PAGE

Rabu, Jun 11, 2008

Olivenol livin' ejen antipenuaan

KHASIAT buah zaitun disebut di dalam al-Quran.

SURAH At-Tin ada menyebut mengenai buah tin dan zaitun. Riwayat dari Abu Dzar juga ada menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW dihadiahkan satu bekas buah tin dan zaitun. Lalu Nabi mengajak sahabat-sahabatnya makan bersama-sama sambil bersabda:

“Kalau aku perkatakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit badan.”

Di dalam surah An-Nur ayat 35; “Yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Buah yang dianggap sebagai anugerah alam ciptaan Allah SWT itu amat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan. Ia turut diakui dunia perubatan. Malah, sejarah turut membuktikan, pokok zaitun sebagai sejenis tanaman tertua di dunia dan mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir.

Buah zaitun atau nama saintifiknya Oleaeurofea mempunyai ketinggian kira-kira tiga meter. Daunnya berwarna hijau terang dengan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman dan kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi.

Berdasarkan kebaikan dan kelebihan pada buah zaitun, Profesor Genetik Molekular, Prof Dr Roberto Crea memperkenalkan hasil penyelidikannya sejak 10 tahun lalu, OLIVENOL livin’ yang dibangunkan berasaskan biofenol buah zaitun menjadi produk bahan makanan sampingan dihasilkan daripada 100 peratus jus zaitun (olea europaea) organik yang dipatenkan.

Walaupun biofenol boleh didapati di dalam kandungan minyak zaitun, namun kandungan biofenol di dalam jus adalah 300 kali ganda lebih baik berbanding yang ditemui di dalam minyaknya.

OLIVENOL livin’ adalah produk jus zaitun pertama dihasilkan di dunia dan diperakui pusat penyelidikan dan institusi pendidikan terkemuka sebagai produk yang meliputi semua elemen diperlukan tubuh terutama dalam aspek kecantikan dan kesihatan.

Pengambilan makanan tambahan berasaskan jus zaitun OLIVENOL livin’ dirumus khusus bagi merawat kerosakan kulit juga berkesan sebagai ejen anti penuaan dan anti inflamasi di sendi, sel kulit dan tisu badan.

Penggunaannya bukan saja untuk kulit tapi bertindak sebagai antioksida, antibakteria, pertumbuhan folikel rambut dan kuku. Bahan makanan tambahan OLIVENOL livin’ dirumus khas menuruti standard keselamatan paling ketat. Keseluruhan proses bebas toksik dan bahan pelarut. Ia juga disahkan halal oleh The Australian Federation of Islamic Council Australia (Afic).

INFO: Zaitun

  • Greek dan Syria adalah negara terawal mengusahakan penanaman pokok zaitun lebih daripada 5000 tahun lalu.

  • Perkataan ‘olive’ atau zaitun secara beransur-ansur berkembang bermula daripada perkataan Gree, elaiwa kepada elia, maslina, olajbogyo, olivia dan akhirnya olive.



Capaian entry berkaitan :
* Khasiat zaitun
* Tonik jantung
* Olivenol livin' ejen antipenuaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...