“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Ogos 05, 2011

20,650 daftar e-Kasih sertai 1AZAM


Program beri golongan miskin kerja tambah pendapatan

SERAMAI 20,650 Ketua Isi Rumah (KIR) dan Anggota Isi Rumah (AIR) yang berdaftar dalam sistem maklumat kemiskinan negara (e-Kasih) sudah mengambil bahagian dalam Program 1AZAM dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menerusi program itu, sebahagiannya kini bekerja melalui inisiatif AZAM Kerja manakala ada berusaha sendiri selepas menerima kelengkapan, bantuan, khidmat nasihat dan pinjaman melalui AZAM Tani, AZAM Niaga dan AZAM Khidmat daripada pelbagai agensi yang menjadi penaung program.

Program itu diperkenalkan bagi menyedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin untuk menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan iaitu RM750 sebulan bagi miskin dan RM2,000 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Dr Chua Hong Teck, berkata 57,793 isi rumah miskin yang berdaftar dalam e-Kasih disasar mengambil bahagian dalam program 1AZAM tahun ini.

Beliau berkata, dengan pencapaian jumlah penyertaan dalam proram 1AZAM itu, pihaknya berjaya memenuhi sasaran 80 peratus yang ditetapkan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini serta 35.7 peratus daripada sasaran keseluruhan.

“Program 1AZAM ini adalah langkah kerajaan membantu golongan miskin berdikari dengan menceburi pelbagai bidang dalam usaha menambah pendapatan keluarga,” katanya di majlis pembentangan pencapaian NKRA Program Transformasi Kerajaan (GTP) sepanjang enam bulan pertama tahun ini oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) di Kuala Lumpur, semalam.

NKRA Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah itu adalah satu daripada enam NKRA GTP bagi menjadikan kerajaan lebih berkesan dalam penyampaian perkhidmatan awam serta menjadikan masyarakatnya bertaraf hidup tinggi, maju, bersatu dan adil.

Selain itu, Chua berkata, pihaknya berhasil mencapai sasaran 100 peratus apabila melahirkan 430 usahawan wanita berpendapatan lebih RM3,500 sebulan sehingga Jun lalu dan menyelesaikan 90 peratus daripada permohonan tertunggak yang berdaftar dengan e-Kasih sebelum 31 Disember 2010 pada setakat Mac lalu.

“Sebanyak 401 rumah terbengkalai dan Rumah Mesra Rakyat sudah disiap dan diserahkan kepada pemilik sehingga Jun lalu. Ia adalah pencapaian 100 peratus untuk sasaran suku kedua 2011 dan 10 peratus bagi sasaran keseluruhan tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah NKRA Mempertingkat Infrastruktur Asas Luar Bandar, Eugene Teh Yee, berkata sehingga Jun lalu, sepanjang 474.4 kilometer jalan luar bandar berjaya dibina di seluruh negara iaitu pencapaian sebanyak 104 peratus.

Beliau berkata, kemajuan bagi penyediaan bekalan air dan elektrik juga berkembang dengan baik dengan 12,004 dan 2,906 isi rumah masing-masing sudah mendapat bekalan air dan elektrik.

Untuk perumahan pula, katanya, 2,567 unit sudah dibina atau diubahsuai sehingga akhir Jun lalu.

“Pembangunan fizikal iaitu jalan raya, air, elektrik dan perumahan ini berfungsi sebagai pemangkin kepada kemajuan sosial dan ekonomi. Ia untuk memperbaiki kehidupan rakyat di luar bandar dan capaian ke atas infrastruktur ini adalah hak asasi rakyat,” katanya.




Petikan : BHarian 05/08/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails