“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Ogos 14, 2011

Insiden liwat jejas nama pusat tahfiz

INSIDEN seorang pelajar tahfiz swasta berusia sembilan tahun terlantar di hospital, manakala dua rakannya trauma akibat didera dengan dipaksa melakukan seks oral, diliwat oleh pelajar senior seperti dilaporkan akhbar minggu lalu amat mengejutkan.

Terkejut kerana ia berlaku di pusat tahfiz yang ditubuhkan untuk tujuan murni bagi mendidik generasi muda supaya hafaz al-Quran dan celik dalam bidang agama. Pastilah kita semua tidak menyangka sama sekali kes memalukan seperti ini boleh berlaku di sebuah pusat tahfiz.

Kejadian yang berlaku di tahfiz di Kuala Pegang, Baling itu dikatakan berlaku ketika mereka mengikuti program orientasi yang diadakan selama 40 hari bermula Jun lalu bagi mendedahkan pelajar baru itu dengan program sekolah tahfiz berkenaan.

**********

KETUA Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bertanya sesuatu kepada mangsa liwat di sebuah sekolah tahfiz dekat Baling.


Timbul juga persoalan di benak penulis bagaimana pelajar senior semuda 12 tahun itu sudah pandai meliwat. Dari segi usia mereka juga pastinya belum akil baligh. Juga daripada mana mereka mengetahui perkara menjijikkan itu? Apakah mereka sudah mendapat pendedahan itu sejak dari awal lagi? Banyak persoalan yang sukar dijawab perlu dirungkai kerana kes terpencil begini mungkin juga berlaku di tempat lain tetapi tidak dilaporkan.

Dari aspek fizikal mangsa terpaksa terlantar empat hari di hospital kerana diliwat bergilir-gilir setiap malam oleh pelajar senior terbabit. Mereka juga diperlakukan seperti binatang apabila dikencing dalam mulut ketika dipaksa melakukan seks oral oleh senior berkenaan.

Mereka juga dipaksa makan tulang ikan, selain kerap dibelasah dengan teruk. Pelajar terbabit yang masih mentah juga akan mengalami trauma yang serius dengan insiden menimpa mereka itu dan perlu menjalani rawatan kaunseling bagi memulihkan semangat dan keyakinan mereka untuk terus ke sekolah selepas ini. Jika tidak, pastinya zaman persekolahan yang manis bagi setiap insan akan menjadi mimpi ngeri bagi mangsa seperti mereka.

Apa yang menyedihkan seperti didakwa bapa pelajar terbabit, tenaga pengajar pusat tahfiz itu langsung tidak mempercayai apa yang diadukan mangsa berkenaan menyebabkan penderaan itu berlarutan.

Pihak pengurusan tahfiz itu sepatutnya bertindak proaktif dan rasional dengan tidak mengetepikan langsung kemungkinan peristiwa itu berlaku dan menjalankan siasatan supaya ia dapat dibendung awal sebelum lebih parah.

Nasi sudah menjadi bubur. Semuanya sudah terjadi dan tidak dapat dielakkan lagi. Cuma apa yang boleh dilakukan ialah memperbaiki sistem yang ada baik di pusat tahfiz itu sendiri atau di institusi lain supaya ruang gejala tidak sihat seperti ini untuk berlaku dapat diminimumkan atau disekat terus.

Pelajar yang bertindak samseng itu wajar dikenakan tindakan supaya menjadi pengajaran kepada mereka dan orang lain agar tidak sewenang-wenangnya mendera orang lain seperti hamba.

Insiden ini pastinya memburukkan imej pusat tahfiz yang sentiasa dipandang tinggi dan mendapat kepercayaan umat Islam dalam melahirkan penghafaz al-Quran. Lebih-lebih lagi di negeri ini tahfiz amat popular sebagai institusi pendidikan sehingga ramai ibu bapa dari luar Kedah menghantar anak mereka ke sini untuk mendalami al-Quran.

Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) juga perlu menjalankan siasatan. Alasan pusat tahfiz itu tidak boleh dikenakan tindakan jika ia tidak berdaftar dengan JAIK sukar diterima. JAIK sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam mesti memastikan setiap sekolah agama atau pusat tahfiz berdaftar agar mudah dipantau operasinya.

Jangan jadi seperti sebuah pusat tahfiz di Jalan Kuala Kedah, Yan yang menggunakan pelajarnya menjual cakera padat (CD), kopi dan balm untuk mencari dana di merata tempat. Biarpun sejak beberapa tahun lalu media massa kerap menyiarkan berita mengenai masalah itu, ia masih berterusan hingga kini.

Jika penceramah yang tiada tauliah mengajar agama boleh dikenakan tindakan, mengapa ada pengecualian terhadap sekolah agama atau tahfiz yang tidak berdaftar? Sama-samalah kita kaji kelemahan undang-undang yang ada demi memartabatkan institusi pengajian agama ini.

Penulis, Azmi Md Deros [azmimd@bharian.com.my] ialah Ketua Biro Berita Harian Kedah.



Petikan : BHarian 11/08/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails