Kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama harus buka mata kita
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Agama lain khususnya Kristian, dengan secara terancang, mahu umat Islam menganut kepercayaan mereka, bukan perkara baru. Malah sejarah membuktikan usaha sedemikian dilakukan terhadap umat Islam di seluruh dunia bermula sejak sebelum Perang Salib lagi. Justeru, laporan mengenai satu jamuan amal tahunan dan ‘berbuka puasa’ di Gereja Methodist Damansara Utama cuba menyebarkan dakyah Kristian kepada sekumpulan orang Islam, sehingga diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Hakikatnya, memang semakin ramai orang Melayu Islam memeluk Kristian hasil dakwah dan pujukan halus pertubuhan agama itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini sejak kelmarin. Memanglah pemimpin Kristian tempatan tidak akan dan tidak mungkin mengaku perkara itu, apa lagi Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, jelas melarang perbuatan itu. Jika orang Melayu/Islam bukan menjadi sasaran pertubuhan dan gereja Kristian ini, kenapa mereka beriya-iya benar membawa masuk Bible berbahasa Melayu dan mahu menggunakan istilah ‘Allah’ tidak lama dulu?
Bagaimanapun, pertubuhan atau gereja Kristian saja tidak harus disalahkan apabila semakin ramai orang Melayu/Islam termakan dengan dakwah dan dakyah mereka. Kita juga akan berbuat demikian jika mempunyai ruang dan peluang untuk mengajak penganut agama lain, memeluk Islam. Kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama itu seharusnya membuka mata kita kenapa gejala ini semakin membimbangkan sekarang.
Difahamkan, sebahagian besar daripada 50 orang Islam yang hadir dalam majlis di Gereja Methodist Damansara Utama pada Rabu lalu itu ialah untuk mendapatkan bantuan. Akhbar ini semalam menyiarkan pengakuan seorang ibu tunggal bagaimana dia terpaksa menerima bantuan gereja untuk menyara hidup bersama empat anaknya selepas gagal menerima bantuan berterusan daripada Baitulmal.
Kes ini, mungkin terpencil tetapi selain membuktikan memang wujud usaha mengkristiankan orang Melayu secara halus, ia juga mendedahkan kelemahan agensi yang diamanah untuk mengendalikan zakat dan sumbangan umat Islam bagi membantu golongan seperti itu. Tidak ada gunanya saban tahun mereka mengumumkan kutipan berjuta ringgit tetapi realitinya ada umat Islam meninggalkan agama kerana kemiskinan dan kesukaran hidup.
Berbeza dengan pemimpin gereja dan pendakwah Kristian yang menggunakan pendekatan pujukan, kebanyakan pemimpin agama atau ulama kita lebih cenderung untuk menghukum daripada membetulkan. Malah sesama yang bergelar ulama pun saling bersaing dan menuduh mengenai Islam siapa yang betul. Apabila ada kes murtad dalam kalangan umat Islam, mereka menyalahkan ibu bapa, budaya Barat, sekolah, kerajaan dan pelbagai pihak lagi kecuali diri sendiri.
Serbuan JAIS itu juga menunjukkan betapa kepentingan politik kini mengatasi kepentingan mempertahankan kesucian agama. Memang tindakan JAIS atau majlis agama Islam lain sering dilanda kontroversi terutama apabila membabitkan premis, sama ada rumah ibadat atau pusat hiburan yang turut dikunjungi bukan Islam. Serbuan JAIS malam Rabu lalu tidak terkecuali.
Seperti kes seumpamanya sebelum ini, tindakan itu dikecam oleh pemimpin politik bukan Islam, pertubuhan bukan kerajaan dan tokoh Islam liberal. Barangkali kerana melihat senario seperti ini, ada pihak semakin berani melakukan sesuatu yang dulu dianggap sensitif terhadap keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Sejak akhir-akhir ini, bukan Melayu/Islam bagaikan boleh bercakap dan menuntut apa saja atas nama kebebasan bersuara. Malangnya, orang Melayu/Islam terus dituduh rasis, kolot, malah mungkin pengganas apabila cuba mempertahankan agama dan hak mereka, walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan.
Usah biar gereja pengaruhi umat Islam
Apa yang berlaku pada hari ini ialah agama lain giat mengembangkan agama dan fahaman mereka. Cuba kita renung kembali, masyarakat kita juga sebenarnya mempunyai banyak saluran untuk mengembangkan agama Islam. Bermula dari peringkat mukim, kariah masjid mempunyai pegawai dan jawatankuasa kariahnya sendiri. Mereka sepatutnya menjadi orang pertama yang daoat menangkis gejala ini dengan mengadakan lawatan rumah ke rumah, tidak mengira musin untuk ebrtanya khabar mengenai kesusahan dan keperitan hidup penduduk setempat. Berapa banyakkah Jawatankuasa kariah melawat hospital apabila mendapat berita ada penduduk sekitar kariahnya terlantar di hospital?
Cuba kita lihat penggerak agama lain, mereka giat melawat hospital dan memberikan bantuan serta bertanya khabar. Susahkah kerja ini sedangkan setiap masjid mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Gerak kerja Jiran Tetangga juga dapat menampung perkara sebegini seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Persatuan Penduduk, Komuniti Bestari, Kawasan Rukun Tetangga seta persatuan kharat kematian, parti politik dan lain-lain.
Pada peringkat daerah, kita ada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, pejabat Agama Daerah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen mesti ada wakil peribadi masing-masing untuk menjaga pengudi di kawasan mereka.
Di peringkat negeri pula ada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Pembangunan negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti serta Exco khas untuk menangani perkara ini.
Pada peringkat nasional, kita ada jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta banyak lagi agensi seumpamanya, kenapa masih ada masyarakat Islam yang tersungkur?
Bagi individu pula sepatutnya merapatkan diri dan keluarga dengan jiran tetangga, masjid dan kembalikan tradisi ‘jaga tepi kain orang’ yang diamalkan oleh nenek-moyang kita dahulu.
Kita lihat di pedalaman, masyarakat orang Asli di Semenanjung, Sabah dan Sarawak lebih mengenali agama Kristian daripada Islam. Kita juga tahu bahawa individu Muslim yang menukar agama melanggar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan tetapi kita hanya berpegang kepada perlembagaan sahaja, sedangkan pihak yang menjalankan propaganda ini tidak mengambil pedulipun perkara ini. Sama ada mahu diakui atau tidak, penyebaran Injil dalam bahasa Melayu sudah menampakkan impaknya. Kini ada masyarakat desa menerima Injil berbahasa Melayu melalui pos untuk dibaca.
Semua pihak mesti jalankan tugas masing-masing unutk menjaga anak bangsa Muslim agar tidak digoyahkan oleh dakyah ini.
Petikan : BHarian 09/08/2011
Capaian entry berkaitan :
* Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa
* Implikasi buruk cabar ketetapan Islam agama bagi Persekutuan
* Gerakan berani Kristian, salah siapa?
* Rumah perlindungan pesong akidah
* Perbaiki cara dakwah elak umat dipedaya
* 12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS
* ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
* Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam
* Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan
* Kemiskinan membawa kekufuran
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Ogos 10, 2011
Gerakan berani Kristian, salah siapa?
Susunan :
Bawang Goreng
pada
8/10/2011 09:15:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...