PAGE

Khamis, November 22, 2007

Tekanan darah rendah - Hipotensi

Kebiasaannya tekanan darah saya 90/60 mmhg. Pernah beberapa kali saya selalu pening & rasa macam nak pitam, tahulah saya tekanan darah rendah. Bila rujuk kepada doktor, bacaannya 80/50 mmhg. Tertanya-tanya juga, apa ubat untuk tekanan darah rendah? Tiada ubat yg diberi kalau saya ke klinik. Selalunya Dr Salmi suruh saya lebihkan minum, saya pun pulun minum 100+... heh... heh...

Pernah terfikir tak... Sihatkah kita jika tekanan darah kita terlalu rendah? Tekanan darah rendah ialah suatu keadaan di mana tekanan darah lebih rendah dari 90/60 mmhg atau tekanan darah cukup rendah sehingga menyebabkan gejala-gejala seperti pening/pusing dan pengsan/pitam. Tekanan darah rendah dapat menjadi indikasi adanya kerosakan jantung, endokrin, mahupun saraf.

Seringkali tekanan darah rendah disalah tafsir sebagai kurang darah. Kurang darah boleh diatasi dengan mengambil zat besi, lebihkan makanan laut, kerang, daging merah atau hati. Tetapi tekanan darah rendah tiada kaitan dgn kurang darah.

Tekanan darah yang terlalu rendah juga dapat menyebabkan otak dan organ-organ tubuh kekurangan oksigen dan nutrisi penting lainnya, sehingga tubuh menjadi syok dan akhirnya boleh mengakibatkan kematian.

Mempertahankan tekanan pada saat darah meninggalkan jantung dan beredar ke seluruh tubuh sangat penting. Jika tekanan terlalu tinggi, ia boleh merobek pembuluh darah dan menyebabkan perdarahan di dalam otak (stroke hemoragik) atau komplikasi lainnya. Jika tekanan terlalu rendah pula, darah tidak dapat memberikan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk sel dan tidak dapat membuang limbah yang dihasilkan sebagaimana mestinya.

Terdapat 3 faktor yang membantu menentukan tekanan darah:

1. Jumlah darah yang dipam dari jantung - Semakin banyak darah yang dipam dari jantung setiap minitnya (cardiac output, curah jantung), semakin tinggi tekanan darah. Banyaknya darah yang dipam mungkin berkurang jika irama jantung melambat atau kontraksinya melemah, seperti yang boleh terjadi setelah suatu serangan jantung (infark miokardium). Denyut jantung yang sangat cepat, yang boleh mengurangi efisiensi pam jantung, juga boleh mengurangi curah jantung.

2. Volume darah di dalam pembuluh darah - semakin banyak darah berada di dalam sirkulasi, semakin tinggi tekanan darah. Kehilangan darah kerana dehidrasi atau perdarahan akan mengurangi volume darah dan menurunkan tekanan darah.

3. Kapasiti pembuluh darah - semakin kecil kapasiti pembuluh jantung, semakin tinggi tekanan darah. Pelebaran (dilatasi) pembuluh darah menyebabkan menurunnya tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah menyebabkan tekanan darah meningkat.

Sistem sensor, terutama yang berada di leher dan dada, memantau tekanan darah secara konstan. Jika ditemukan perubahan yang disebabkan oleh salah satu dari ketiga faktor diatas, sistem sensor akan memicu suatu perubahan pada salah satu faktor untuk mengkompensasi sehingga tekanan darah yang stabil dapat dipertahankan. Saraf membawa sinyal dari sistem sensor tersebut dan dari pusat otak ke beberapa organ penting:

- jantung, untuk merubah kecepatan dan kekuatan denyut jantung (mengubah jumlah darah yang dipam)

- ginjal, untuk mengatur pengeluaran air (mengubah volume darah dalam sirkulasi)

- pembuluh darah, untuk menyebabkan konstriksi/pengkerutan atau dilatasi/pelebaran (mengubah kapasiti pembuluh darah).

Oleh kerana itu, jika pembuluh darah melebar (yang cenderung akan menurunkan tekanan darah), sistem sensor dengan segera mengirimkan singnal melalui otak dan menuju ke jantung untuk meningkatkan denyut jantung, sehingga curahan darah dari jantung meningkat dan terjadi perubahan tekanan darah.

Tekanan darah rendah juga bisa merupakan akibat dari kelainan fungsi di dalam mekanisme yang mempertahankan tekanan darah. Contohnya jika kemampuan saraf untuk menghantarkan singnal terganggu karena berbagai penyakit, maka mekanisme kompensasi tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya.

Hal-hal yang perlu dilakukan oleh penderita tekanan darah rendah :

1. Minum banyak air putih dan mengurangi alkohol
Alkohol, meskipun dikonsumsi dalam jumlah sedikit, akan membuat tubuh menjadi dehidrasi yang mengakibatkan tekanan darah menurun. Konsumsi cukup banyak air akan mencegah dehidrasi dan meningkatkan volume darah dalam tubuh.

2. Menjalani pola makan dengan gizi seimbang
Nutrisi yang dibutuhkan tubuh dengan cara mengonsumsi berbagai variasi makanan seperti biji-bijian, buah-buahan, sayur, daging, ikan, dan ayam dengan kandungan gizi yang cukup dan seimbang

3. Melatih tubuh untuk lebih hati-hati dalam bergerak
Biasanya rasa pening/pusing ringan akibat tekanan darah rendah terjadi ketika kita berpindah posisi, misalnya dari posisi tidur ke berdiri. Sebaiknya pada posisi tersebut, jangan langsung bangkit berdiri dari tempat tidur di pagi hari, bernafaslah dalam-dalam selama beberapa minit dan duduk perlahan-lahan sebelum berdiri. Tidurlah dengan posisi kepala yang diampu dengan bantal sehingga kepala terangkat sedikit untuk memerangi efek gravitasi. Atau letakkan satu kaki di atas bantal dan condongkan tubuh sejauh mungkin untuk mendorong darah mengalir dari kaki ke jantung.

4. Batasi konsumsi karbohidrat
Agar tekanan darah tidak turun dengan drastik setelah makan, makanlah dalam portion/bahagian yang kecil tetapi kerap. Batasi makanan berkarbohidrat tinggi seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Minumlah kopi dan teh untuk meningkatkan tekanan darah, namun waspadalah dengan kandungan kafein yang terdapat dalam kopi.

5. Pemilihan makanan yang sesuai
Kajian menunjukkan ubat untuk tekanan darah rendah tidak sebanyak ubat hipertensis. Jadi untuk mengatasinya ia memerlukan pemilihan makanan yang sesuai seperti daging, durian atau menambah sedikit pengambilan garam. Sebaiknya elakkan pengambilan makanan seperti bawang putih, daun bawang, kangkung, labu siam, timun, lobak dan makanan yang boleh menurunkan hipertensi.

6. Lakukan aktiviti senaman / riadah
Untuk aktiviti senaman, anda boleh melakukan senaman aerobik atau senaman ringan. Bagi mereka yang masih muda boleh memilih jenis high impact, sedangkan bagi warga emas lebih baik memilih low impact (hentakan ringan). Boleh juga dengan meluruskan ke2 tangan ke depan, lalu kedua tapak tangan digengam dan dibuka berulang kali. Atau melakukan gerakan membongkok dan berdiri secara berulang-ulang untuk membiasakan jantung. Jika sedang melakukan sebarang aktiviti dan secara tiba2 merasa pening atau pitam, berhenti daripada melakukan aktiviti tersebut, cuba duduk atau baring. Kaki perlu diletakkan lebih tinggi daripada jantung supaya darah mengalir ke tubuh bahagian atas dan mata dijaga tetap terbuka untuk mencegah dari pengsan.

7. Urutan untuk pengaliran darah
Boleh juga dilakukan urutan perlahan2 dari arah kaki ke betis, ke paha, ke perut dan seterusnya sebagai tindakan awal agar darah mengalir ke kepala, jika badan terasa lemah atau terasa mahu pitam/pengsan.

Jauhi penyebab tekanan darah rendah. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah rendah adalah:

1. Dehidrasi kerana kurang minum air, demam, cirit-birit, muntah

2. Pengambilan ubat tekanan darah tinggi, ubat sakit jantung, anti depresi, ubat disfungsi eraksi, ubat untuk Parkinson, penggunaan diuretic secara berlebihan

3. Mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung, gangguan system saraf pusat, gangguan endoktrin (termasuk hipotiroid, diabetes dan kadar gula rendah dalam darah)

4. Terlalu lama berada di bawah sinaran matahari atau suhu panas, kehamilan, terlalu lama berdiri, terlalu lama berbaring kerana sakit dll


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...