PAGE

Jumaat, Mac 28, 2008

Doa untuk kebaikan dunia dan akhirat


“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.” (surah al-Baqarah: 201)

And there are men who say: "Our Lord! Give us good in this world and good in the Hereafter, and defend us from the torment of the Fire!"

Keterangan ayat:
Berbeza dengan sikap orang yang tidak beriman yang disebut dalam ayat ke-200, orang Mukmin memohon daripada Allah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dunia penting untuk menyempurnakan akhirat. Hasanah atau kebaikan dunia merupakan kesihatan, pasangan yang soleh atau solehah, rumah yang luas dan sebagainya. Semua itu penting untuk perjalanan hidup ke alam akhirat. (Tafsir al-Sawi, tafsir ayat 201 surah al-Baqarah).

Khasiat dan kaifiat beramal: Ayat ini hendaklah sentiasa diamalkan sebagai doa harian kerana dalam hadis sahih riwayat Anas r.a., Nabi s.a.w sentiasa beramal dengan doa ini.


Keganasan Wanita dan Rumahtangga



Apakah Keganasan Terhadap Wanita?

Keganasan terhadap wanita adalah perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Ia meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Ianya juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka. Keganasan terhadap wanita adalah satu jenayah, dan melanggar hak-hak asasi manusia.

Prinsip-prinsip berkenaan mengenai keganasan terhadap wanita mesti diteliti:
· Keganasan terhadap wanita adalah lebih berdasarkan kepada kuasa dan kawalan.
· Tiada wanita yang berhak dipukul sama sekali. Wanita mempunyai hak penting untuk merasa selamat.
· Lelaki mesti dipertanggungjawabkan untuk sikap ganas mereka.
· Sistem Kehakiman Jenayah mesti mempunyai respon yang bersesuaian untuk isu Keganasan Terhadap Wanita.
· Keganasan Terhadap Wanita tidak mempunyai justifikasi sama ada dari aspek sosial, budaya atau ekonomi.
· Setiap individu di mana-mana sahaja mesti tidak boleh bertoleransi tentang sebarang tindakan keganasan terhadap wanita.

Apakah Keganasan Rumahtangga?

Keganasan seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan(lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya.

Beberapa contoh keganasan rumahtangga:
· Memutuskan perhubungan wanita daripada kawan-kawan atau saudara-maranya.
· Memalukan wanita tersebut di hadapan kawan-kawannya.
· Menyekat beliau dari menggunakan telefon atau kereta.
· Memaksa wanita tersebut sering terpaksa memberitahu ke mana beliau pergi dan dengan siapa beliau berada.
· Penderaan fizikal atau psikologikal (penghinaan dan tomahan)
· Menjadikan wanita terpaksa bergantung dari segi kewangan.
· Mengasingkan wanita tersebut dari sokongan yang beliau perlukan untuk meninggalkan pendera.

Walaupun seseorang wanita yang didera itu akan cuba untuk menghentikan penderaan terhadapnya, perubahan hanya boleh berlaku apabila pendera itu sendiri memilih untuk berhenti dari bersifat ganas.

Kesan Keganasan Rumahtangga Terhadap Anak-Anak

Kanak-kanak yang menyaksikan penderaan tersebut akan lebih mudah menjadi sugul atau berasa kurang berupaya/berkuasa.
· Mereka mungkin akan merasa bersalah atas penderaan itu atau malu akan kesannya.
· Mereka mungkin akan merasa diketepikan atau takut menyuarakan keadaan emosi mereka.
· Kanak-kanak ini mungkin akan mengalami kepayahan untuk mempercayai orang lain.
· Mereka juga mungkin bertindak agressif terhadap ibu mereka sendiri.
· Ramai kanak-kanak yang menyaksikan penderaan ini di rumah akan sama ada menyisihkan diri mereka atau menjadi agresif. Mereka akan menjadi pasif atau membuli kanak-kanak lain.
· Mereka juga mungkin menjadi kurang peka kepada rasa sakit.

Kategori-kategori utama keganasan yang berlaku terhadap wanita

Keganasan terhadap wanita bukan hanya tertakluk kepada penderaan fizikal.

Penderaan Psikologi dan Emosi
Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri.

Penderaan Fizikal
Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah juga merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal.

Penderaan Seksual
Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.

Penderaan Sosial
Penderaan berbentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar.

Penderaan Kewangan
Seorang wanita yang dihalang dari mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan dari aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.

Memahami Keganasan Rumahtangga

Mengapa lelaki memukul?

Memang benar, semua lelaki bukannya bersifat pendera, tetapi lazimnya, lelaki adalah pendera dan wanita menjadi mangsa. Lelaki memukul kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari wanita. Lelaki membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian.

Selalunya, lelaki yang memukul isteri mereka tidak akan memukul majikan mereka, rakan sepejabat atau sahabat mereka sendiri. Mereka selalu memilih seseorang yang mereka anggap sebagai lebih lemah dan tidak dilindungi oleh masyarakat atau seseorang yang mereka tersalah anggap sebagai insan yang haknya lebih rendah dari mereka.

Didera oleh anggota keluarga?
Penderaan oleh anggota keluarga, biasanya ke atas seseorang yang tiada upaya adalah salah dan menyalahi undang-undang. Tiada alasan untuknya. Ianya berlaku dalam keluarga dari semua bangsa, agama dan lapisan masyarakat.

Membiarkannya tidak menjadikan keadaan bertambah baik. Jika tiada tindakan
diambil, penderaan lazimnya berterusan dan menjadi semakin buruk. Anak-anak
mungkin membesar dengan anggapan ianya adalah perkara biasa dan mereka
sendiri mungkin melakukannya. Ia BUKAN perkara peribadi, walaupun anda orang luar, anda boleh dan patut membantu.

Teori Kitaran Keganasan

Peringkat Pembangunan: Peningkatan rasa tertekan
Peringkat Pemerhatian: lelaki tersebut menjadi ancaman
Keganasan meletus: keganasan berlaku/bermula
Peringkat penyelesaian: lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.
Peringkat Berusaha: Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi kembali hati wanita tersebut dengan berjanji untuk berubah.
Peringkat Bulan Madu: keadaan adalah tenang dan juga mungkin penuh kasih-sayang.
Peringkat Pembangunan: Rasa tertekan bermula kembali.

Mengapa wanita sanggup terus tinggal?

"Pernahkah anda merasa dalam ketakutan sehinggakan anda tidak mampu berbuat apa-apa? Begitulah perasaannya hidup di dalam perhubungan yang menyeksakan."

Merasa kaku akibat perasaan takut akan meningkatkan lagi keganasan dan juga kerana survival ekonomi serta tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut, bagaimana anda dapat meninggalkan keadaan ini?

Bolehkah pendera itu berubah?

Lelaki yang mendera mestilah bersedia untuk berubah. Lelaki memang boleh belajar untuk mengubah bagaimana mereka bertindak dan mempelajari cara-cara lain bagaimana untuk memahami wanita. Jika seseorang lelaki itu betul-betul ingin menghentikan sikap ganasnya terhadap pasangannya, dia mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan yang dilakukan. Dia mesti berhenti dari menyalahkan pasangannya, alkohol, dadah atau tekanan yang dihadapinya sebagai alasan sikap ganasnya. Lelaki boleh mendapatkan kaunseling dan mestilah bersetuju untuk menghadiri beberapa sesi.

Bagaimanakah anda tahu seseorang pendera itu sedang berubah?

Walaupun seorang suami atau teman lelaki meminta maaf dan berjanji untuk berubah, ini mungkin hanya merupakan tipu-helahnya untuk memujuk supaya wanita tersebut tidak meninggalkannya. Perhatikan tanda-tanda ini sebelum mempercayai sepenuhnya yang dia sudah atau sedang berubah:

Beberapa tanda yang beliau sedang berubah:

Dia sudah berhenti sepenuhnya dari mengatakan atau melakukan perkara-perkara yang menakutkan anda.
Bolehkah anda berasa marah kepadanya tanpa dihukum?
Bolehkah dia berselisih pendapat tanpa bertindak ganas atau cuba menguasai keadaan?
Adakah dia menghormati kehendak anda tentang seks dan sentuhan fizikal?
Sudahkah dia berhenti dari mengharapkan anda melakukan perkara untuknya?
Bolehkah anda bersama rakan-rakan anda tanpa merasa takut yang pasangan anda membantah?
Bolehkah anda melakukan perkara-perkara penting seperti ke sekolah atau mencari pekerjaan?
Adakah anda berasa selesa dengan cara beliau berinteraksi dengan anak-anak?
Adakah anda berasa selamat untuk meninggalkan anak-anak dengannya?
Adakah dia menyokong anda dan memberi pujian? Adakah dia mendengar apa yang anda katakan?
Adakah dia melakukan bahagian kerja-kerjanya dalam rumahtangga dan menjaga anak-anak?

Beberapa tanda yang beliau tidak berubah:

Adakah ianya selamat untuk membangkitkan topik-topik yang anda tahu akan menyebabkan dia marah?
Bolehkah dia mendengar pendapat anda dan menghormatinya walaupun dia tidak bersetuju?
Jika dia sedang menerima kaunseling, adakah dia akan menggunakan alasan ini terhadap anda?
Adakah dia memberitahu anda yang anda ini bersikap pendera?
Adakah dia menyatakan kepada anda yang anda perlu memberi dia peluang kali kedua?
Adakah dia menyatakan yang dia tidak boleh berubah tanpa sokongan anda?
Adakah dia cuba mendapatkan simpati dari anda dan anak-anak?
Adakah dia cuba untuk menakutkan anak-anak dengan menyatakan tentang masa hadapan, kewangan atau di mana-merka akan tinggal serta sebagainya?
Adakah anda sentiasa terpaksa mengingatkannya tentang sesi kaunseling yang dia terpaksa hadiri?
Adakah dia cuba menyatakan yang penderaannya terhadap anda adalah tidak seburuk mana apabila dia bercakap tentangnya?
Adakah dia memberi tekanan yang berterusan kepada anda untuk menggugurkan Perintah Lindungan terhadapnya?

Apa Yang Mangsa Keganasan Rumahtangga Boleh Lakukan?

1. Pelan Kecemasan

Buat Pelan tindakan tentang apa yang anda akan lakukan dan ke mana anda akan pergi jika anda dalam bahaya. Beritahu anak-anak anda tentang rancangan anda jika mereka cukup matang untuk memahaminya.
Bawa bersama anak-anak anda jika anda boleh berbuat demikian. Jika anda terpaksa meninggalkan mereka buat sementara waktu, pastikan mereka boleh bersama anda secepat mungkin. Dapatkan nasihat seorang peguam tentang hak penjagaan segera.
Apa jua jenis kenderaan yang anda gunakan, pastikan ia mempunyai petrol yang mencukupi.
Simpan satu set kunci dan nombor-nombor kecemasan di tempat yang anda pasti selamat.
Selalu pastikan yang anda ada menyimpan wang untuk membantu anda melarikan diri.
Bawa bersama kad pengenalan, surat-surat penting dan ubat-ubatan yang perlu untuk anda dan anak -anak anda.
Simpan senarai nombor-nombor penting yang anda boleh hubungi dan duit anda di tempat yang tersembunyi.
Gunakan perkataan berkod yang anda boleh cakapkan di telefon dengan seseorang yang anda boleh percayai apabila anda dalam bahaya.

2. Bagaimana Akta Keganasan Rumahtangga dapat membantu anda?

Anda boleh membuat aduan kepada pihak polis dan pejabat kebajikan.
Anda boleh tinggal di rumah perlindungan jika anda tidak berasa selamat di rumah.
Anda boleh memohon Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dari mahkamah yang akan menghalang pendera tersebut dari memukul anda.
Anda boleh meminta mahkamah untuk menambah kuasa untuk menangkap kepada perintah tersebut , jika anda khuatir yang pendera akan mencederakan anda lagi.
Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera, ( seperti anak atau orang yang kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan Sementara untuk mereka.
Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut, beliau boleh dihukum oleh mahkamah.

3. Bagaimanakah anda boleh mendapatkan perlindungan/bantuan?
1. Jika cedera, pergilah ke hospital kerajaan (BUKAN hospital atau doktor swasta) secepat mungkin untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan kemudian dapatkan laporan perubatan yang mungkin memakan belanja sehingga RM20.00.

2. Buat laporan Polis seberapa segera:
a) Masukkan seberapa banyak butir yang boleh, termasuk nama pendera, butir-butir penderaan, tempat, waktu, tarikh
b) Bawa bersama bukti seperti gambar-gambar dan barang-barang yang rosak
c) Anda boleh membuat ketiga-tiga sekali (1) menjalani pemeriksaan perubatan (2) dapatkan laporan perubatan dan (3) buat laporan Polis di Pusat Krisis Sehenti Hospital Besar Kuala Lumpur
d) Minta bantuan pegawai Polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan anda, untuk membawa anda ke pusat perlindungan atau hospital, dan untuk menerangkan hak-hak anda. Anda juga boleh meminta bantuan mereka untuk bersama ke rumah anda bagi mengambil barangan anda. Anda mungkin perlu mendapatkan Perintah Perlindungan jika pendera enggan membenarkan anda memasuki rumah anda.
e) Dapatkan Perintah Perlindungan dengan bantuan peguam daripada Biro Bantuan Guaman Kerajaan atau Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, atau Printah Perlindungan Sementara dengan bantuan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, ikut mana yang relevan.
f) Ajak orang lain bersama anda ke balai Polis atau hospital jika boleh.
g) Tinggal di pusat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau NGO
h) Bawa bersama anda risalah ini, wang, buku bank, kad ATM, kunci rumah, kad pengenalan anda dan anak-anak anda, sijil-sijil kelahiran, pasport-pasport dan dokumen-dokumen penting lain

4. Bagaimana anda boleh membantu mangsa keganasan rumahtangga?

Sebagai seorang kawan, nyatakan kepadanya yang dia bukan keseorangan. Wanita teraniaya sering merasakan bahawa tiada sesiapa untuk mereka mengadukan masalah. Berterus-terang dengannya, nyatakan syak anda dan galakkan mereka supaya meluahkan masalahnya.
Jadilah "rakan telefon". Wanita sering terasing dan tidak dibenarkan keluar.
Membaca dan mengedar risalah serta maklumat kepada mereka. Bincangkan perkara ini dengan orang lain. Anda dapat menolong dengan lebih banyak jika anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenai masalah ini.
Berbincang dengan wanita tersebut tentang pilihan yang boleh diambil dan bantu mereka membuat rancangan yang boleh digunakan sekiranya ada kecemasan.
Tunjukkan kepercayaan dan sokongan anda tidak kira apa jua keputusannya.
Berikan dia dan anak-anaknya tempat berehat pada waktu tengahari atau petang ketika waktu ketegangan.
Menyediakan pengangkutan bagi mereka ke pusat perlindungan atau rumah yang selamat.
Menolongnya menjaga anak-anaknya semasa beliau berjumpa dengan peguam atau menghadiri perbicaraan, mencari rumah, kerja dan lain-lain.
Menemani mereka ke perbicaraan di mahkamah dan mengambil nota serta menunjukkan sokongan anda.
Bantu beliau mencari rumah.
Bantu beliau memindahkan barang-barang sama ada dari rumahnya atau dari rumah perlindungan ke kediaman barunya.
Menelefon pihak polis dengan segera sekiranya anda terdengar jiran yang teraniaya/ dipukul

Talian Bantuan

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488
Pusat Krisis Wanita (WCC, Penang) 04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224/03-7957 0221
Women’s Aid Organisation (utk kaunseling & perlindungan) 03-7956 3488/ 03-7956 4426
Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam (Kuala Lumpur) 03-269 13005/
03-2693 2072
Jabatan Kebajikan Masyarakat di Talian TELEDERA 1-800-88-3040
Pusat Krisis Sehenti HBKL 03-2690 5175
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (utk laporan polis) 03-2052 0999
BEFRIENDERS 03-7956 8144
P.S. The Children 03-74931303



Sumber : KLBar & WAO

Adakah suami anda...?

Tanyalah pada mana-mana wanita pun, sama ada dia wanita yang berkerjaya hebat, atau sekadar surirumah sepenuh masa, tetap dia inginkan suami yang lebih baik daripadanya.

Jika bertanya kepada isteri, apa sifat suami yang tidak digemari, antara jawapan mereka termasuk:
  • Suami yang pemalas / malas bekerja
  • Suami yang suka ambil kesempatan
  • Suami yang tidak menghormati isteri
  • Suami yang suka ambil wang isteri
  • Suami yang pura-pura buat baik depan isteri (kata orang, pijak semutpun tak mati!)
  • Suami yang suka bermuka-muka
  • Suami yang kaki pukul
  • Suami yang malas mengerjakan suruhan agama
  • Suami yang masih suka berlagak seperti orang bujang
  • Suami yang tidak ada cita-cita dan tidak berinisiatif
  • Suami yang tidak mengenang budi

Memang sukar untuk mendapat lelaki atau suami yang menepati semua kriteria yang diinginkan hati. Sama seperti pesanan Rasulullah SAW dalam memilih isteri yang baik, hal yang sama perlu juga diberikan perhatian dalam mencari calon suami yang sesuai.

Dalam hal memilih isteri, Rasulullah SAW memberikan panduan seperti sabdanya yang bermaksud, “Perempuan dikahwini kerana empat sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Jika Rasulullah SAW memberikan kriteria ini kepada lelaki dalam hal memilih calon isteri, rasanya tidak salah jika wanita juga menggunakan kriteria yang sama dalam mencari calon suami. Bukan itu sahaja, kepada lelaki, Rasulullah SAW juga memberikan peringatan kepada mereka agar mencari isteri bukan untuk tujuan ‘menumpang senang’ atau menumpang gah’ isteri semata-mata.

Baginda bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang mengahwini seorang perempuan kerana kemuliaannya, Allah akan menambahkan kepadanya penghinaan, sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kesusahan dan kefakiran. Sesiapa yang mengahwininya kerana keturunan, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kerendahan (kejatuhan). Dan sesiapa yang mengahwini perempuan itu bagi menghadkan pandangannya dan bagi melindungi diri daripada perbuatan maksiat atau kerana silaturrahim (eratkan hubungan persaudaraan), nescaya Allah akan memberkati dirinya dan akan memberkati isterinya.” (Hadis Riwayat Tabrani).

Cabaran Zaman

Cabaran rumahtangga hari ini memang sukar diduga. Zaman yang menuntut kebendaan menjadikan semua orang berlumba-lumba untuk mengejar material. Hal ini kadangkala menjadikan kita bagaikan tidak terkejar dengan keadaan.

Laporan akhbar menyebut, sekurang-kurangnya 900,000 hingga 1.2 juta penduduk negara ini adalah penagih dadah. Majoriti yang terbabit adalah belia dalam lingkungan usia 20 sehingga 40 tahun. Siapakah mereka? Mungkin mereka suami kita, adik-beradik kita atau anak lelaki kita? Majoriti yang menghuni Pusat Serenti adalah lelaki dan apa sudah jadi pada mereka?

Sama ada lelaki atau wanita, semua kita dalam dilema, antara tuntutan keadaan dengan tuntutan diri (emosi dan fizikal). Malah kadangkala tuntutan keadaan tidak selaras dengan tuntutan emosi. Emosi mahukan ketenangan, kedamaian dan kebaikan tetapi keadaan terlalu mendesak sehingga menjadikan manusia hilang pertimbangan. Begitulah yang selalunya berlaku sehingga mencetuskan dilema dalam diri.

Kepada wanita atau isteri, jika anda tidak beroleh apa yang anda inginkan (kerana kita tidak selalunya beroleh apa yang kita inginkan), tips di bawah mungkin dapat meredakan emosi anda yang bercelaru:

1. Terima adanya. Kita tidak akan dapat semua yang kita inginkan. Kadangkala kita beroleh suami yang baik tetapi kurang sempurna dari segi kewangan. Bersyukurlah. Jika anda wanita berkerjaya yang pandai mencari duit, itu sedikit sebanyak membantu anda.

2. Beri sokongan pada suami. Jika ditakdirkan anda beroleh suami yang memang termasuk dalam kriteria di atas, bantulah diri anda untuk bantu diri suami. Jangan anda juga terhanyut sama dalam kemelut yang melandanya.

3. Berdoa. Insya-Allah anda beroleh hati tenang kerana hati yang tenang akan menjadikan kita manusia yang lebih cekap berfikir.

4. Minta bantuan saudara-mara terdekat. Dia tidak pedulikan nasihat dan teguran anda. Tetapi barangkali dia akan menerima nasihat orang lain yang dihormatinya seperti ibubapa atau saudara-maranya yang lain. Mereka boleh jadi kumpulan sokongan terbaik untuk anda.

5. Jangan cepat putus harap. Insya-Allah, jalan keluar tetap ada. Hayati pesanan Allah seperti firman-Nya yang bermaksud, “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkan. Serta memberikannya rezeki dari Jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan ingatlah, sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya untuk menolong dan menyelamatkannya.” (Surah At-Talaaq, ayat 2-3)

6. Jangan abaikan kewajipan pada Allah SWT. Seperti firman Allah di atas, “Cukuplah Allah untuk menolong…” insya-Allah jika ingatan itu terus kekal dalam hati, kita akan beroleh manafaat dan ganjaran yang tidak kita duga sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Jika anda tidak termasuk dalam kalangan mereka yang mengalami masalah ini, maka bersyukurlah. Dan doakanlah untuk rakan-rakan yang berdepan dengan masalah ini, agar mereka diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Khamis, Mac 27, 2008

Q&A: Rujuk secara SMS

Pernyataan hasrat rujuk guna SMS tidak sah
Dijawab oleh Mohamad Isa Abd Ralib
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia


Soalan

SAYA bercerai dengan isteri dan disahkan oleh mahkamah atas permohonan isteri. Saya ingin bertanyakan soalan, adakah sah rujuk seorang suami kepada isterinya yang dilakukan secara SMS kepada isteri. Saya menghantar mesej itu, saya memang mempunyai niat untuk rujuk semula bersama isteri. Ayat saya adalah ‘saya rujuk semula dengan kamu’. Tetapi isteri membalas dengan ayat, ‘Saya tak nak walau apapun’. Jarak saya dan isteri ketika itu 180 km, dan kami tidak lagi tinggal bersama sejak SMS berkenaan dihantar kerana isteri enggan rujuk semula. Apakah rujuk saya itu dianggap sah?

SUAMI
Sepang


Jawapan

RUJUK adalah hak suami dalam perceraian talak rajie selagi isterinya masih dalam idah. Ia adalah suatu penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat oleh suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Dari sudut kesahannya, rujuk tidak memerlukan lafaz penerimaan daripada isteri. Bahkan ia sah walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan isteri, asalkan menepati syarat rujuk yang diperlukan.

Isteri yang diceraikan tidak boleh merujuk suami yang menceraikannya walaupun isteri itu masih suka kepada suaminya. Sebaliknya suami boleh merujuk isteri yang diceraikan walaupun isteri itu tidak lagi suka kepada suaminya. Menurut jumhur ulama, ada tiga rukun utama rujuk iaitu suami, isteri dan sighah (lafaz).

Kewujudan saksi hanya disunatkan.
Rukun pertama, suami hendaklah seorang yang baligh. Tidak sah rujuk bagi suami yang belum baligh. Suami hendaklah seorang berakal dan tidak sah rujuk sekiranya suami dalam keadaan gila. Suami merujuk isteri hendaklah dengan sukarela. Tidak sah rujuk jika suami dipaksa dan ketika rujuk, suami hendaklah kekal dalam Islam.

Rukun kedua, isteri hendaklah disetubuhi sebelum berlaku perceraian. Tidak boleh merujuk isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi kerana isteri seperti itu tidak mempunyai idah. Isteri yang dirujuk itu mesti ditentukan secara khusus.

Jika suami menceraikan beberapa isterinya kemudian ia rujuk salah seorang daripada mereka dengan tidak ditentukan siapa yang dirujuknya, maka rujuknya tidak sah. Isteri diceraikan dengan talak rajie. Jika ditalak dengan talak bain, maka tidak sah rujuk. Rujuk juga hanya boleh berlaku ketika isteri dalam tempoh idah.

Tidak sah rujuk selepas terbukti tamatnya idah isteri atau isteri berkenaan murtad ketika dirujuk.

Rukun ketiga, sighah (lafaz) hendaklah menggunakan perkataan yang menunjukkan dituju kepada isteri seperti ‘engkau’ atau ‘nama isteri itu’ atau dengan isyarat tunjuk kepada isteri. Sighah itu pula tidak boleh digantungkan (ditaklikkan) dengan sesuatu. Contohnya suami berkata: “Abang rujuk awak jika awak suka.” atau “Abang kembali kepada awak jika emak awak datang.”

Rujuk yang digantungkan atau ditaklikkan dengan sesuatu syarat seperti contoh di atas adalah tidak sah. Jenis lafaz rujuk terbahagi kepada dua iaitu lafaz sareh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran/simbolik). Contoh lafaz sareh seperti kata suami “Abang rujuk kembali kepada kamu”. Lafaz seperti ini adalah sah dan tidak memerlukan niat. Manakala lafaz kinayah menggunakan bahasa sindiran atau kiasan yang membawa maksud untuk rujuk seperti kata suami “Abang pegang awak”. “Awak masih isteri abang” jika menggunakan lafaz kinayah maka disyaratkan agar suami itu berniat untuk rujuk ketika malafazkan perkataan sindiran itu.

Rujuk yang dilafazkan oleh suami dengan memenuhi semua rukunnya adalah sah walaupun rujuk yang dibuat itu dalam keadaan bergurau. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main termasuklah nikah, cerai dan rujuk. Apabila dilafazkan dengan jelas, maka ia akan menjadi sah.

Dari sudut peruntukan undang-undang, saudara boleh melihat Seksyen 52 (2) – (9) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Antara lain, Seksyen ini menyebut bahawa sekiranya isteri tamat idah, maka tidak boleh dirujuk. Sekiranya suami melafazkan rujuk tapi isteri tidak bersetuju dengan sebab dan alasan yang dibenarkan hukum syarak, maka dia tidak boleh diperintahkan oleh mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi mahkamah hendaklah melantik satu jawatankuasa pendamai seperti diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Ini bermaksud, sekiranya isteri tidak bersetuju dengan alasan yang diterima syarak seperti suami menderanya dan jika kembali boleh membahayakan diri isteri, maka mahkamah boleh memerintahkan satu jawatankuasa dilantik. Jawatankuasa ini akan diberi masa enam bulan untuk menilai sama ada wajar mereka kembali sebagai suami isteri atau sebaliknya. Seorang suami dilarang merujuk dengan maksud jahat seperti bertujuan untuk menyakiti atau menganiaya isteri yang hendak dirujuk.

Ini berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 231 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka. Dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum itu sebagai ejek-ejekan dan permainan.” Dari segi hukum rujuk juga, wajar diperhatikan bahawa hukum asal bagi rujuk adalah harus tanpa dikaitkan dengan perkara lain. Makruh rujuk pula jika perceraian itu adalah lebih baik kepada kedua-dua pasangan suami dan isteri. Sunat rujuk sekiranya suami bertujuan memperbaiki rumah tangga dan masih menyayangi dan ingin memperbaiki keadaan isterinya.

Manakala hukumnya adalah haram jika suami rujuk dengan tujuan membalas dendam atau menzalimi isteri yang ingin dirujuknya itu. Merujuk kepada kes saudara, berdasarkan mazhab Syafei, kedudukan rujuk yang saudara buat melalui SMS adalah tidak sah walaupun mempunyai niat untuk rujuk semula bersama isteri. Lafaz rujuk yang dibuat oleh saudara adalah berbentuk tulisan (kitabah) dan bukannya secara lisan melainkan saudara seorang bisu (tidak boleh berkata-kata).

Untuk makluman saudara SMS dianggap sebagai tulisan (kitabah). Namun begitu sekiranya saudara membaca balik SMS itu secara berlafaz sebaik saja saudara menghantar SMS itu, rujuk itu dianggap sah kerana saudara melafazkan rujuk. Saudara perlu melafazkan kembali lafaz rujuk berkenaan secara lisan terhadap isteri di dalam tempoh idah isteri saudara. Sekiranya tempoh idah habis, maka saudara dikehendaki menjalankan akad nikah baru dengan bekas isteri saudara.

Jika dengan akad nikah yang baru, saudara perlu ingat, bilangan talak saudara dengan isteri tersebut berkurang kepada dua sekiranya sebelum ini bercerai dengan talak satu. Saudara juga perlu mengambil kira lafaz taklik yang dibaca ketika perkahwinan dahulu, kerana sesetengah negeri meletakkan taklik iaitu sekiranya suami merujuk tanpa persetujuan isteri maka boleh jatuh satu lagi talak.

Perkahwinan, perceraian dan rujuk adalah suatu yang penting dalam Islam. Apabila seorang berkahwin secara baik dan terhormat, maka apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan, sewajarnya perceraian juga dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan menggunakan SMS dan sebagainya. Begitu juga apabila suami ingin merujuk isteri, wajarlah berdepan menzahirkan kesungguhan dan keikhlasan suami, kerana ia bukan perkara main-main.

Untuk mengesahkan rujuk yang saudara buat, saya menasihatkan agar saudara dapat membuat permohonan pengesahan rujuk di hadapan Pendaftar, Nikah, Cerai dan Rujuk di Pejabat Agama di tempat saudara. Semoga perkahwinan saudara akan dapat diselamatkan dan beroleh keberkatan.

Pentingnya mengurus emosi

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

ALAM rumah tangga ibarat belayar di samudera, dalam tempoh perjalanan yang belum pasti itu, tentu menghadapi pelbagai pancaroba dan ujian. Ibarat gigi dan lidah, suami isteri tidak dapat lari daripada berselisih faham namun dalam sesetengah kes, ia berpanjangan dan memberi impak kepada rumah tangga.


Mulanya, mungkin masalah rumah tangga membabitkan soal remeh-temeh tetapi apabila bercampur aduk dengan emosi dan ego, ada yang gagal mengharungi ujian sepanjang perjalanan itu. Justeru, apabila persengketaan tidak dapat diselesaikan, kebanyakan pasangan memilih jalan 'cerai'. Apakah cerai penyelesai masalah rumah tangga atau jalan terakhir? Walaupun Islam membenarkan manusia melafazkan perkataan cerai tetapi Allah amat benci kepada mereka yang bercerai-berai.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam kehidupan rumah tangga, perselisihan dan persengketaan memang lumrah. Ia proses semula jadi bagi membolehkan pasangan saling mengenali. Ia mungkin mengambil masa setahun, dua tahun atau sehingga satu tempoh yang agak panjang mungkin belasan atau puluhan tahun.

"Cuma perkara yang perlu difahami ialah bagaimana hendak menguruskan emosi kerana hadis nabi ada menyebut, `jangan marah, jangan marah, jangan marah', yang diulang sehingga tiga kali, supaya masing-masing mengawal emosi," katanya.

Statistik menunjukkan perkahwinan di Malaysia dalam tujuh tahun kebelakangan ini semakin meningkat.

Bagi tahun lalu, daripada 129,545 perkahwinan di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak, kes perceraian juga agak tinggi iaitu 20,131 kes.

Perceraian itu berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya arus modenisasi yang menghakis nilai tradisional, mendahulukan material daripada menyelamatkan perkahwinan, tahap pendidikan dan pendedahan yang diperoleh membuatkan suami isteri terlalu objektif dalam menangani masalah.

Keretakan rumah tangga boleh berlaku apabila pasangan terbabit terlalu mementingkan kewangan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka, timbul rasa kecewa terhadap pasangan disebabkan gagal berbincang sebelum berkahwin, tiada kemahiran komunikasi, campur tangan pihak ketiga dan masalah sampingan seperti dadah.

Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, perceraian bukan perkara yang boleh dianggap remeh sebaliknya ia adalah jalan terakhir kepada sesebuah rumahtangga.

Sebelum memikirkan dan melafazkan cerai banyak lagi kaedah lain yang boleh difikirkan, seperti perbincangan di antara pasangan suami isteri secara baik tanpa membabitkan pihak lain, jika tidak dapat diselesaikan baru dilantik wakil dari pihak ketiga untuk mencari penyelesaian. Jika tidak dapat diselesaikan juga walaupun dengan pelbagai kaedah, barulah difikirkan jalan terakhir itu.

Satu hadis diriwayat Abu Daud dan al-Hakim, maksudnya: "Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak."

Perkahwinan bukanlah semata-mata satu ikatan yang menghalalkan perhubungan di antara dua jantina lelaki dan perempuan, tetapi kesinambungan institusi kekeluargaan.

Perkahwinan adalah suatu ikatan perkongsian hidup yang perlu kepada semangat kebersamaan, saling menghormati dan rasa penuh tanggungjawab, yang perlu dipertahankan dalam apa juga keadaan.

"Bergaullah dengan mereka secara baik dan mungkin kamu benci kepada isteri-isteri kamu. Mungkin kamu benci kepada sesuatu sedangkan Allah menjadikan padanya kebaikan yang baik." (an-Nisa':19)

Menurut Ahmad Shukri, sesetengah masalah tidak boleh dipendam tetapi perlu diluahkan bagi mengelak masalah lebih besar. Dalam rumah tangga, perlu ada konsep sabar dan muhasabah. Jika sewaktu bujang kita seorang pemarah, cepat melenting dan panas baran, apabila beristeri atau bersuami ubahlah sikap itu perlahan-lahan.

Beliau mendapati banyak pasangan yang tidak tahu matlamat rumah tangga sehingga apabila bergaduh kecil pun mengungkapkan cerai. Justeru, perkahwinan memerlukan kepada beberapa unsur iaitu sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmat (kasihan belas). Ketiga-tiganya perlu digaul bagi menjadi makanan pasangan suami isteri sepanjang hidup bersama.

Menurutnya, anak muda sekarang hanya tahu bercinta dan berkahwin, tetapi apabila memperoleh cahaya mata menjadi buntu seolah-olah anak menjadi beban. Anak memang satu beban tetapi ia juga amanah yang besar. Orang kita sesetengahnya apabila ada masalah mulalah jadi tidak menentu dan gelabah tetapi sedar atau tidak masalah yang dihadapi itu sendiri yang mematangkan diri.

Sumber: HMetro 27/03/2008

Romantis: Jerat cinta Internet


HATI berdebar-debar malah mungkin tidak lena melelap mata mengenangkan pertemuan kali pertama dengan si dia apatah lagi jika tidak pernah bertentang mata. Namun, sering juga didengari bermacam keburukan akibat pertemuan kali pertama selepas berkenalan di alam siber.


Ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna Internet yang menipu identiti diri. Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walaupun anak sudah berderet. Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba 'menjerat' cinta sekadar untuk memenuhi masa lapang atau suka-suka.

Segelintirnya melahirkan rasa kesal atas penipuan pasangan yang menjadi lawan sembang Internetnya itu. Namun, ada juga yang tidak pernah serik. Lebih merisaukan, jerat yang sama digunakan untuk memancing mangsa yang lain pula.

Dari sudut positif pula (biarpun tidak terlalu tinggi), ada yang menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan membahagiakan. Bagi yang melalui detik indah, pastinya sembang di Internet itu menjadi kenangan manis dalam perhubungan antara dua insan bercinta. Apapun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah terkena.

Untuk mengelak daripada terkena, renungkan panduan berikut yang boleh dijadikan peringatan
:

1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.

2. Gunakan e-mel atau laman sembang untuk berkomunikasi. Jangan mudah memberi nombor telefon kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.

3. Cuba bertanya soalan yang boleh membantu anda mengenalinya sama ada dia pasangan yang dicari-cari.

4. Tanya soalan sebanyak mungkin sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.

5. Sentiasa simpan maklumat yang diberitahu pasangan baru anda itu mengenai dirinya. Pastikan maklumat itu tidak berubah apabila anda bertanya mengenainya pada waktu yang lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap jujur atau sebaliknya.

6. Kebiasaannya, ada dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti, lazimnya mereka punya niat tertentu. Golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.

7. Jangan mudah percaya pada sesiapa saja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih ramai orang yang berpura-pura di Internet.

8. Jangan menganggap sembang di Internet terlalu serius kerana ia hanya tempat mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.

9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja. Berhati-hati jika individu itu mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Tip untuk berjumpa kali pertama

1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas pasti dia adalah orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.

2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali-kali pergi seorang diri.

3. Pastikan makanan dan minuman dinikmati bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.

4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa adalah orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh bertanyakan soalan biasa ketika berbual di Internet.

5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.

Tip untuk pertemuan seterusnya

1. Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.

2. Dapatkan maklumat tempat tinggal atau kerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.

3. Anda perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.

Sumber: HMetro 27/03/2008

Upah bongkar suami curang


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid

am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa agensi penyiasat persendirian tempatan kini menjadi buruan kalangan isteri orang kenamaan (VIP), artis dan ahli perniagaan bagi membongkar kegiatan suami masing-masing yang disyaki gemar ‘makan luar’.

Isteri yang sering kesunyian itu sanggup membayar upah hingga puluhan ribu ringgit semata-mata mahu membuktikan perilaku sumbang atau hubungan sulit suami yang selama ini sukar dibuktikan.

Apa yang menakjubkan, penyiasat persendirian yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih seperti pengesan peribadi, kamera, video pengintip, alat perakam suara mini dan perakam video pin tali leher berjaya membongkar rahsia yang dianggap hampir mustahil didedahkan itu.

Mereka turut menggunakan taktik menyamar pekerja syarikat telekomunikasi, penghantar pos kurier, pekerja pembersihan atau kakitangan pembasmi serangga perosak untuk menyusup ke dalam premis tertentu bagi mendapatkan bukti.

Penyiasat persendirian yang juga Pengurus Delta Force Security Services and Consultancy Sdn Bhd, Kapten (B) Amerruddin Nordin, berkata keupayaan menyelesaikan kes sulit dan peribadi membuatkan masyarakat kini semakin yakin terhadap fungsi penyiasat persendirian.

Menurutnya, sebagai penyiasat persendirian selama 17 tahun, skop tugasnya bukan saja merangkumi penipuan perniagaan, mencari individu hilang, mendapatkan bukti salah laku dan memberi perlindungan kepada individu tertentu, malah mengesan kecurangan suami golongan VIP.

Beliau yang mendapat lesen khas daripada Kementerian Dalam Negeri, berkata kebiasaannya golongan isteri VIP mengesyaki suami masing-masing menjalin hubungan sulit dengan wanita lain atau memiliki perempuan simpanan, namun si suami licik menyorokkan bukti.

“Saya didatangi ramai isteri Tan Sri, Datin, artis dan ahli perniagaan untuk mendapatkan perkhidmatan. Biasanya perbincangan diadakan terlebih dulu secara sulit bagi memudahkan kami mendapatkan butir terperinci ‘sasaran’ dan kehendak pelanggan. Selepas segalanya lengkap, penyiasat yang dipilih akan memulakan siasatan bagi mengumpul bukti dikehendaki. Setakat ini kami mempunyai lima penyiasat persendirian yang bekerja sepenuh masa, manakala empat lagi bertugas separuh masa,” katanya.

Beliau yang pernah bertugas sebagai perisik Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mendakwa berupaya menyelesaikan kes dalam tempoh antara tiga hari hingga dua minggu, bergantung pada tahap kesukaran dan keaktifan sasaran.

“Kami pernah diupah menyiasat seorang VIP berstatus Tan Sri yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan seorang personaliti terkenal. Kami mengekori VIP berkenaan setiap hari dari awal pagi ketika dia keluar rumah untuk bermain golf di sebuah kelab terkemuka. Selesai bermain golf sekitar jam 10 pagi, VIP berkenaan didapati pergi ke sebuah kondominium mewah di Bukit Bandaraya, Bangsar,” katanya.

Hasil siasatan mendapati kondominium itu didiami seorang personaliti jelita yang kerap muncul di televisyen untuk pelbagai rancangan.

“Kami terpaksa bersabar beberapa hari sebelum mengekori pasangan ‘kekasih’ itu ke sebuah hotel lima bintang di Jalan Sultan Ismail. Aksi pasangan itu akhirnya dirakam sebelum salinan rakaman itu dipindahkan ke dalam cakera padat (CD) dan diserahkan kepada isterinya sebagai bukti,” katanya.

Ditanya sama ada siasatannya mampu menghancurkan rumah tangga pelanggan, Amerruddin berkata, bukti yang diperoleh digunakan hanya untuk membuat suami mengaku kesalahannya.

“Malah, kepakaran kami turut pernah digunakan pelanggan untuk menyelesaikan kes perbicaraan mahkamah syariah berikutan kekurangan bukti kecurangan dilakukan pasangan,” katanya.

Terbaru, beliau menyelesaikan kes seorang VIP yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis kedi di sebuah kelab golf yang kerap berakhir di bilik hotel.

“Kes begini mungkin nampak mudah, namun untuk menjejaki sasaran memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Penggunaan pelbagai peralatan mampu memudahkan tugas intipan,” katanya yang pernah dibayar mencari anak gadis dilarikan teman lelaki dan menyiasat aktiviti sulit anak.

Biasanya, kata Amerruddin, ibu bapa yang bekerja menghubungi agensinya bagi mengawasi aktiviti anak mereka setiap sehari.

Seorang lagi penyiasat persendirian terkenal, Raj, 55, mengakui kerap dibayar melakukan siasatan berhubung kes rumah tangga membabitkan golongan kenamaan. Antara yang terbaru membabitkan seorang Datuk berumur 63 tahun yang terjerat apabila beliau bersama seorang wanita berumur 30 tahun di pangsapuri mewah pinggir ibu kota.

“Saya diupah ribuan ringgit. Sebaik pasti Datuk itu berada bersama pasangan di pangsapuri itu, saya terus menghubungi isterinya yang beberapa jam kemudian datang ke situ,” katanya.

How To Get Your Child to Love Reading

Few habits are more important than reading. If you instill in your child a love of reading, you not only enrich their lives, but you'll also make your own life easier. You won't have to worry about your kids' grades, because your child naturally will be more interested in learning and study.

Reading is the key to the educational kingdom. It is the single elementary skill which makes all other fields of study simpler and more natural. It builds the vocabulary and gets your child to think, analyze and imagine. So it is important to get your child to love reading. When the activity becomes something more than a chore or a homework assignment, then your child is on the way to a larger world.

The earlier you introduce reading into your child's life, the better. Many parents make the mistake of focusing on the reading skill too early, though. It isn't enough to teach them to read a year earlier than their peers and then hand them a book. Reading to your child is how you will teach them reading is fun.

Daily Routine

You should make reading a part of the household experience. Find a time almost every day to read. You might make it after dinner or just before bedtime. Read a book or two to your child. This makes reading a family experience where the two of you bond. It also teaches the child that reading is an everyday part of life in your household.

But Daddy Reads

Young children mimic their parents. They look up to them as the standard of what is right and wrong and, perhaps more important to a child, what is fun. So don't wait until your child goes to bed for your own reading time.

If all your child sees you do is watch television, that child will learn that is the normal activity for a person. But if your child sees you reading, it is natural for your child to want to be like Mommy or Daddy and give reading a try, too.

Variety

Make sure that your children have access to a wide variety of books. Don't keep only a small number of books they have read before. Try to stock their room with a variety of books they will have access to. Furthermore, make certain the books are in their room. This associates books with other fun activities, like games and toys. It also assures they might any given minute pick up a book to look at it.

If this sounds expensive, it doesn't have to be. There are plenty of half-price book stores where you can buy childrens' books for a little bit of nothing. Take a few trips to these used book places and help your child pick out a variety of books which seem interesting to them.

Use Your Local Library

Half-price books still might be too pricey. In that case, make weekly trips to the library and keep those books around the house.

In fact, you should make use of your local library in either case. The library will have plenty of books, enough that some should rouse your kid's interest. Get your child a personal library card. It will look like a badge or a driver's license and your child will feel like part of something larger.

Your library will have periodic activities which also encourage your child to read. This might be a weekend reading forum or a children's book club. Participation in a reading group is a great way to teach your child that reading can be fun and interactive.

Challenge Your Child

Eventually, your child will exhaust all of the books in the child section of the local library. When this happens, the child will start to look at more challenging books. Don't be concerned if you think your child is in over his or her head. The challenge will be good for the child. Also, you might be able to help your child through these subjects, which once again reinforces to your child that you have an interest in books.

Of course, make sure these books are appropriate for your child. You should remain involved in your child's reading even after your child has full command of the reading skills. You'll probably find your child's reading list interesting, because your kid will pick out subjects you never knew they found interesting.

Encourage the Habit

Finally, do not discourage your child from reading, even if your kid only shows an interest in comic books and other less literary forms of reading. Certainly continue to encourage your child to read other materials, but do not prohibit the reading of something your child finds interesting.

As long as reading material is appropriate for the age of your child, reading of any kind is a good thing. It will continue to build your child's vocabulary and probably introduce him or her to new concepts. This might lead them to learn more about these concepts by reading other materials.

Summary

Reading is a habit like any other. If your child learns good reading habits early in life, this will last a lifetime. If your child never gets in the habit of reading, that child will never learn about its rewards.

Every word or action you take regarding the subject is important. So encourage reading in consistent and various ways and your child is more likely to learn to love reading literature.

Rabu, Mac 26, 2008

Suami cerewet – lihat dari sudut positif

Sikap cerewet biasanya dikaitkan dengan wanita. Cerewet bab makan, penampilan mahupun kebersihan adalah paling sinonim dengannya. Malah kerana terlalu cerewet suami sendiripun naik rimas dibuatnya. Tapi jangan sangka sikap cerewet ini hanya ada pada wanita. Lelaki juga tidak ketinggalan, malah kadang-kala tahap kecerewetan mereka lebih ‘parah’ daripada wanita.

Ada lelaki yang cerewet bab berpakaian, sebagai contoh pakaian mestilah sentiasa kemas, semua pakaian termasuk t-shirt perlu digosok. Tak kurang pula yang cerewet mengalahkan wanita tentang makanan. Tak boleh terlebih masin dan tak boleh terlebih manis, hidangan pula tak boleh sama setiap hari. Kalau tak kena dengan selera mulalah dikomen bermacam-macam hingga naik panas telinga dibuatnya.

Situasi ini mungkin dialami oleh sebahagian isteri di luar sana. Ada yang boleh bersabar dan mengikut saja tapi tak kurang juga yang memberontak sendiri dalam hati. Sekiranya inilah yang anda hadapi setiap hari, di sini disertakan tip terbaik buat anda berhadapan dengan kecerewetan sang suami.

Teliti tahap kecerewetannya

Tidak semua kecerewetan suami adalah perkara yang negatif. Sebagai contoh, apabila suami mengomel tentang urusan memasak tapi bersedia membantu anda di dapur. Maka hal ini mungkin tidak menjadi masalah buat anda.

Tetapi sekiranya suami asyik memberi komen tentang masakan anda tidak enak dan tidak kena dengan selera namum tidak pula mahu membantu, sudah pasti anda akan terasa hati. Sebagai isteri, komentar sebegini akan membuatkan anda merasa bahawa anda bukanlah isteri yang baik untuk suami anda.

Anda perlu tenang dan bijak dalam menghadapi sikap suami yang sebegini. Apapun bentuk kecerewetan pasangan, anda telah memilih dan menjadikannya pasangan hidup. Sekiranya sikap cerewet suami anda itu masih dalam tahap normal dan masih boleh anda tangani, maka tidak perlulah dibesarkan. Hadapi saja dengan sikap positif dan hati yang terbuka. Namum jika suami cerewet mula mengomel sesuatu yang pada akhirnya mengganggu kehidupan dan perasaan anda, maka situasi ini perlu dibincangkan sebaik-baiknya melalui jalaan perundingan. Cari jalan penyelesaiannya dengan cara meluahkan kepada suami bahawa anda hanyalah manusia yang tidak lepas dari kesalahan dan kekurangan. Sebagai pasangan, dia perlulah menerima segala kelebihan serta kekurangan anda.

Renungkan kata-kata suami

Sikap cerewet suami yang kadang-kala tentang hal remeh-temeh memang sesuatu yang menyebalkan tapi mahu tak mahu harus anda hadapi. Namun sekiranya anda sudah tidak tertahan menghadapinya dan sakit hati, cubalah untuk berdiam diri seketika dan renungkanlah kata-kata atau komen suami anda.

Mungkin disebalik komentarnya ada aspek positif yang cukup berguna buat anda. Cuma mungkin cara penyampaiannya saja yang kurang halus hingga mebuatkan anda menganggapnya terlalu cerewet.

Selain itu, anda mungkin juga boleh memandang bahawa komen suami itu perlu juga untuk mengingatkan anda terhadap hal-hal yang mungkin anda terlupa. Dalam pada itu, cubalah anda renungkan bahawa seburuk mana pun komen pasangan anda, percayalah bahawa dia sebenarnya tidak bermaksud menyakiti hati anda. Mungkin kadang-kadang anda tidak dapat terima dengan semua komennya.

Jika memang ada sikap cerewet suami yang menyakitkan dan dikomen dengan cara kasar, jelaskan bahawa anda tidak dpat menerima jika diperlakukan sebegitu. Tapi pastikan anda meluahkan perkara tersebut dengan cara yang tenang dan bukannya dalam keadaan marah dan emosi.

Kesan jika terlalu cerewet

Sekali-sekala suami bersikap cerewet mungkin boleh diterima tapi jangan lakukannya terus-menerus atau membabi buta. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang berat buat pasangan.

Isteri terutamanya yang tidak pandai meluahkan perasaan pasti akan makan hati dengan sikap suami begini. Sikap suami cerewet yang asyik dipendamkan dalam hati akan meletup jua, suatu hari nanti. Namun kesannya suami cerewet bukan hanya setakat itu saja, ia juga akan meberi kesan pada aspek lain dalam diri isteri seperti:

1. Hilang nafsu seks : Akibat terlalu sering dikomen, isteri mungkin akan berasa rendah diri hingga menjejaskan hasrat untuk bersama dengan suami di ranjang. Isteri akan hilang ghairah kerana berasa tidak setaraf dengan pasangannya.

2. Tertekan : Kata-kata suami yang merendahkan, sedikit sebanyak akan membuatkan isteri berasa tertekan. Seolah-olah segala apa yang dibuat serba tidak kena di mata suami. Isteri juga akan berasa keliru dan kesal.

3. Hilang keyakinan diri : Perasaan rendah diri sekali gus akan menyebabkan tahap keyakinan diri seseorang mula menghilang. Pasangan yang merasa terus-menerus dipersalahkan, dalam tahap yang lebih ekstrem dia akan merasa rendah diri. Tidak hanya di hadapan pasangannya, tapi juga dengan orang lain di persekitarannya.

4. Cemas dan takut : Sikap cerewet suami juga boleh menyebabkan isteri berasa takut-takut dan tidak tenteram. Sebagai contoh, jika suami cerewet bab kebersihan rumah, isteri mungkin akan berasa cemas tatkala suami berada di rumah. Cercaan, cemuhan dan omelan daripada pasangan seolah-olah nasib yang harus diterimanya.

Satu jenaka yang dipetik dari internet untuk mengatasi masalah suami cerewet:

To deal with the grumpy ones, sometimes this is the best remedy…


He didn’t like my pudding, and he didn’t like my cake,
My biscuits were too hard, not like his mother used to make.
I didn’t perk the coffee, and I didn’t make the stew,
I didn’t mend his socks like his mother used to do.


As I pondered for an answer, I was looking for a clue.
So I turned and boxed his ears, like his mother used to do.

(author unknown)

Tips For Being A Better Husband

How to be a good husband?



Be a team player. When you were single, you could focus on your needs entirely. Now that you're in a partnership, that just isn't going to work. Sometimes you have to think about the family and the marriage before you think about yourself.

Remember that a marriage is a complicated thing. Being a good husband spans a lot of territory. Sure, you need to support your family financially and raise your children with love and concern. These are two of the givens of being a good husband. But these aren't the only duties of being a good husband.

When you talk about the interpersonal dynamics of a man/wife relationship, a lot of these dynamics involve how we communicate with one another. We send both intentional and unintentional signals to our spouse through our interpersonal communications. So a large part of being a good husband in this context is showing we are a part of the team, supporting our teammate while communicating when we need support in our turn.

In sports parlance, it's called "being a good teammate" or "being a good locker room presence".

1. Be Her Sounding Board

When your wife tells you her problems, she isn't necessarily looking for a problem solver. She wants someone to listen to her and empathize with what's going on in her life.

A husband who hears about his wife's problems instinctively wants to come to the rescue. But most of the time, this isn't what your wife is looking for. You need to fill the role more of a psychologist than that of a troubleshooter. Listen to her problems; show concern for those problems; show that you have empathy; but don't always reply with "here's what you need to do."

When your wife comes to you with her problems, she isn't looking for you to be her lawyer. And she certainly doesn't need you to be her football coach, giving her fiery motivational speeches about how to beat her problem. She wants a counsellor, to listen to her problems and help her deal with their emotional impact.

2. Show Respect

A good exercise for every husband is to try to show your wife respect. This dovetails with my previous point, but goes beyond that specific situation.

A major part of showing respect is to avoid the trap of being hyper-critical. Don't criticize the way your wife dresses, cooks meals, parks the car or walks the dog. You might think you are instructing your wife, but you are actually showing disrespect for the decisions you make.

Actions are just as important as words. Don't make decisions that normally a married couple makes together. This shows you have no respect for her opinion.

Also, try to avoid certain intonations with your wife, the kind that can be described as "talking down" to her. A woman can pick up on these as well or better than a man can. These tell her you have contempt for whatever is she's doing, that you are treating her like a child or even your pet. Showing a lack of respect is one of the surest ways to poison a marriage.

3. Avoid Judgment

When you live with someone every day, it's hard not to build up resentments and overanalyze your partner's every move. But no one is going to stand up to that level of scrutiny. Try not to sweat the little stuff, because it has a way of becoming big rather quickly. If you judge every action or opinion your wife has, that's going to come through in your words and actions.

Your wife is different from you. Of course she isn't going to perceive things the way you do. She's had different life experiences than you, not the least of which is the general experience of living life as a woman. She won't always like what you like. She won't behave like a man does. Apart from sexual needs and having children, that's one of the reasons men get into a relationship. We feel the need for a woman's companionship.

4. Don't Bring Your Own Issues Into the Marriage

As I mentioned earlier, being in a marriage is being part of a team. This means you sometimes have to put your wants or needs second to those of the team.

All of us have emotional baggage. When we marry, we bring that emotional baggage into the marriage. But when your wife comes to you for support, that isn't the time to open up that emotional baggage. There are times when you can unload this stuff on your wife, but not when she needs your support.

It's common for a man to internalize all her problems and make them our own. But if you do this, you are losing sight of why she confided in you in the first place. Don't be selfish when you are supposed to be supportive. I mean, all of us tend to process information through our own filter. But that doesn't mean our opinions are always useful to the problem.

5. Know When to Make it About You

Of course, it can't always be about her or the marriage. There are times when your needs should be met. That's the definition of a give-and-take partnership, which is what a marriage should be about.

Tell her how you feel, but don't put her in a defensive position. This means you describe to her how something she does affects you without making your feelings accusatory. When you talk about issues in your marriage, tell her about how it affects you instead of what it is about her that bothers you. Good communication is one of the keys of a healthy marriage; good communication requires you to tell her how you are affected.

If your wife does something that hurts you, tell her exactly that you are hurt. Don't focus on her actions, but on the consequences of those actions. If you simply accuse her of undermining you or being insensitive, it automatically puts her on the defensive. When she's defensive about her actions, good communication becomes all but impossible.

6. Be Affectionate

I know guys don't like being cuddly. Being affectionate after sex takes time and it doesn't make us feel manly, but women need affection sometimes. If you only give them that stuff to get to bed, your wife is going to notice and think it's insincere.

Of course, this goes beyond the bedroom. If you show your wife spontaneous affection occasionally, it reassures her of the love bond.

7. Be Willing to Get Outside Help

There's the common joke about men refusing to ask for directions. Men throughout history have needed to be self-sufficient. That's one of the characteristics which make men successful. When we were out in the wilderness hunting for food, we couldn't stop at the convenience store to ask where the herd was.

That being said, self-reliance can only take us so far. A smart man has to realise when he can't do it all himself. One of those cases is the man whose marriage is in trouble. It's very standard for a man to refuse to go to a marriage counselor.

A man would prefer to buy a map than ask for directions. In the same way, he would rather read how-to guides on how to save his marriage than ask for professional help. In a lot of cases, getting good advice is enough. Modifying our attitudes and the subsequent behaviors those attitudes cause can have profound effects on a failing marriage. But sometimes the problems run deeper. That's when a man has to give into his wife's request that they speak to a counselor.

Professional marriage counselors help to reinforce the points I've made above. They are instructors in how to listen, how to show respect, how to avoid judgment, how to be a part of the team, how to express our feelings and how to be more affectionate. In short, when a man finds that his best efforts to improve his marriage skills fail, he needs a trained instructor to work on those skills.

Source: HowToGuides365.com

Isnin, Mac 24, 2008

Banyak sebab anak lambat bercakap

Oleh Rohaniza Idris (roha@bharian.com.my)


Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak-kanak

AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanya terdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan. Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain. Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan sering tertanya-tanya kenapa anaknya yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’ walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.

Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.

Ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.

Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.

Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri.


Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.

Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar).

Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’.

Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.

Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan.

Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.

1. Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.

2. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.

3. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.

4. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.

FAKTA: Percakapan kanak-kanak

· Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan pra-linguistik).

· Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.

· Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’ sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.

INFO: Tip membantu anak bercakap

· Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap!

· Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas

· Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

· Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

· Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali

· Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya

· Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak

· Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

Sumber: BeritaHarian 23/03/2008