Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Setiap kali berkunjung ke premis perniagaan, mata akan tercari-cari di mana letaknya poster ‘Ayat Seribu Ðinar’. Bila diamati, pasti kita akan menemui poster ini dengan pelbagai corak dan bentuk di sudut ruang tertentu. Pesan guru-guru kita, ayat ini harus dibaca, difahami dan dihayati, barulah janji Allah di dalam ayat tersebut akan terlaksana.
Ayat 2 dan 3 dari surah at-Talaq ini bermaksud, “Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan membuka jalan keluar baginya dan Ðia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Ðan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.
Ðaalam ayat ini terkandung janji Allah kepada para hamba-Nya. Janji itu bukan calang-calang janji. Janji yang amat dinanti-nantikan oleh setiap insan iaitu Allah akan memberi jalan keluar bagi setiap kesukaran hidup yang dihadapi serta Ðia akan memberi rezeki daripada sumber yang tidak hamba-Nya jangka-jangkakan.
Namun begitu, ada syarat kahs yang ditetapkan dan perlu dipenuhi oleh para hamba sebelum layak dikurniakan pemberian Allah yang besar itu. Setiap hamba harus memiliki sifat takwa kepada Allah serta sentiasa menghayati sifat bertawakal kepada-Nya. Tanpa ketakwaan seta bertawakal kepada-Nya, maka akan jauh nikmat tersebut daripada kehidupan seseorang insan.
Bila melihat ayat ini diletakkan di mana-mana sudut, maka tidak sukar untuk kita membuat andaian tentang tujuan pemilik premis berbuat demikian. Sejauh mana matlamat tersebut terlaksana, maka terserah kepada Allah yang lebih mengetahui tahap ketakwaan dan sifat tawakal yang ada pada diri mereka. Takwa dan tawakal bersifat dalaman yang hanya diketahui oleh Allah.
Seruan takwa kembali bergema
Sempena kedatangan Ramadan dan perintah berpuasa di dalamnya, kalimah ‘takwa’ kembali bergema di telinga setiap umat Islam. Suruhan berpuasa Ramadan disandarkan dengan matlamat melahirkan insan-insan bertakwa benar-benar mengusik kecerdasan emosi dan spritual untuk kembali menghayati tuntutan ibadah puasa dalam erti kata yang sebenarnya.
Suruhan berpuasa disangarkan kepada suatu matlamat yang mulia dan hakiki. Allah memerintahkan, “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkanke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah ayat 183)
Matlamat puasa menuntut pengamalnya menghiasi hati mereka dengan kualiti takwa yang sebenar. Rasulullah SAW ketika ditanya, di manakah letaknya takwa, lantas baginda bersabda, “Takwa itu di sini (baginda terus menunjukkan kepada dadanya).”
Sumber kekuatan dalaman
Takwa merupakan kekuatan dalaman yang cukup hebat dan luar ba=iasa. Seorang sahabat bernama Abdullah ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa “Takwa bermaksud melaksanakan ketaatan kepada Allah, jangan lakukan maksiat kepada-Nya, sentiasa mengingati-Nya, jangan lupa kepada-Nya dan sentiasa bersyukur dan jangan kufur. Kemuncak takwa ialah berhati-hati kepada perkara yang harus, kerana ada kalanya apabila individu tenggelam dalam keseronokan yang diharuskan, dia boleh lupa daratan. Pada saat itu, individu terbabit berkemungkinan boleh terjebak dalam maksiat.”
Saidina Umar al-Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai bin Kaab bertanya, “Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi duri?” Umar menjawab, “Ya, pernah.” Ubai bertanya lagi, “Apa yang kamu lakukan ketika itu?” Jawab Umar, “Aku berjalan berhati-hati dan bersungguh-sungguh.” Ubai menjelaskan, “Itulah takwa.”
Maksudnya, takwa bererti seseorang sangat berhati-hati dalam kehidupan harian agar tidak melakukan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh dalam setiap kebajikan yang dilakukan.
Allah menerangkan ciri-ciri orang yang bertakwa, antaranya, “Mereka beriman dengan perkara-perkara ghaib, mendirikan sembahyang serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Ðan mereka beriman kepada kitab (al-Quran) yang diturunkan kepada kamu dan kepada kitab-kitab yang diturunkan sebelum kamu serta mereka yakin akan adanya kehidupan di akhirat. Mrekalah orang yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah al-Baqarah ayat 3~5)
Bekalan takwa menjadi modal bagi seseorang Muslim dalam menempuh cabaran hidup. Kekuatan takwa menajdikan individu memiliki daya pengawasan diri yang tinggi mengawal diri daripada kemungkaran dan pengaruh negatif lagi merosakkan. Ðorongan takwa akan membawa seseorang mencapai kehidupan yang diredhai, sama ada ketika berada di khalayak atau ketika berseorangan.
Justeru maka layaklah mereka memperoleh kedudukan terbaik di sisi Allah, “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sini Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.” (Surah al-Hujuraat ayat 12)
Hubungan personal antara hamba dan Tuhan
Salah astu keunikan nilai takwa di bulan Ramadan ini ialah hubungan personal antara seorang hamba dengan Penciptanya. Hubungan ini tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali dirinya dan Allah sahaja.
Ðalam hubungan persoanl ini, ketulusan hati dan sifat amanah hamba ini menjadi taruhan dalam menentukan kualiti ibadah itu diterima atau ditolak. Maka di saat inilah akan menimbulkan satu kesedaran ketakwaan yang tulus dalam diri seseorang hamba terhadap Penciptanya.
Untuk lebih memahami perkara ini, mari kita lihat contoh berikut. Ketika keseorangan pada siang hari di bulan Ramadan, seseorang itu boleh terus berpuasa atau membatalkan puasanya. Siapa akan tahu kalau dia membatalkan puasa kerana tidak ada siapa yang melihatnya.
Ada segelintir manusia yang sanggup menipu di bulan Ramadan. Bila berseorangan ada yang sanggup tidka ebrpuasa. Makan secara sorok-sorok, siapa yang tahu dia tidak berpuasa? Mana ada ornag melihatnya makan dan minum di tempat sunyi?
Namun bagi insan-insan bertakwa, mereka sedar dan yakin bahawa Allah melihat dan memerhatikan gerak-gerinya, maka demi kepatuhan kepada perintah Allah serta demi keikhlasan menyemburnakan ibadah puasa, segala kesusahan rela ditanggung demi mencari keredhaan-Nya. Walau tiada siapa yang menilai tetapi dia yakin Allah menilai dirinya.
Perhatian khusus dari Allah
Hakikat ketakwaan seperti ini mendapat perhatian khusus daripada Allah. Rasulullah bersabda, “Ðemi yang diri aku di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada minyak attar. Allah berfirman : Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya dengan tujuan untuk Aku. Maka sebab itu, puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya.”
Sesungguhnya di sinilah peranan iman dan takwa dalam mengawal diri daripada hasutan nafsu. Setiap gerak-geri, zahir dan batin, semua mendapat perhatian Allah. Rasulullah SAW ketika ditanya tentang al-ihsan, baginda menjelaskan, “Ihsan ialah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Jika itu tidak dapat kamu rasai, yakinlah bahawa Allah sentiasa melihat kamu.”
Ðalam situasi berpuasa, dugaan besar bagi individu ialah bagaimana menjaga kesucian hati. Hati yang kotor mudah diperdaya oleh tuntutan nafsu. Hanya kebersihan hati akan dapat merasakan kehadiran Allah dalam seluruh gerak-geri, walau di mana berada, secara berseorangan mahupun bersama orang lain.
Maka inilah cabaran kita di dalam bulan Ramadan ini, bagaimana untuk mempertingkatkan ketakwaan harus diusahakan secara bersungguh-sungguh dan istiqamah. Kita perlu sabar dan tabah mengharunginya.
Menyuburkan takwa
Sebenarnya takwa mempunyai baja dan apabila ramuan yang sesuai digunakan, maka takwa akan hidup dengan subur dalam diri. Antara baja yang diperlukan bagi menyuburkan takwa ialah muhasabah dan taubat.
Ðalam Surah ali-‘Imran ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali ke pangkal jalan selepas melakukan kesalahan. Allah iktiraf mereka sebagai golongan bertakwa. Allah menjelaskan “Mereka (yang bertakwa) adalah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui.”
Muhasabah yang dilakukan dengan ikhlas melahirkan rasa insaf di hati. Keinsafan melahirkan taubat. Taubat yang hakiki mendorong seseorang untuk menyesal dengan apa yang telah dilakukan, meninggalkan segala kejahatan serta berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya lagi.
Kita meyakini bahawa sebaik-baik bekalan hidup untuk dibawa ke akhirat adalah bekalan takwa. Bulan Ramadan bulan keberkatan. Allah menjanjikan martabat takwa bagi insan yang ikhlas dan bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya. Mari kita sama-sama rebut peluang yang terbentang luas ini.
Sumber : Ðr Muhamad Jantan di MW#1446
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Khamis, Ogos 18, 2011
Ibadah puasa dan matlamat takwa
Susunan :
Bawang Goreng
pada
8/18/2011 08:56:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...