PAGE

Ahad, Jun 22, 2008

Alahan Telur

Pengenalan

Telur mudah diperolehi dalam kebanyakan makanan. Ibubapa harus tahu makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur terhadap anak mereka.

Apa itu alahan telur?

Alahan telur ialah reaksi tindakbalas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindakbalas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.

Bagaimana Alahan Terjadi?

Alahan telur terjadi bila badan bertindakbalas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang tindakbalas ketahanan badan dengan mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujud gejala alahan telur.

Bagaimana Biasanya Keadaan Ini Terjadi?

  • Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui
  • Biasanya bermula semasa telur diperkenalkan kepada bayi
  • Alahan biasanya hilang pada umur 5 hingga 7 tahun.

Bagaimana Kesan Alahan Ini Terjadi?

Reaksi alahan berlaku terhadap kulit, usus dan paru-paru. Kadangkala memberi kesan kepada fungsi jantung dan tekanan darah.

Jenis–Jenis Reaksi

  • Akut – gejala kelihatan dalam masa beberapa minit
  • Lewat – gejala kelihatan – selepas 2 – 4 jam

Gejala alahan biasanya dialami kurang daripada sehari termasuklah:-

  • Gatal-gatal, radang kulit (eczema)
  • Muka menjadi merah
  • Mata berair, bengkak kelopak mata
  • Gatal, bengkak bibir
  • Tekak perit
  • Hidung berair
  • Bernafas termengah-mengah, batuk
  • Loya dan muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit

Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?

Diagnosa di lakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.

  • Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik saja memakan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku
  • Ujian khusus akan dilakukan oleh pakar
    • Ujian alahan kulit
    • RAST (Radio allergosorbent test)
    • Ujian khas alahan telur dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar.

Apa Itu Anafilaksis?

Setengah kanak-kanak mendapat reaksi alahan teruk yang di panggil ‘termed anaphylasis’. Keadaan ini wujud secara tiba-tiba dan teruk yang melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.

Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk :

  • Rasa takut
  • Muka menjadi merah
  • Bengkak mata, mulut, lidah dan bibir
  • Tekak perit
  • Susah bernafas, nafas berbunyi (Wheezing)
  • Loya dan muntah
  • Sakit perut
  • Pening
  • Tekanan darah rendah
  • Denyutan jantung cepat

Bagaimana keadaan ini di rawat?

Semua reaksi alahan

  • Jumpa doktor dengan segera

Ubat untuk merawat alahan termasuk:-

  • Antihistamines
  • Adrenaline
  • Steroids

(Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini)

Bagaimana Anafilaksis Dirawat?

Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan

  • Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan segera
  • Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang tidak didapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu untuk pengisian semula.

Apakah Harus Yang Saya Lakukan Jika Anak Saya Ada Alahan Telur?

Sekiranya anak anda ada alahan telur:-

  • Elakkan memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (walaupun kandungan telur adalah sedikit tetapi boleh menyebabkan reaksi yang teruk)
  • Baca dengan teliti label makanan dan elakkan yang ada telur
  • Rancang langkah kecemasan sekiranya mengalami reaksi alahan
  • Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada
  • Pakaikan gelang yang ada ‘medi alert’ di pergelangan tangan anak
  • Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak
  • Minta nasihat doctor mengenai reaksi alahan apabila menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).

Apakah Tindakan Yang Perlu Dilakukan?

Ketahuilah bahawa banyak makanan yang mengandungi telur yang tidak dimasukkan dalam label. Contohnya:-

  • Albumin
  • Globulin
  • Ovalbumin
  • Vitellin
  • Lysozyme

Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain

Adakah Alahan Dapat Diatasi Bila Anak Saya Meningkat Dewasa?

Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...