“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Januari 31, 2012

Tasbih pemadam dosa

Empat rakaat yang sederhana, dihiasi dengan tasbih yang sederhana dan mudah; tetapi kesan dan impaknya amat luar biasa!


Bismillah,

Ðaripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas Ibn Abdul Muttalib, maksudnya, “Wahai Abbas, wahai bapa saudaraku! Mahukan aku berikan kepada kamu sesuatu? Mahukah aku berikan sesuatu yang kamu boleh mengambil mandaat daripadanya? Mahukah aku lakukan kepadamu 10 perkara yang apabila kamu lakukan perkara itu, Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu? Ðosa-dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian; dosa yang lama mahupun dosa yang baru; dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja; dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata; iaitu (hendaklah) engkau dirikan solat sebanyak empat rakaat. Pada setiap rakaat dibaca al-Fatihah dan surah. Setelah selesai bacaan surah, ketika engkau masih berdiri maka bertasbihlah sebanyak 15 kali dengan bacaan :

Tasbih pemadam dosa

Kemudian dalam rukuk 10 kali, sesudah bangun daripada rukuk 10 kali, semasa sujud pertama 10 kali, semasa duduk antara dua sujud 10 kali, semasa sujud kali kedua 10 kali dan sesudah bangun daripada sujud yang kedua 10 kali. Ini berjumlah 75 kali. Ðilakukan sedemikian dalam empat rakaat. Jika mampu, lakukanlah setiap hari. Jika tidak maka sekali pada setiap hari Jumaat ataupun sebulan sekali. Jika tidak maka setahun sekali. Sekiranya ini pun engkau tidak dapat lakukan, maka kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.” (Hadis riwayat Abu Ðaud, Ibn Majah, al-Baihaqi dan al-Tirmidzi)

Solat ini dinamakan sebagai solat sunat Tasbih. Jumlah tasbih yang diungkapkan untuk empat rakaat ini ialah sebanyak 300 kali. Fadilat dan kepentingan solat ini begitu jelas ditekankan oleh Rasulullah SAW dan amat digalakkan supaya solat ini dapat dilakukan setiap hari. Sekiranya tidak mampu, plaing kurang pun hendaklah dilakukan sekali dalam seumur hidup kita.

Jumlah bacaan tasbih dalam solat sunat Tasbih
(Jika dikerjakan 4 rakaat dengan 1 salam)

Waktu

Rakaat 1

Rakaat 2

Rakaat 3

Rakaat 4

Selepas iftitah, al-Fatihah dan surah

15

15

15

15

Rukuk

10

10

10

10

Iktidal

10

10

10

10

Sujud pertama

10

10

10

10

Duduk antara dua sujud

10

10

10

10

Sujud kedua

10

10

10

10

Duduk sebentar sebelum berdiri/sebelum tahiyat

10

10

10

10

Jumlah

75

75

75

75

http://laman-seri.blogspot.com


Bacaan tasbih setiap rakaat 75 X 4 rakaat = 300 kali bacaan tasbih.

Tawaran maha hebat

Cuba kita lihat, mukadimah Rasulullah SAW sebagai pembuka bicara sebelum menganjurkan dan mengajarkan kepada Sayidina Abbas r.a. berkenaan solat sunat Tasbih ini. Rasulullah SAW memulakan dalam bentuk pertanyaan dan kemudian dijawab oleh Rasulullah SAW sendiri. Seterusnya pertanyaan itu diiringi dengan fadilat dan kelebihan solat sunat Tasbih ini. Ini manhaj tarbiyah yang amat berkesan untuk menyuburkan rasa kepentingan terhadap amalan yang dianjurkan.

Ðiceritakan dalam kirab al-Mirqat bahawa Abdullah Ibn Abbas r.a. mengerjakan solat sunat Tasbih ini setiap hari Jumaat. Manakala al-Baihaqi menukilkan bahawa seorang ulama besar daripada kalangan tabiin iaitu Abu Jawza r.a. menunaikan solat sunat Tasbih setiap hari pada waktu Zuhur.

Lihatlah, hanya melalui empat rakaat yang sederhana; dihiasi dengan tasbih yang sederhana dan mudah; tetapi kesan dan impaknya amat dahsyat lagi menakjubkan; iaitu pengampunan dan penghampusan segala dosa. Apa jua bentuk dosa yang seseorang itu lakukan, mereka ditawarkan pengampunan total oleh Allah SWT.

Sesungguhnya ini satu rahmat daripada Allah yang terlalu agung buat umat kekasih-Nya. Usaha yang kecil, tetapi ganjarannya terlalu agung dan besar.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, anak Adam mana yang tidak melakukan khilaf dan dosa? Maka tawaran pengampunan dosa melalui solat sunat Tasbih ini adalah antara kurniaan Allah Taala yang tiada taranya untuk kita.

Jika insan-insan hebat seperti Sayidina Abbas dan Sayidina Ibn Abbas r.a. bersungguh-sungguh melakukannya, apatah lagi insane seperti kita, yang kerdil dan banyak dosa ini. Tentulah lebih-lebih lagi perlu mengejar dan mendapatkan pengampunan dosa-dosa kita itu melalui solat sunat Tasbih yang hebat ini.

Apa kata iman kita?




Sumber : Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz di Solusi ISU#36

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Januari 30, 2012

Penipuan antara punca kerosakan masyarakat



Bersikap benar dalam percakapan dan perbuatan ialah prinsip utama yang perlu dipelihara oleh orang beriman. Allah SWT mengkitabkan kepada orang beriman dengan jalinan sifat benar dalam firmannya bermaksud: “Wahai orang beriman, bertakwalah dan jadilah kamu bersama orang yang bersifat benar.” (Surah At-Taubah ayat 119)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Jadilah kamu orang yang benar dan jujur kerana ia mendorong kepada kebaikan seterusnya membawa ke syurga. Ketika itu mereka ditulis di sisi Allah SWT daripada kalangan orang yang benar. Dan janganlah kamu menjadi pendusta kerana ia mendorong kepada kejahatan seterusnya membawa ke neraka. Ketika itu mereka akan dicatat sebagai pendusta.” (Al-Hadis).

Oleh itu sifat ini menjadikan Saidina Abu Bakar sebagai sahabat terbaik dalam kalangan yang terbaik dengan gelaran As-Siddiq.

Sebaliknya, dusta ialah sifat keji dilaknat Allah SWT kerana ia adalah pakaian dihias syaitan berteraskan nafsu membinasakan. Firman Allah SWT: “Celakalah orang yang curang iaitu apabila mereka menerima timbangan orang lain, mereka minta dicukupkan dan apabila mereka menimbang untuk orang lain mereka menipu.” (Surah Al-Mutaffifin ayat 1-2).

Jumhur ulama berpendapat mereka yang menipu dalam apa juga bidang diceburi termasuk daripada golongan dimaksudkan Allah pada ayat di atas. Mereka akan menerima azab daripada Allah SWT. Ia juga antara punca kerosakan masyarakat. Urusan sesama manusia amat diberi perhatian oleh Allah SWT, khususnya dalam bidang perniagaan yang penuh penipuan demi keuntungan dunia yang sedikit.

Baginda SAW pernah berdiri dipasar pada satu hari seraya bersabda bermaksud: “Wahai peniaga sekalian, sesungguhnya peniaga dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan amat menyedihkan melainkan mereka yang jujur dan benar.” (HR Tirmizi).

Seterusnya Islam mengajar bagaimana peniaga yang baik menguruskan perniagaan mereka dalam sabdanya bermaksud : “Kaum Muslimin bersaudara, tidak halal bagi seorang Muslim menjual barang tidak elok melainkan diberitahu kelemahan barangan itu kepada pengguna.” (HR Ibnu Majah).

Umat terdahulu juga banyak terbabit dalam bidang perniagaan sehingga cerita mereka diabadikan Allah SWT dalam al-Quran. Baginda SAW juga peniaga cemerlang tanpa membabitkan unsur penipuan dan orang paling jujur dalam masyarakat Quraisy.

Firman Allah SWT kepada penduduk Madyan: Syuaib AS berkata: “Dan janganlah kamu kurangi timbangan kerana kamu sekarang dalam keadaan baik dan makmur. Aku khuatir kamu akan ditimpa azab pada hari yang membinasakan kamu. Wahai kaumku, penuhilah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak mereka kerana ia adalah kejahatan yang akan merosakkan.” (Surah Hud ayat 85-86).

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa yang menipu, mereka bukanlah daripada golongan kami.” (HR Muslim).

Ayat ini menunjukkan penipuan antara punca kerosakan dalam masyarakat. Ini termasuk menaikkan harga sesuka hati dan dianggap kesalahan dan haram dalam Islam kerana ia memudaratkan pengguna.

Dalam sesetengah kes, ada juga berlaku kesepakatan antara penjual dengan pihak ketiga dengan meninggikan harga barangan itu bagi menjerat pengguna lain untuk membelinya. Sabda Nabi SAW: “Janganlah kamu meninggikan harga barangan dengan cara “tanajush” (tidak bermaksud untuk membelinya, tetapi untuk manfaat penjual).” (HR Bukhari & Muslim). Ini juga dikategorikan sebagai merampas hak orang lain.

Merampas hak orang lain juga termasuk dalam kalangan orang yang menipu kerana ia membabitkan urusan sesama manusia dan dianggap kezaliman. Apatah lagi jika ia membabitkan urusan kepemimpinan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penipuan dan penyelewengan.

Penulis, Ustaz Zaman [bhagama@bharian.com.my] ialah Eksekutif Agama NSTP.




Petikan : BHarian 31/12/2011

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Januari 29, 2012

Wanita dan handbag - bab 4



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entry yang dimasukkan ini dinafikan sekeras-kerasnya, BUKAN dan TIDAK bertujuan untuk provokasi, cuma Laman-Seri terfikir.... yang dikendong ke sini situ sana sini seperti dalam gambar-gambar di bawah ini, mungkinkah handbag ini mempunyai butang magis (magic button) yang membolehkan ia bertukar-tukar warna seperti cicak kubing mengkarung (cameleon), mengikut warna baju...?

Tidak mustahil ia ada butang magis, maklumlah, dilaporkan harga bagi sebuah handbag ini adalah di antara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu). Jadi, mereka yang buat spekulasi mengatakan RM menghabiskan RM (MYR) rakyat, henti-hentikanlah, ya... Kita cuba bersangka baiklah.

khaki


garnet/bordeaux


turqoise


dark blue


mahogany


black


orange/persimmon


walnut





Capaian entry berkaitan :
Wanita dan handbag
Wanita dan handbag - bab 2
Wanita dan handbag - bab 3

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Januari 27, 2012

Benarkah redha Allah bergantung pada redha makhluk-Nya?


Assalamualaikum warahmatullah,

Saya percaya, kita tentu pernah mendengar perihal ‘redha suami’. Ðalam entry Hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami yang lepas juga, Laman-Seri ada memetik hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah ban Amru r.a. yang bermaksud, “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)’

Tidak dinafikan, ramai yang keliru dan tidak jelas berkenaan ‘redha suami’ dan ‘redha ibu bapa’ ini. Benarkah redha Allah bergantung pada redha makhluk-Nya? Ðalam entry kali ini pula, kita akan melihat, sejauh manakah kefahaman kita terhadap hadis ini. Saya cuma akan fokus kepada ‘redha suami’ kerana ‘redha ibu bapa’ akan dikupas dalam entry yang lain pula, insya Allah.

Beberapa bulan yang lepas, saya telah kemukakan persoalan ini kepada Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie. Antara isi kandungan yang dikemukakan kepada Suzana melalui fB beliau ialah :

Saya selalu juga membaca berkenaan ‘redha suami’ ini, maknanya kalau suami tak redha, isteri tak boleh masuk syurga, kalau tak silap dari hadis yang berbunyi lebih kurang begini : “Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

Ðalam hadis yang lain pula menyebut, “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.” (tidak diketahui riwayatnya)

Saya fikir ramai sedia maklum, Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumahtangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami. Syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul. Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Ðengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.

Kunci kerukunan rumahtangga adalah persefahaman antara suami isteri. Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumahtangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Ðengan demikian rumahtangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Seringkali saya juga tertanya-tanya, situasi yang bagaimana perlunya redha suami ini? Suami yang bagaimana akhlaknya yang ‘valid’ redhanya? Sebagai contoh : Isteri mithali (bertanggungjawab, tak pernah bangkang dan sebagainya) vs suami yang lalai dalam tanggungjawab, tetapi dalam situasi apabila isteri meninggal dunia, suami berkata dia tak redha terhadap isterinya, apakah status isteri di sisi Allah SWT?

Bukan sedikit lelaki berstatus suami yang ‘perasan bagus’ apabila mereka mendengar hadis berkenaan ‘redha suami’ mereka merasakan seolah-olah syurga atau neraka isteri terletak di tangan mereka. Ada juga yang tegar mengugut isteri dengan menyatakan, “Isteri wajib taat kepada suami, kalau suami tak redha tak cium syurga.”

Ðari pembacaan, Ðr Juanda pernah menulis, “Ðemi syurga yang berada di telapak kaki suami, padahal tiada satu pun dalil sahih yang sepadan dengan dakwaan mereka.” Melalui statement ini, jika mengikut fahaman akal saya yang dangkal ini, suami bukanlah penentu syurga atau neraka seorang isteri. Penentu syurga atau neraka di dunia, mungkin iya (pilihan sendiri jika masih mahu menempuh neraka dunia), tetapi tidak di akhirat, kerana hanya Allah SWT sahaja yang tahu kedudukan hamba-hamba-Nya.

Apa-apapun, secara peribadi saya merasakan, jika seseorang itu tidak adil dan fasik iaitu seseorang yang melakukan dosa-dosa besar dan berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan perbuatan yang mungkar, tidak layak mengatakan dirinya mampu memberi syafaat kepada sesiapapun. Contohnya, dikatakan syurga itu dibawah telapak kaki ibu tetapi jika ibu itu telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT, maka syafaat itu tiada lagi padanya. Jika seorang suami yang fasik mengatakan redha isteri bergantung kepadanya adalah salah. Perlu diingat, syafaat itu anugerah Allah SWT dan hanya Ðia yang berhak menentukannya.

Saya banyak ikut perbincangan egroup, jadi perkara ini selalu sangat disebut-sebut. Sama saja dengan ‘taat suami’ seolah-olah neraka sajalah tempat isteri yang tidak taat (maknanya mesti taat tanpa ada pilihan)... Ada juga saya baca di mforum.cari.com.my, tapi saya harap dapat kupasan daripada Suzana.

Ðemikianlah isi kandungan yang dihantar ke fB Suzana. Baru-baru ini pula, saya membaca soalan kemusykilan agama, antaranya berbunyi :

Contoh 1 – “Saya terlalu tertekan apabila suami sering mengatakan sekiranya saya solat, puasa atau melakukan ibadah lain sekalipun, belum tentu masuk syurga kerana dia mengatakan saya tidak taat kepada perintahnya. Saya takut Allah tidak menerima amalan saya sebab suami tidak suka pada perbuatan saya. (dalam kemusykilan ini, menurutnya, suaminya bukanlah seorang yang taat kepada perintah Allah, tidak solat dan nafkah yang diberi tidak mencukupi, malah kadang-kadang tidak memberi nafkah).”

Contoh 2 – “Adakah Allah akan redha kepada saya sebab suami cakap dia tidak redha dengan saya bila saya mempertikaikan sikap dia yang suka main perempuan? Kalau tak redha, bagaimana dengan solat dan puasa saya?”

Contoh 3 – Saya berkahwin dengan gadis pilihan sendiri walaupun keluarga saya mempunyai pilihan mereka ketika itu. Selepas hampir dua tahun bernikah, ibu bapa saya masih belum mahu menerima isteri saya sebagai menantu mereka dengan sepenuh hati. Ada masanya, ibu menyuruh saya menceraikan isteri. Ibu juga sering mengungkapkan bahawa syurga saya terletak di bawah tapak kakinya. Hal ini menyebabkan saya berasa serba salah. Adakah saya mesti mentaati ibu dalam hal perceraian ini? Saya difahamkan terdapat nas yang menunjukkan seorang anak wajib taat kepada kedua-dua ibu bapanya jika mereka mengarahkan anak untuk menceraikan isterinya. Betulkah perkara ini?

Ðan syukur, alhamdulillah, dalam kolum ‘Resipi Hidup’, Suzana telahpun berkongsi kemusykilan ini. Berikut dikongsikan kupasan daripada Suzana. Sekali lagi, saya cuma akan fokus permasalahan untuk contoh 1 dan 2 sahaja iaitu berkenaan ‘redha suami’. Untuk permasalahan contoh 3 berkenaan ‘redha ibu bapa’ akan dikupas dalam entry yang lain, insya Allah.

Ramai sedia maklum mengenai satu riwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibn Hibban, al-Baihaqi)

Ðalam satu riwayat yang lain pula, daripada Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ðari kedua-dua hadis ini menjadi pegangan teguh meletakkan syurga seorang isteri adalah pada suaminya, BUKAN di tapak kaki suami, ya. Namun jika kita lihat lebih mendalam, sejauh manakah kebenaran ‘redha Allah kepada seorang isteri bergantung sepenuhnya kepada redha suaminya’?

Mungkin ramai yang beranggapan ayat di atas benar sebenar-benarnya, tanpa kompromi, tetapi sebenarnya jawapannya ‘TIÐAK!’ Redha Allah kepada hamba-Nya tidak bergantung kepada sesiapapun. Memang benar syurga seorang isteri mempunyai kaitan dengan redha suami kepada isteri tersebut, syurga seorang anak pula mempunyai kaitan dengan redha si ibu dan ayah kepada seorang anak. TETAPI Allah Maha Adil, Maha Berkehendak, Maha Berkuasa dan Maha Segala-galanya. ÐIA tidak memerlukan sesiapa untuk memberi ganjaran kepada hamba-Nya.

Namun, Allah berikan keistimewaan kepada suami dan ibu malah bapa. Jika si suami, si ibu dan si bapa adalah seorang hamba yang mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, tidak menyuruh si isteri atau anaknya melaksanakan perkara yang bercanggah dengan syariat malah si suami atau ibu bapa sendiri tidak melanggar syariat. Melanggar syariat termasuk menghormati hak seorang isteri dan seorang anak seperti yang disarankan oleh syariat. Jika si suami dan ibu bapa mempunyai kriteria seperti ini, mereka mempunyai kelayakan untuk ‘recommend’ tiket si si isteri atau anaknya ke syurga.

Ganjaran untuk berbuat kebaikan

Sebaliknya, jika si suami atau ibu bapa adalah mereka yang tidak hidup selayaknya sebagai seorang Muslim dan Mukmin seperti saranan syarak, ‘tiket’ tersebut tidak valid sah. Jangan perasan! Jika anda sebagai suami atau ibu atau bapa menyalah-gunakan kuasa mengikut kehendak amarah untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata, maka tunggulah azab Allah di akhirat kelak.

Bagi isteri atau anak yang merasa teraniaya, janganlah kalut. Biarpun ‘tiket’ tidak sah, mereka tetap perlu dihormati. Bezanya, hormati mereka jangan sampai menafikan hak anda sebagai seorang isteri juga seorang anak dan paling penting; bukan dalam perkara yang melanggar syariat Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah SWT.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ðalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya, ketaatan itu hanya dalam perkara kebaikan yang selari dengan syariat Islam.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 7145)

Ingatlah! Allah Maha Bijaksana, Ðia Maha Mengetahui setiap perkara. Kekal hormati suami, taatkan perintahnya yang TiÐAK melanggar syariat dan laksanakanlah segala suruhan Allah serta tinggalkan larangan-Nya, ÐIA akan berikan ganjaran yang sesuai untuk mereka yang bergelar isteri! Sama juga, kekal hormati ibu bapa, taatkan perintah mereka yang TiÐAK melanggar syariat dan laksanakanlah segala suruhan Allah serta tinggalkan larangan-Nya, ÐIA akan berikan ganjaran yang sesuai untuk setiap yang bergelar anak juga! Berdoa kepada-Nya agar anda diberi kelapangan untuk melaksanakan segala ibadah kepada-Nya dan dalam masa yang sama berikan kelapangan buat suami malah ibu bapa agar turut menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah.

Carilah keredhaan Allah SWT, bukan makhluk-Nya

Ðaripada Abi Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “ Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredhaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredhainya itu benci terhadapnya. Ðan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah kerana keredhaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.

Tanda kesempurnaan iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredhaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keredhaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredhaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang dimurkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan. Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.




Rujukan : Suzana Ghazali di MW#1450 dan iLUVislam.

Capaian entry berkaitan :
Hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami
Taat bukan lesen halalkan penderaan
13 sifat suami tidak disenangi isteri
Isteri taat, suami makin tak hormat....
Menangani suami culas dan suami kedekut

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Januari 26, 2012

Usah melampau dalam ibadah – Part 1



Assalamualaikum warahmatullah,

Islam adalah agama wasata dan umatnya adalah ‘Ummatan Wasatan’, iaitu umat yang sederhana dan adil dalam segala aspek dan cara hidup mereka.

Ðalam entry kali ini, akan memberikan beberapa contoh kesederhanaan dalam skop ibadat. Antara ciri-ciri kesederhanaan, keadilan dan keseimbangan dalam ibadat adalah:

1 – Jangan dikekang yang harus

Anas r.a. meriwayatkan bahawa tiga orang lelaki telah pergi ke rumah beberapa orang isteri Rasulullah SAW dan bertanya tentang cara ibadat Baginda. Setelah dikhabarkan kepada mereka sebagaimana yang diminta, mereka berpandangan bahawa amalan mereka sedikit sahaja, maka mereka pun berkata, “Ði mana kedudukan kami jika hendak dibandingkan dengan Nabi SAW? Sedangkan Nabi telah diampunkan kesalahan yang lepas dan yang akan datang.”

Salah seorang daripada mereka berkata, “Aku akan menunaikan solat sepanjang malam dan sepanjang hayatku.”

Yang kedua pula berkata, “Aku pula akan berpuasa tanpa berbuka.”

Yang seorang lagi pula berkata, “Aku akan menjauhi perempuan dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.”

Setelah mendengarnya, Rasulullah SAW SAW pergi berjumpa dengan mereka dan bersabda yang bermaksud, “Adakah kalian yang berkata sebegini? Ðemi Allah, sesungguhnya aku lebih takut akan Allah daripada kamu dan lebih bertakwa kepada-Nya. Tetapi, aku berpuasa dan berbuka, menunaikan solat dan berehat serta aku juga menahwini perempuan. Sesiapa yang tidak mahu mengikut sunnahku, maka dia bukan daripada umatku.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 5063)

Ðijelaskan dalam kitan al-Wasatiyyah fi Ðau’-al-Qur‘an al-‘Azim: “Ini adalah antara pendirian melampau yang jelas kepada kita sebabnya; iaitu keinginan yang ikhlas dalam menambah kebaikan sehingga menyebabkan mereka bertanya tentang cara ibadat Rasulullah SAW. Apabila mendengarnya, mereka merasakan amalan mereka kurang dan sedikit, lalu mereka mengatakan sebagaimana tadi.”

Rasulullah SAW tidak mengiktiraf cara di atas, lalu membaiki fahaman tersebut dengan segera menasihati dan membetulkan pandangan mereka tentang cara untuk mencapai keredaan dan takwa kepada Allah SWT.

Baginda juga menerangkan bahawa ia bukan dengan hanya menfokuskan kepada amalan tertentu sahaja, tetapi cuai dalam banyak amalan lain.

Amalan yang baik itu terhasil keseimbangan antara kesemua amalan yang telah difardukan oleh Allah SWT sama ada wajib atau sunat. Inilah yang dinamakan kesederhanaan, keseimbangan, hikmah, istiqamah dan adil dalam ibadat.

2 – Islam tidak memberatkan

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan : “Ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah, seorang lelaki mendengarnya sambil berdiri. Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat tentangnya. Mereka memberitahu beliau ialah Abu Israil yang telah bernazar untuk sentiasa berdiri dan tidak akan duduk, tidak akan berteduh daripada panas matahari, tidak akan bercakap dan akan berpuasa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ‘Suruh dia bercakap, berteduh, duduk dan sempurnakan puasanya.’” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 6704)

Al-Hafiz Ibn Hajar rhm. telah mengulas hadis ini: “Sesungguhnya diam (menegah diri) daripada benda yang harus itu bukan antara ketaatan kepada Allah. Begitu juga setiap perbuatan yang boleh memudaratkan manusia walaupun pada masa depan, yang tidak disyariatkan daripada al-Quran dan hadis seperti tidak memakai selipar, berada di bawah panas matahari dan sebagainya, bukan satu ketaatan kepada Allah. Jika dia bernazar, ia tidak sah.” (Fath al-Bari, jil. 19, hlm. 76)

Ini menunjukkan keringanan dan kemudahan dalam syariah Islam.

3 – Berikan dirimu hak

Ketika mempersaudarakan antara golongan ANsar dan Muhajirin, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan Salman al-Farisi dan Abu al-Ðarda’ (Uwaimir bin Zair bin Qais al-Ansari r.a.).

Pada suatu hari, Salman telah menziarahi Abu al-Ðarda’ dan melihat keadaan isterinya; Ummu al-Ðarda’ (Khirah binti Abi Hadrad al-Aslamiyyah) yang tidak terurus. Beliau lalu bertanya keadaannya. Ummu al-Ðarda’ memberitahu bahawa suaminya itu tidak memerlukan kehidupan duniawi.

Apabila Abu al-Ðarda’ kembali, beliau menghidangkan makanan kepada Salman dan mempersilakannya makan, sedangkan beliau sendiri berpuasa. Salman berkata bahawa beliau tidak akan makan sehingga Abu alÐarda’ makan, lalu beliau (Abu al-Ðarda’) berbuka dan makan juga.

Apabila tiba waktu malam, Abu al-Ðarda’ bangun untuk menunaikan solat, namun Salman menyuruhnya tidur dahulu. Tidak lama kemudian, Abu al-Ðarda’ bangun lagi untuk solat, Salmoan sekali lagi menyuruhnya tidur semula, lalu beliau pun tidur. Apabila tiba akhir malam, Salman menyuruh beliau bangun untuk solat, maka mereka bangun menunaikan solat.

Salman berkata kepada Abu al-Ðarda’: “Bagit Tuhanmu atas dirimu ada hanknya, dan atad sirimu sendiri dan keluarga kamu juga ada haknya. Maka, berikan setiap yang berhak, hak masing-masing.”

Abu al-Ðarda’ lalu menceritakan kepada Rasulullah SAW tentang peristiwa ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Benarlah apa yang dikatakan oleh Salman.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 6139)

Ðalam hadis ini terkandung beberapa faedah dan pengajaran, antaranya:
{ Sunat menziarahi seorang saudara dan bermalam di tempatnya.
{ Sunat juga menasihati sesama Muslim dan memberi peringatan jika dia lupa.
{ Kelebihan melakukan qiamullail pada akhir malam.
{ Sunat seorang perempuan itu berhias untuk suaminya.

Hadis ini juga membolehkan kita melarang seseorang daripada mengamalkan perkara sunat jika dibimbangi akan membawa kepada jemu dan tidak bersemangat serta terabainya beberapa kewajipan dan hak lain yang mesti dilakukan. Ini kerana, sunat hanya bersifat peribadi sahaja. (Fath al-Bari, jil. 6, hlm. 236)

4 – Biar sedikit asalkan berterusan

Ummul Mukminin AIsyah r.ha. meriwayatkan: “Pada suatu hari, Rasulullah SAW balik ke rumahku dan bersamaku ada seorang perempuan. Lalu Rasulullah bertanya: ‘Siapakah dia?’

Aku menjawab: ‘Ðia seorang perempuan yang tidak tifur dan sentiasa solat.’

Baginda SAW lalu bersabda yang bermaksud: ‘Tidak perlu. Kamu hendaklah melakukan amalan setakat yang kamu mampu. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan jemu untuk memberi pahala sehingga kamu sendiri yang jemu untuk melakukan amal ibadat. Amalan yang Allah SWT paling sukai ialah amalan yang dilakukan berterusan oleh tuannya (walaupun sedikit).’” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 1151 dan Muslim no. 785)

Ini menunjukkan ajaran dan bimbingan Rasulullah SAW kepada umatnya agar sentiasa bersikap seimbang dan sederhana.

5 – Jangan memudaratkan

Anas r.a. meriwayatkan: “Pada suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid dan melihat seutas tali terikat di antara dua batang tiang, lalu Baginda bertanya tentangnya. Orang ramai memberitahu bahawa tali itu kepunyaan Ummul Mukminin Zainab untuk beliau ketika solat. Apabila berasa letih dan penah, beliau akan berpegang padanya. Baginda SAW lalu bersabda yang bermaksud, ‘Buka ikatannya. Kamu hendaklah melakukan solat (dan lain-lain amalan) setakat yang kamu mampu. Apabila kamu berasa penat dan tidak larat, maka berhentilah dahulu.’” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 1150 dan Muslim no. 784)

Hadis ini menunjukkan bahawa perempuan juga tidak kurang usahanya daripada lelaki dalam mencari kebaikan dan berlumba-lumba dalam melakukan amal kebajikan. Ini semua telah jelas dalam kesungguhan melakukan ibadat. Tetapi Rasulullah SAW tidak mengiktiraf perbuatan yang boleh memudaratkan ini, bahkan Rasulullah SAW melarangnya serta menyuruh umat-Nya beramal dengan kesederhanaan yang dapat memberi manfaat.

Kita dapat mengambil faedah daripada ulasan Imam al-Nawawi tentang dua buah hadis ini. Beliau berkata: “Ia menunjukkan dalil agar berpada-pada dalam ibadat dan menjauhkan diri daripada keterlaluan. Hadis ini bukan hanya khusus untuk solat sahaja, bahkan untuk seluruh amal kebajikan secara umumnya.”

“Hadis ini juga menunjukkan betapa sempurnanya sifat keprihatinan Rasulullah SAW terhadap umatnya. Baginda membimbing mereka ke arah apa yang dapat memberi kebaikan. Sesuatu yang dapat dilakukan secara berterusan tanpa memberi kesusahan dan kemudaratan, malah jiwa akan menjadi cergas, hati pula akan tenang. Kesannya, terhasillah ibadah yang sempurna.” (Sharh Sahih Muslim, jil. 6, hlm. 71)

Tidak melampau dan tidak cuai

Sebagaimana dalam contoh yang sebelumnya, ia juga memberi peringatan akan sifat ghuluw dan keterlaluan yang akan menyebabkan pengamalnya berhenti di tengah-tengah jalan dan tidak dapat melakukannya secara terus, atau menjadikannya menambahkan amal ibadat yang tidak disyariatkan oleh Allah SWT, maka ia tidak akan diterima sebagai amal soleh.

Ði sebalik larangan Allah terhadap sifat ghuluw dan melampau, Allah SWT juga melarang daripada sifat cuai dan meninggalkan solat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kemudian datang sesudah mereka, keturunan yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Surah Maryam 19:59)

Imam Ibn Kathir rhm. mentafsirkan ayat ini: “Apabila Allah Taala menyebut kumpulan orang yang bertuah iaitu daripada kalangan para anbia dan pengikut mereka yang melaksanakan perintah Allah, melaksanakan fardu-Nya, meninggalkan larangan-Nya, Allah berfirman pula dalam al-Quran yang bermaksud: ‘Kemudian datang sesudah mereka, keturunan yang buruk (iaitu beberapa kurun selepasnya) yang meninggalkan solat’, pasti amalan yang lain juga lebih mudah ditinggalkan kerana solat tiang agama. Solat juga adalah sebaik-baik amalan seorang hamba, sedangkan mereka mengejar dan mengikut hawa nafsu dunia, reda dan tenang dengannya, maka mereka orang yang akan menerima kerugian pada hari kiamat kelak.” (Tafsir Ibn Kathir, jil. 3, hlm. 137)

Wallahu‘alam.




Sumber : Ðr. Abdul Basit Abdul Rahman di Solusi ISU#38

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Januari 25, 2012

Khasiat oat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Segmen FloraFauna kali ini mengupas khasiat bijirin yang tidak asing lagi iaitu oat. Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung. Jika anda inginkan sarapan pagi yang penuh bertenaga, pilihlah bijirin oat kerana kajian saintifik yang telah dijalankan mengatakan bahawa tanaman yang dikenali dengan nama saintifiknya avena sativa ini dikatakan antara bijirin yang paling berkhasiat.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

pokok oat

Oat merupakan sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan bijirinnya. Ia merupakan tanaman asal di Eropah utara, oat mendapat sebahagian rasanya daripada proses memanggang yang dilalui selepas dituai dan dibersihkan. Sungguhpun kulit oat akan dibuang, namun begitu proses ini tidak akan menghilangkan bran (kulit biji-bijian) sekaligus membenarkan oat mengekalkan sumber kepekatan serat dan khasiatnya.

Bunga oat ~ closed up


Bijirin oat dalam sekam

Tahukah anda bahawa oat merupakan bijirin yang tidak mengandungi garam mahupun kolesterol, tetapi kaya dengan serat yang boleh dilarut, vitamin B1, B2, D, serta mineral seperti magnesium, selenium, besi dan mangan. Selain itu, oat juga dikatakan mengandungi karbon hydrant, lesitin, asid nukleik, enzim dan hormon yang hampir sama dengan folliculine (hormon estrogen yang dirembes melalui ovari dan bertanggangjawab bagi pembiakan membran mukus rahim sebelum ovulasi). Oat juga mengandungi bahan diuretik dan antiasthma.


Bantu kurangkan berat badan dan masalah pencernaan

Bijirin oat juga dikatakan mengandungi fitokimia (kimia dalam tanaman) yang berkaitan dengan perlindungan daripada penyakit kronik seperti kanser. Ia juga dikatakan mengandungi sejumlah asid lemak asas yang seimbang serta asid amino yang terbaik. Beta glukan dalam oat juga dikatakan mampu mempercepatkan tindak balas terhadap jangkitan, sekaligus membawa kepada penyembuhan dengan segera.

Beri perlindungan dari penyakit kronik

Pemakanan seharian yang mengandungi oat dikatakan mampu mengurangkan tahap kolesterol. Seratus gram kepingan oat dikatakan mengandungi 375 kalori. Bijirin ini memberikan rasa kekenyangan dan amat dicadangkan kepada mereka yang mahu mengurangkan berat badan.

Oat juga dikatakan mampu mengentalkan darah dan menyesuaikan tahap glukosa bagi mereka yang menderita akibat penyakit diabetes. Gula daripada oat dikatakan mampu diserap oleh darah sekaligus mengekalkan tahap stabil glisemia.

Pengambilan oat sebagai makanan pilihan sewaktu sarapan amat dicadangkan kepada mereka yang menderita sakit gout. Kandungan laksatif dalam oat dikatakan mampu merangsang pencernaan dan ini amat baik bagi mereka yang mengalami masalah berkaitan pencernaan makanan.

Jus yang dihasilkan daripada oat pula dikatakan mampu memberikan keputusan yang baik apabila digunakan dalam kes masalah tekanan saraf dan penyakit jantung. Jus ini juga dikatakan mampu merangsang selera makan.

Oat juga dicadangkan kepada mereka yang ingin berhenti merokok. Ini kerana bijirin dikatakan mempunyai kesan menenangkan dan juga mampu bertindak sebagai perangsang pada sistem saraf.

Memelihara kesihatan usus

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus. Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan.

Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Legakan kesakitan otot dan masalah kulit

Bukan setakat dimakan, oat juga dikatakan mampu digunakan sebagai ramuan ubatan merawat bahagian luar tubuh. Bagi mereka yang mengalami masalah reumatisme atau artrosis, bolehlah mandi air tebusan batang oat. Cara ini dikatakan mampu melegakan kesakitan akibat reumatisme dan artrosis.

Masalah neuralgia interkostal (sakit yang amat menusuk-nusuk pada bahagian otot yang mengisi ruang antara tulang rusuk dan bertanggungjawab dalam pengawalan beberapa gerakan tulang rusuk) dikatakan mampu dilegakan dengan menampal tuam yang dihasilkan daripada tepung oat pada bahagian yang sakit. Biarkan selama dua jam bagi merasai tindakan yang diberikan oleh bahan tuam ini.

Baik untuk kesihatan kulit

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit dan tidak boleh menggunakan sabun atau krim mandi cecair yang terdapat di pasaran, oat dikatakan boleh digunakan sebagai pencuci kulit kerana ia tidak mempunyai pH yang tinggi. Caranya adalah dengan mencampurkan air rebusan oat ke dalam air mandi.

Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Terdapat mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker. Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat! Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan dan kebaikan oat, namun begitu jika mahu menggunakannya untuk tujuan perubatan, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan : MisteriAlam dan En.Wikipedia ~ Oat.

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Januari 23, 2012

Titik tengah Semenanjung



PERNAHKAH anda terfikir di manakah kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia serta apakah kepentingannya kepada negara dan penduduk setempat? Sebelum ini, ada dua pendapat popular mengenai kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu di daerah Lipis dan Kampung Kertau, Maran di Pahang.

Kampung Belimbing yang terletak di Lipis dianggap titik tengah Semenanjung Malaysia sejak pemerintahan Inggeris lagi. Malah, jika berkunjung ke lokasi ini, anda boleh menemui batu penanda `0' kilometer yang menjadi rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung.

Bagaimanapun, penentuan titik tengah pada era itu dikatakan tidak begitu tepat. Ini kerana ia sekadar menjadi titik rujukan pemerintah Inggeris dan bukannya titik sebenar. Pada masa sama, Kampung Kertau di Maran pula dikatakan sebagai titik tengah sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan ahli akademik yang gagal mencapai kata putus mengenai kedudukan sebenar titik istimewa ini.

Sabarudin (kiri) dan Zainal Abidin menunjukkan titik tengah Semenanjung yang ditanda dan disimen di bawah sebuah pondok di Darul Ulum.


Namun, sehingga 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah.

Bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Sallehuddin Ishak berkata, JUPEM menggunakan tiga kaedah untuk menentukan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung, pengiraan jisim dan kaedah matematik.

Sallehuddin berkata, mengikut kaedah pengukuran rupa bentuk muka bumi, JUPEM melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan. Sallehuddin yang kini Timbalan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (Kemajuan Pengurusan Dan Perundangan Tanah), Ibu Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian berkata, mengikut kaedah itu, titik pertemuannya ialah pada kedudukan x bersamaan 469053.344 dan y (464283.582) iaitu di Hutan Simpan Ulu Cheka, Lipis.

