaran filem Smurfs yang dibintangi penyanyi Katy Perry.

Sebanyak 4,200 liter cat dan tenaga 12 penduduk tempatan digunakan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sejak kelmarin. Seramai 250 orang tinggal di bandar itu manakala Datuk Bandar Juzcar, David Fernandez Tirado berkata, orang ramai sudah menggelarkannya Papa Smurf.

Syarikat Sony yang mengeluarkan filem tersebut memilih bandar berkenaan sebagai lokasi tayangan perdana The Smurfs 3D pada 16 Jun ini.

Smurfs merupakan cerita kartun mengenai makhluk kerdil berwarna biru yang disiarkan buat kali pertama di televisyen pada 1981. Ia disiarkan 30 tahun selepas pelukis kartun dari Belgium, Pierre Culliford menghasilkan komik smurfs. - Agensi

Peminat kartun Smurfs bolehlah menonton filem ini nanti...




Petikan : Kosmo! dan En.Wikipedia ~ The Smurfs

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails