“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Ogos 09, 2011

Makan sahur ciri puasa umat Islam


Assalamualaikum warahmatullah,

Bagaimana dengan ibadah puasa anda setakat hari ini? Masih ada yang 'liat' bersahur? Harap-harap tiada yang begitu, ya...

Bersahur adalah amalan penting pada Ramadan. Sayangnya, ramai umat Islam meremehkan hal ini. Adakah hanya kerana perintah bersahur itu adalah sunat dan hukum berpuasa bagi orang-orang yang tidak bersahur tetap sah maka ia diketepikan.

Persoalan yang hendak ditimbulkan, apakah keberkatan yang terdapat di sebalik bersahur itu?

Pensyarah di Jabatan Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor, Mohammad Nidzam Abd. Kadir menjelaskan, sahur ialah makan selepas waktu tengah malam atau dinihari sebelum terbit fajar bagi orang-orang yang hendak berpuasa pada bulan Ramadan atau pada bulan-bulan yang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah)

Malah berdasarkan hadis di atas dan beberapa hadis lain maka para ulama sepakat mengatakan bahawa hukum makan sahur adalah sunat.

Sementara itu, dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Baginda Rasulullah, menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi SAW, Baginda sedang bersahur lalu bersabda: “Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya.” (Hadis riwayat an-Nasaie)

Dalam riwayat Abu Sa‘id al-Khudri , Rasulullah SAW bersabda: “Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Amalan bersahur ini juga, membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud, “Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Hadis-hadis di atas membuktikan amalan bersahur itu ada kaitan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi. Oleh itu, kita mestilah mengambil peluang bersahur sekalipun dengan seteguk air. Ini sebagaimana hadis riwayat Ibnu Hibban yang bermaksud, “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.”

Apabila menyentuh soal keberkatan bersahur, ia boleh diperhatikan dari sudut agama dan duniawi. Apabila kita melaksanakan sunah Rasulullah maka seseorang itu telah memperoleh ganjaran pahala. Dari sudut duniawi pula, bersahur membawa impak positif untuk terus berpuasa.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani)

Bersahur juga memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga pada siang hari. Bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Memohonlah kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa di siang hari.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Berdoa

Di samping itu, waktu bersahur itu juga adalah waktu turun rahmat. Bangun dan berdoa pada waktu sahur mempunyai berkat kerana pada waktu itu rahmat turun dan doa terangkat sebagaimana Rasulullah bersabda: “Daripada Abi Umamah telah berkata: “Ya Rasulullah, bilakah waktu doa itu lebih didengar? Baginda bersabda: “Pada waktu tengah malam dan selepas sembahyang fardu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Menyentuh tentang waktu bersahur, waktu bersahur itu bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan berlarutan sehingga sebelum terbit fajar. Oleh itu, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dia dikatakan bersahur tetapi ia cuma makan biasa sahaja dan tidak ada baginya pahala sunat bersahur.

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur kerana amalan itu dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.” Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.

Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya: “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ini bermaksud melambatkan sahur adalah sunat sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada kadar membaca lima puluh ayat atau anggaran 10 hingga 15 minit sebelum terbit fajar. Antara tujuannya adalah demi memendekkan masa untuk menahan diri daripada kelaparan dan daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Mengulas makanan yang harus dimakan sewaktu bersahur, makanan yang diambil ketika bersahur biarlah sederhana sesuai dengan kemampuan dan upaya masing-masing. Baginda Rasulullah SAW sendiri menjelaskan bahawa hanya seteguk air sudah memadai untuk mendapat berkat daripada bersahur sebagaimana hadis Baginda. Jika terdapat buah kurma (tamar), maka itu adalah lebih baik kerana buah kurma itu adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah.

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar (kurma).” (Hadis riwayat Abu Daud)

Di samping itu, kepada mereka yang bangun sahur supaya mengambil peluang melakukan amal-amal soleh seperti berzikir, membaca al-Quran dan bersembahyang sunat tahajud dan sunat witir. Begitulah juga dengan sunat-sunat yang lain hingga terbit fajar. Apatah lagi jika malam tersebut kebetulan merupakan Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Adakah dengan bersahur boleh membatalkan niat berpuasa yang dilakukan sebelum tidur? Jawapannya, tentulah tidak. Tidak terbatal niat puasa jika seseorang itu bersahur selepas itu. Namun terdapat dua pandangan. Pertama, Imam Shafie mengatakan niat puasa pada setiap malam manakala Imam Maliki mengatakan hendaklah berniat puasa untuk sebulan. Maka kita mengambil gabungan dua pendapat ini iaitu niat puasa untuk sebulan dan niat setiap malam. Niat itu cukup sekadar lintasan dalam hati dan tidak perlu diucapkan daripada mulut.




Sumber : Telagabiru

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails