Madu lebah liar mengandungi propolis, debunga lebah dan royal jelly jika dibandingkan dengan madu lebah biasa yang hanya mengandungi madu. Sebahagian pengkaji madu menyatakan semakin hitam madu semakin baik dan semakin berkhasiat walaupun sebenarnya warna bukan menentukan keaslian madu.
Ramai dikalangan penjual madu sendiri gagal memberikan penjelasan bagaimana utk bezakan yang asli dan tiruan. Bagi menguji keaslian madu liar asli atau madu lain sedikit panduan boleh dipelajari. Sukar sebenarnya untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang biasa makan madu tulen dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.
Saya sertakan tips utk membezakan madu asli dan tiruan. Antaranya :
1. Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus (label di botol seharusnya ditulis sukrosa)
2. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
3. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.
4. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus, ia seperti tali kerana ada daya graviti. Manakala madu biasa akan terputus-putus.
5. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.
6. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.
7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
8. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
Semoga tips ini dapat membantu.
N.B. Ada statement yang menyatakan tak elok madu diletakkan dalam peti sejuk, kerana enzim/kualiti madu akan berkurangan, wallahu'alam.
saya amik info berguna ni paste kt blog sy ya :)
BalasPadamterima kasih :)
Ya, sila-silakanlah. Semoga ada manafaatnya.
BalasPadamJemput singgah ke blog lagi, ya!
salam... terima kasih.
BalasPadammana dapat kajian2 sebegini ye??
saya mohon di copy dalam blog saya dengan nama blog saudara/i.
terima kasih.
Salam kembali arrabe'...
BalasPadamSilakan, semoga ada manafaat untuk kita semua.
Tips mengenali madu asli ini saya dapati dari penternak madu, satu artikel ttg madu (terlupa sumbernya), ada juga tokok tambah sendiri melalui perbincangan rakan2 di egroup.
Jemput singgah lagi, ya!
ok..
BalasPadamsaya berminat untuk paste info berguna ni di dalam blog saya. sekian.
BalasPadam