وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ (٩
wajaalnaa minbaini aidihim saddaun wamin khalfihim saddaun faaq'shaina humfahum laayub siruun
Maksud: Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. (36 Surah Yaasiin, ayat 9)
Fadhilat ayat:
Elok untuk menyembunyikan diri dari penglihatan musuh.
Di sini saya kongsikan sebuah kisah benar tentang ayat di atas, yang menjadi amalan opah Nyah (opah saudara belah ayah). Pada satu petang, seperti biasa, opah Nyah sedang berkebun di rumahnya. Tiba-tiba sayup-sayup dia terdengar suara orang menjerit-jerit memanggil nama suaminya (Tok Ngah). Sambil dia mengintai-intai empunya suara, opah terpandang Tok Uda (adik iparnya) sedang berjalan tergesa-gesa menuju ke rumah mereka. Yang menakutkan opah, Tok Uda nampak seperti gajah naik minyak kerana membawa sebilah parang yang dihayunkannya ke kiri ke kanan. Menurut ayah saya, mereka adik-beradik (Tok Ngah & Tok uda) berselisih faham tentang pembahagian harta pusaka, Tok Uda memang tak berapa puas hati dengan abangnya, Tok Ngah. Opah Nyah terus baca "Wajaalnaa minbaini aidihim saddaun wamin khalfihim saddaun faaq'shaina humfahum laayub siruun" sambil berdoa dirinya terselamat dari Tok Uda yang sedang mengamuk. Yang peliknya (dengan izin Allah jua), Tok Uda lalu melintasi opah Nyah, betul-betul depan mata, tapi Tok Uda seolah-olah tak nampak/perasan yang opah Nyah ada dihandapannya. Kuasa Allah jua, opah Nyah terselamat dari amukkan dan sempat mengajar ayah saya fadhilat ayat 9 dari surah Yaasiin ini.
Boleh layari QuranExplorer.com untuk mendengar secara online.
Sumber: my father
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...