“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Ogos 04, 2011

Dipaksa botak, serik sertai kem ala banduan

SEBAHAGIAN daripada 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda, Johor Bahru kecewa kerana dipaksa membotakkan kepala dan didera oleh Warden Penjara Kluang ketika menyertai Program Sinar Harapan


33 pelajar SMK Bandar Baru Uda dakwa didera wadar

JOHOR BAHRU: Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin.

Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.

Lebih mengejutkan, pelajar mendakwa dua guru pengiring kumpulan pelajar yang dipilih atas alasan mempunyai masalah disiplin ponteng sekolah dan kelas, merokok serta terbabit dengan pergaduhan hanya mentertawakan tindakan wadar ke atas mereka.

Sehubungan itu, 20 ibu bapa bersama anak mereka membuat pendedahan mengenai kem motivasi ala banduan itu di Dewan UMNO di Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA di sini, semalam.

SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi di Penjara Kluang kelmarin.

Pelajar, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, mendakwa mereka hanya mengetahui dihantar ke penjara Jumaat lalu apabila bas Penjara Kluang menanti di pekarangan sekolah kerana sebelum itu diberitahu mengikuti kem motivasi anjuran syarikat perunding di Kluang.

Katanya, sebaik sampai di penjara terbabit beliau bersama 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap.

“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya.

Mohd Rafsanjani berkata, sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu.


BHarian 04/08/2011 ~ Perbincangan kes pelajar dibotak kecoh

SEORANG penjaga pelajar bertikam lidah dengan pengetua sekolah pada pertemuan bersama ibu bapa di SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru, semalam.

Ibu bapa peserta program motivasi di penjara emosi

JOHOR BAHRU: Kegagalan ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengawal emosi hingga sanggup melemparkan pelbagai kata-kata kesat, menyebabkan perbincangan bersama Jabatan Pelajaran Johor dan Penjara Kluang berhubung dakwaan anak mereka didera ketika Price of Freedom, semalam berakhir tanpa penyelesaian.

Malah, pertemuan selama tiga jam bermula 9.30 pagi di sekolah itu juga hanya dihadiri 13 keluarga daripada 33 pelajar yang mendakwa menjadi mangsa dera petugas program motivasi di Penjara Kluang selama tiga hari dua malam mulai Jumaat hingga Ahad lalu.

Pertemuan yang sepatutnya mencari penyelesaian, bertukar kecoh apabila ada penjaga melemparkan kata-kata kesat serta tohmahan tidak berasas terhadap pentadbiran sekolah.

Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor A Ghani, serta kakitangannya yang hadir juga tidak terlepas daripada dilemparkan dengan kata-kata kesat apabila dilabelkan sebagai bebal dan bodoh oleh waris pelajar.

Suasana tegang itu tetap dihadapi Mohd Nor serta Pengarah Penjara Kluang, Senior Asisten Komisioner Roslan Mohamed yang memberi jaminan akan menyiasat dakwaan itu.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKBBU yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali.

Ketika ditemui selepas pertemuan terbabit, Mohd Nor berkata, program Price Of Freedom akan diteruskan dan pihaknya sedia membuat penambahbaikan terhadap pengisiannya.

“Jabatan pelajaran bersikap terbuka dan kita sedia memberi ruang mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Jika terbukti dakwaan pelajar benar, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan atau guru terbabit,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, lima sekolah sudah menghantar pelajar mengikuti program motivasi itu, namun pihaknya tidak menerima aduan berhubung salah laku atau keganasan yang didakwa dilakukan kakitangannya.

Beliau berkata, pelajar hanya mengikuti program simulasi merasai kehidupan di penjara yang dijalankan di kawasan selamat.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan sekumpulan 33 pelajar sekolah terbabit mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selamat tiga hari dua malam di penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga Ahad lalu.

Mereka mendakwa bukan saja digunting rambut pendek ala banduan, malam ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.




Sumber : BHarian 02/08/2011 ~ Serik sertai kem ala banduan dan BHarian 04/08/2011 ~ Perbincangan kes pelajar dibotak kecoh

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails