“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Jun 11, 2011

Kelab Taat Suami galak poligami

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Belumpun reda istilah sensasi layanan untuk suami, semalam Presiden Kelab Taat Suami Malaysia, Fauziah Ariffin, mengeluarkan kenyataan sensasi yang lain pula, katanya, “masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat”.... mengapa begitu TERUK sekali kenyataan yang dibuat oleh seorang wanita, iaitu isteri PUNCA kerosakan masyarakat?!

Hemmm.... hari ini dalam BHarian 11/06/2011 melaporkan, “Kelab Taat Suami menggalakkan poligami, isteri dikhuatiri dipaksa patuh demi kepentingan peribadi: Mashitah”.

Dalam berita ini, orang ramai perlu menghalusi asas penubuhan Kelab Taat Suami diwujudkan kalangan isteri berpoligami daripada Global Ikhwan Sdn Bhd yang dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, lebih membimbangkan, istilah taat itu boleh disalahertikan sehinggakan isteri dipaksa patuh kepada suami demi kepentingan peribadi, termasuk keinginannya berkahwin ramai.

“Saya tidak menentang poligami sebab itu hukum Allah tetapi perlu dibuat mengikut lunas ditetapkan agama. Kita kena lihat siapa ambil inisiatif gerakkan kelab ini dan asal usulnya yang memang isteri poligami daripada Global Ikhwan iaitu kumpulan Arqam terdahulu yang mengumpulkan isteri supaya taat.”

“Kenyataan mereka lebih kepada tujuan ajak orang masuk kelab... hari ini dia kata wanita perlu pakai seksi (depan suami), dulu kata wanita perlu layan suami seperti pelacur. Saya pun tak faham jika ada wanita yang berstoking dan tudung labuh di rumah sebab di rumahlah wanita berpakaian yang terbaik.”

“Saya bimbang istilah taat itu disalahertikan... nanti suami minta isteri pinangkan isteri nombor dua. Kalau tidak, nanti tak taat, kalau tak kahwin lagi satu nanti jadi maksiat,” katanya lagi. Beliau mengulas laporan kenyataan Presiden Kelab Taat Suami Malaysia, Fauziah Ariffin, semalam yang mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi yang juga cara terbaik memberi layanan kepada suami.

Sebelum ini, kenyataan Naib Presidennya, Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan isteri supaya melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Dr Mashitah yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, pelbagai pihak mahukan kerajaan memantau kelab itu dan kenyataan pemimpinnya bagi mengelak perkembangan ajaran dan fahaman sesat berikutan kelab itu diasaskan bekas pengikut al-Arqam.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq, berkata ketiadaan pemantauan oleh kerajaan memberi peluang kepada pihak tertentu mengembangkan ajaran dan fahaman sesat di negara ini. Beliau sendiri yang turut ditawarkan keahlian Kelab Taat Suami berkata, tidak sewajarnya institusi perkahwinan disamakan dengan perkhidmatan seks pelacur.

“Tidak selayaknya pelacur disamakan tarafnya dengan seorang isteri dan ketaatan seorang isteri tidak seharusnya diukur kemampuan seksnya kepada suami,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor, Datin Paduka Rakibah Abd Manap, berkata, golongan isteri tidak perlukan kelab itu bagi memberi bimbingan kerana ia boleh mengelirukan.

Disertakan petikan BH 10/06/2011 yang memetik Pakaian seksi untuk pasti suami puas.


Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah

RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi. Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.

“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji? Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.

Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia. Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.

Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu. Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam.

Laman-Seri : Bagaimana pula mereka ini tahu tentang hal ini dan cara layanan pelacur kelas pertama, ya? Hemmm.... musykil sungguh.... “masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat”.... mengapa begitu TERUK sekali kenyataan yang dibuat oleh seorang wanita, iaitu isteri PUNCA kerosakan masyarakat?!

Agaknya mereka ini lupa firman Allah SWT yang bermaksud, “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita...” (Surah an-Nisa' ayat 34) dan “Dan orang yg beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat jahat....” (Surah at-Taubah ayat 71).

Waahhh... Mereka ini lebih sudu daripada kuah. Mungkin ada strategi untuk mengambil-alih kepimpinan lelaki, atau tidak mustahil mereka ini diperalatkan oleh golongan tertentu yang mempunyai tujuan tertentu yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Apa-apapun, menyalahkan wanita @ isteri sebagai punca kerosakan masyarakat adalah kenyataan MELAMPAU yang keluar dari mulut seorang wanita... Sudah-sudahlah tu...




Sumber : Harian 10/06/2011 dan BHarian 11/06/2011.

Capaian entry berkaitan :
* Peguam Syarie bidas Kelab Isteri Taat
* Layan macam pelacur

5 ulasan:

  1. Poligami perlu keputusan lebih terperinci ~ BHarian 17/06/2011

    SAYA tertarik dengan saranan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baru-baru ini bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak menggalakkan wanita berpoligami kerana berpendapat amalan itu sering disalah tafsir lelaki menyebabkan berlaku keruntuhan dalam institusi keluarga.

    Sudah tentu ada asas terhadap dakwaan beliau berkaitan perkara ini. Pada pandangan saya, amalan poligami di negara ini adalah kes terpencil yang digembar-gemburkan sebagai sesuatu yang indah. Di sebalik keindahan yang digambarkan itu ada masalah berat sering berlaku. Hanya mereka yang berpoligami dapat memahami peritnya.

    Ada dakwaan menyatakan lelaki berstatus suami itu bersifat romantik, tampan dan menarik di samping memiliki kestabilan ekonomi seperti harta, rumah dan kereta. Lelaki tua memang pandai berkata-kata untuk memikat gadis muda.

    Bagaimanapun, ia hanya lakonan dan bersifat sementara. Apabila isterinya menjadi dua, beban kewangannya bertambah, memerlukan dua rumah, dua kenderaan, wang saraan secukupnya dan pada masa sama, masanya perlu dibahagi dua.

    Di Malaysia undang-undang poligami di bawah kawalan Jabatan Agama Islam negeri yang diseragamkan. Mana-mana lelaki yang hendak berpoligami perlu mendapat izin Mahkamah Rendah Syariah dan permohonan perlu dibuat melalui Pejabat Agama Islam mengikut prosedur ditetapkan.

    Adalah dicadangkan lelaki yang berhasrat berpoligami itu diberikan sekurang-kurang kursus kaunseling selepas mendapat kelulusan Mahkamah Rendah Syariah untuk berpoligami. Pendekatan demikian dapat memberi kesedaran kepada lelaki terbabit mengenai tanggungjawab selepas berpoligami dan bukannya lepas tangan.

    Kepada wanita muda perlu sedar mereka berhadapan risiko besar apabila menjadikan suami orang sebagai pilihan. Banyak pertimbangan perlu dibuat apabila mendampingi lelaki berusia.
    Usahlah dipandang kedudukan kewangan, pangkat dan harta semata-mata. Begitu juga sikap romantik lelaki kerana ini adalah lakonan, bukan jaminan bahagia berumah tangga.

    Jauhilah suami orang kerana masih ramai pemuda berkualiti boleh dijadikan teman hidup. Lelaki bujang adalah sejuta kali lebih baik daripada suami orang.

    YUSRI,
    Kuala Lumpur.

    BalasPadam
  2. Hanya orang yang bodoh akal fikirannya yang akan menentang poligami kerana perkara itu adalah berdasarkan taqdir dari Allah. Sedangkan Allah sendiri menghalalkannya kerana Allah Maha Mengetahui, siapa kita untuk menghalang poligami hanya kerana kira rasakan akal kita lebih bijak dari Allah dan emosi kita adalah benar? Bukan semua lelaki mahu berpoligami tetapi mereka redha apabila ianya berlaku keatas diri mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada yang menentang rasanya dalam entry ini. Cuba baca betul-betul, ya. Jangan ikut emosi.

      Hanya mereka yang bodoh akal fikirannya yang mengamalkan poligami secara semberono, mempersendakan hukum Allah. Itu perkara yang utama yang perlu diketengahkan.

      Padam
    2. jika tidak menentang atau tidak mengalakkan poligami...mengapa tidak ada satu pun dalam entry ini yg membantu utk menjayakan firman ALLAH...kenapa bila berlakunya poligami...nafsu lelaki yg dipersalahkan...bukan ker golongan yg tidak mahu atau tidak menerima poligami nie juga mengikut nafsu...

      alasan yg diberikan ialah lelaki tidak mampu utk berlaku adil...sedangkan kita lihat dan tahu seseorg ibu pun tidak mampu utk berlaku adil kpd anak2 nya...

      Padam
    3. Quote : mengapa tidak ada satu pun dalam entry ini yg membantu utk menjayakan firman ALLAH...
      Menjayakan firman Allah yang mana satu?

      Quote : alasan yg diberikan ialah lelaki tidak mampu utk berlaku adil...
      Adakah syarat ini digariskan oleh manusia?

      Padam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails