PAGE

Khamis, November 22, 2007

Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah dan Awal Tahun Baru Hijrah


Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah

Menurut kebiasaan kita tidak ada seorang pun selama hidup dalam satu tahun yang bersih dari perbuatan dosa dan kesalahan. Hampir setiap orang dikotori dosa setiap hari, baik disengaja atau pun tidak.

Sesungguhnya demikian lebih berdosa bagi orang yang tidak mahu mengakui perbuatan dosanya, apalagi bertaubat. Dia selalu merasa dirinya bersih dari dosa dan kesalahan. Orang semacam ini sebetulnya ada di bawah pengaruh syaitan yang pekerjaannya memang ingin menjerumuskan manusia ke dalam kehinaan dan jauh dari rahmat Allah.

Agar kita sebagai umat Islam tidak termasuk orang yang selalu berada dalam pengaruh syaitan, marilah setiap akhir tahun kita berdoa kepada Allah. Mengakui kesalahan kesalahan kita selama ini. Menyedari pula bahawa tidak ada yang berhak mengampuni kesalahan-kesalahan itu kecuali Allah. Dengan demikian kita telah melaksanakan perintahnya untuk bertaubat, sehingga kita mendapat redha’nya pada tahun tahun berikutnya. Dengan redha’ Allah itu kehidupan kita menjadi tenang dan tenteram, jauh dari segala macam halangan dan rintangan.

Doa Akhir Tahun itu dibaca pada hari akhir bulan Zulhijjah menjelang petang, iaitu sekitar selesai solat Asar.

Adapun doa yang dibaca itu ialah :

Bismillaahir rahmaanir rahim.
Washallallaahu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa’alaa aalihii wa shahbihii wa sallam. Allaahumma maa ‘amiltu fii haadzihis sanati mimma nahaitanii ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardhahu walam tansahu wa halimta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa uquubatii wa da’autanii ilat taubati minhu ba’da jiraa-atii ‘alaa ma’shiyatika.

Fa innii astaghfiruka faghfirlii bi fadhlika. Wa maa ‘amiltuhuu fiihaa mimmaa tardhaahu wa wa’adtanii ‘alaihits tsawaaba wa as-aluka allahumma ya kariimu yaa dzal jalaali wal ikraami antataqabbalahu minnii wa laa taq tha’a rajaaiiminka yaa kariim.

Wa shallallahu ‘alaa sayyidnaa muhammadin wa’alaa aalihii wa shahbihii wa salam.

Di baca 3 kali.

Artinya :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata Syaitan,

“ Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun. ”

Bacaan Doa Awal Tahun Baru Hijrah

Dalam waktu satu tahun biasanya setiap orang mengalami macam corak kehidupan yang berbeza beza. Ada yang merasa dalam satu tahun ini ia mengalami nasib mujur. Segalanya berjalan lancar, banyak rezeki yang datang dan semua usaha perniagaannya menbawa keuntungan. Dalam bidang kesihatan dan keluarga juga berjalan dengan baik. Tidak pernah mengalami sakit yang banyak mengeluarkan wang, sedang dalam kekeluargaan berjalan dengan harmoni, tidak pernah terjadi kekecohan.

Sebaliknya bagi orang lain ada yang menganggap bahawa selama tahun ini ia merasakan sebagai tahun sial, tahun yang tidak membawa keberuntungan. Baik dalam bidang perdagangan, keluarga mahu pun kesehatan dan lain lain. Jadi dalam tahun ini ia merasa nasibnya kurang baik.

Untuk menghindari hal hal yang tidak diinginkan perlu lah bagi setiap orang Islam memulai hidup baru lagi dengan lembaran baru pula. Bagi mereka yang pada tahun ini bernasib mujur, biarlah kemujurannya bertambah tambah yang dapat membawa berkah. Sedang bagi mereka yang mengalami nasib yang kurang mujur, biarlah nasibnya berubah yang boleh membawa kemujuran. Bertitik tolak dari itu semua, maka perlu sekali bagi setiap orang dalam menyongsong datangnya tahun baru Hijrah berdoa kepada Allah dengan bacaan yang tertera di bawa ini sehabis solat Maghrib pada tanggal 1 Muharram 1428, iaitu hari Juma’at 19hb January 2007.

Adapun doa yang dibaca itu ialah :

Bismillaahir rahmaanir rahim.

Washallallaahu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa’alaa aalihii wa shahbihii wa sallam. Allaahumma antal abadiyyul qadiimul awwal. Wa ‘alaa fadhlikal ‘azhiimi wa juudikal mu’awwal. Wa haadzaa ‘aamun jadiidun qad aqbal.

Nas-alukal ‘ishmata fiihi minasysyaithaani wa auliyaaihi wajunuudihi wal ‘auna ‘alaa haadzihin nafsii ammaarati bissuui wal istighaala bimaa yuqarribunii ilaika zulfaaya dzal jalaali wal ikraam.

Wa shallallahu ‘alaa sayyidnaa muhammadin wa’alaa aalihii wa shahbihii wa salam.

Di baca 3 kali.

Artinya :

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam… Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata Syaitan, “ Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”

Sumber: Email

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...