“Mengikut kaedah kedua pula, pengiraan jisim secara abstrak dengan mengandaikan kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) iaitu di Jerangsang, Benta, Lipis,” katanya.

Sallehuddin berkata, kaedah ketiga melalui pengiraan matematik iaitu menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik. Menurutnya, pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.

"Berdasarkan tiga kaedah itu, JUPEM menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan selanjutnya. Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan cara terbaik menentukan titik tengah ialah berasaskan kepada keputusan yang boleh dicabar secara saintifik supaya ia dapat dibuktikan dan lebih praktikal," katanya.

Beliau berkata, penentuan itu juga dibuat dengan mengambil kira kedua-dua lokasi terdahulu yang menggunakan kaedah rupa bentuk muka bumi dan pengiraan jisim terletak di kawasan hutan dan sukar dikunjungi. Malah, dari segi `common sense', kedudukan Lanchang, Temerloh memang terletak di antara Lipis dan Maran.

Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh, ia bagai sokongan kuat membuktikan lokasi ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur.

Sehubungan itu, daerah Temerloh yang sebelum ini popular sebagai `bandar ikan patin' juga bakal dikenali sebagai bandar `titik tengah Semenanjung Malaysia' serta dapat membawa banyak manfaat kepada penduduk tempatan. Sementara itu, pengiktirafan Temerloh sebagai daerah titik tengah Semenanjung Malaysia bukan saja menamatkan perdebatan di kalangan ahli akademik, malah secara langsung memberi kelebihan kepada daerah ini dalam menarik pelancong. Bandar Temerloh yang sekian lama terkenal dengan jolokan `bandar ikan patin' sudah cukup membuatkan penggemar ikan sungai berkunjung ke bandar ini untuk menikmati keenakan masakan spesies ikan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin, berkata titik tengah Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang sudah tentu menjadi tarikan untuk pengunjung melawat Temerloh yang sebelum ini terkenal dengan produk pelancongan alam sekitar.

"Tarikan terbaru ini boleh menjadi pelengkap kepada destinasi pelancongan sedia ada seperti Gunung Senyum; Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah; Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau," katanya.

Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, kedudukan Kampung Paya Siput terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu.

"Ia dikenal pasti sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia berdasarkan pengiraan matematik oleh JUPEM," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pengisytiharan Kampung Paya Siput, Lanchang sebagai lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia mempunyai signifikan tersendiri.

"Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah penduduk setempat perlu merebut peluang yang ada dengan bertindak secara proaktif membabitkan diri mempromosikan kawasan mereka. Mereka tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyediakan prasarana sebaliknya memanfaatkan peluang seperti menjual cenderahati bermotifkan titik tengah kepada pelancong," katanya.

Shafik berkata, kerajaan boleh membangunkan Temerloh tetapi akhirnya penduduk setempat perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab memeliharanya. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membangunkan beberapa kemudahan di kawasan istimewa itu.

"Sudah tentu kita mahu kawasan itu mempunyai kemudahan untuk pelancong termasuk aktiviti penjualan cenderahati dan rekreasi bagi menjadikannya menarik. Kita juga merancang mendirikan monumen atau mercu tanda yang boleh meninggalkan kenangan kepada pelancong," katanya.

Tarif berkata, kedudukannya di kawasan Kampung Paya Siput cukup menarik kerana ia mempunyai penempatan kampung tradisional dan kemudahan asas yang lengkap.

Penduduk tempatan nanti limpahan

PENDUDUK Kampung Paya Siput, Lanchang, yakin pengiktirafan kawasan perkampungan itu sebagai titik tengah Semenanjung sudah tentu memberi makna yang mendalam kepada mereka. Walaupun ia tidak merubah wajah kampung itu dalam sekelip mata, mereka percaya kawasan itu akan lebih dikenali dan menjadi sebutan kerana kedudukannya yang begitu unik berbanding tempat lain di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rantau Panjang, Zainal Abidin Mat Taha berkata, Kampung Paya Siput adalah antara tiga kampung yang terletak di bawah pentadbiran JKKK Kampung Rantau Panjang selain Kampung Bukit Wau dan kampung Orang Asli Bukit Licin.

"Lebih menarik, titik tengah sebenarnya terletak betul-betul di bawah sebuah pondok di pusat pengajian agama, Madrasah Darul Ulum yang diusahakan Sabaruddin Othman sejak lima tahun lalu. Sehubungan itu, kami berharap pihak Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan membangunkan kawasan terbabit untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan ke negeri ini," katanya.

Zainal Abidin berpendapat, suatu mercu tanda perlu dibangunkan di kawasan itu bagi membolehkan orang ramai sama ada penduduk setempat atau pelancong luar tahu kedudukan sebenar titik tengah berkenaan. Selain itu, beliau berkata, beberapa kemudahan lain juga boleh disediakan di kawasan terbabit seperti jalan masuk, tempat jualan cenderahati dan ruang perniagaan yang boleh dimanfaatkan penduduk setempat.

Bagi Sabaruddin, 43, beliau tidak keberatan membenarkan sebahagian tanahnya dibangunkan untuk kepentingan awam kerana percaya pemilihan kawasan itu ada hikmah tersendiri.

"Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas perkembangan ini, sebaliknya menerima apa juga keputusan pihak berkuasa tempatan. Saya difahamkan, titik tengah yang dimaksudkan itu terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni madrasah ini. Apa yang saya tahu, pihak berkuasa bercadang mewartakannya untuk dibangunkan dengan prasarana. Cuma, saya berharap beberapa pondok yang berada dalam lingkaran titik itu dapat dialihkan ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya.

Madrasah Darul Ulum kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma.




Petikan : BHarian 22/01/2012

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails