Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai pengguna berfikir bahawa pajak gadai merupakan cara yang mudah, selesa dan cepat untuk mendapatkan wang. Ia memang betul jika anda dapat menebus balik barangan yang digadai, namun anda boleh ditipu oleh pekedai pajak gadai yang tidak jujur. Oleh itu, anda perlu berwaspada supaya tidak tertipu atau terpedaya dengan helah mereka yang rakus dan tamak haloba.
Terdapat beberapa terma yang perlu kita faham tentang pajak gadai :
a) Pemegang Pajak Gadai
Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar sebagai pemegang pajak gadai. Ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang yang lain sebagai cagaran untuk pembayaran balik wang yang tidak lebih dari RM5,000.00 yang telah didahulukan.
Sebagai contoh : A, seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan RM100.00 kepada B yang memerlukan wang. Sebagai jaminan untuk pembayaran balik wang itu, B meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas. A di sini disifatkan sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai. Begitu juga halnya dengan seseorang yang membeli atau menerima barang-barang dan meminjam kepada orang itu sejumlah wang tidak melebihi RM5,000.00 dengan satu perjanjian atau persetujuan bahawa barang itu boleh dibeli kembali atau ditebus berdasarkan syarat-syarat tertentu.
b) Pemajak Gadai
Akta mendefinasikan pemajak gadai sebagai seorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk dipajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai. Akta juga memperuntukkan bahawa golongan-golongan tertentu tidak boleh mejadi pemajak gadai. Ini termasuklah orang yang dalam keadaan mabuk dan golongan di bawah umur 16 tahun. Seorang kanak-kanak, misalnya tidak boleh diminta oleh ibu bapanya membawa barang tertentu untuk digadaikan. Sekatan yang dikenakan ke atas golongan ini adalah berasaskan prinsip am undang-undang bahawa orang ini tidak berkeupayaan untuk melibatkan diri dalam apa-apa transaksi undang-undang.
Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan pajak gadai terdapat beberapa perkara yang perlu sentiasa anda ingat.
1 – Semak tarikh luput. Anda tidak boleh menuntut barang selepas tarikh luput, kecuali kedai pajak gadai bersetuju memanjangkan tempoh berkenaan.
2 – Selepas tarikh luput, semua barangan yang digadai yang nilainya kurang RM200.00 akan menjadi kepunyaan kedai pajak gadai berkenaan dan bukan kepunyaan anda lagi.
3 – Semua barangan yang tidak ditebus yang nilainya melebihi RM200.00 boleh dilelong oleh kedai pajak gadai. Anda berhak mendapatkan baki wang yang tinggal daripada jualan barangan berkenaan selepas ditolak semua kos gadaian.
4 – Pemegang pajak gadai perlu menghantar notis berdaftar kepada pemajak gadai mengenai tindakan untuk melelong barangan gadaian. Notis ini perlu diterima oleh pemajak gadai dalamasa 7 hari sebelum urusan pelelongan.
5 – Pemajak gadai dinasihatkan untuk memberi alamat semasa apabila memajak barangan atau memaklumkan pertukaran alamat secara bertulis kepada pemegang pajak gadai. Ini adalah penting untuk memastikan notis-notis pemberitahuan pelelongan yang dihantar oleh pemegang pajak gadai sampai ke pemajak gadai.
6 – Kedai pajak gadai bertanggungjawab atas kehilangan atau kemusnahan barangan gadaian akibat kecurian atau kebakaran.
7 – Pemajak gadai perlu mendapatkan resit setiap kali anda membuat pembayaran.
8 – Jika kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi (lebih 2% sebulan) ke atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara ini ke pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
9 – Jika pemajak gadai kehilangan resit/tiket gadaian, anda berhak mendapatkan salinannya secara percuma.
10 – Jika pemajak gadai merasakan bahawa barang gadaiannya berkurangan nilai atau jika kedai pajak gadai enggan menyerahkan barang gadaian anda, buatlah aduan kepada majestret. Majestret mempunyai kuasa untuk memerintahkan kedai pajak gadai untuk membayar gantirugi yang munasabah.
11 – Pastikan kedai pajak gadai yang adan berurusan mempunyai lesen yang sah.
12 – Semak buku catatan kedai pajak gadai untuk memastikan bahawa kandungannya adalah sama dengan surat pajak gadai yang anda terima.
Sumber : Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di BH 06/06/2011
Capaian entry berkaitan :
* Tips jimat cermat agar kewangan keluarga stabil
* Strategi menjadi surirumah sukses
* Pelaburan bijak
* Ar-Rahnu, pinjaman tanpa faedah
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Jun 21, 2011
Apa yang perlu anda tahu tentang pajak gadai
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/21/2011 06:03:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tiada pengalaman dalam bidang ini. tq kongsi ilmu.. :-)
BalasPadam@blog-tips-kurus
BalasPadamSalam...
Terserempak dengan artikel ini di BHarian. Ada juga dengar, kedai sebegini lebih banyak buruk daripada baik, kes penipuan banyak berlaku.
Saya pun tak pernah ada pengalaman, cuma dengar-dengar cerita daripada mereka yang pernah masuk ke kedai sebegini.
Satu lagi alternatif di Ar-Rahnu, pinjaman tanpa faedah.