Hari ini saya ingin berkongsi petua yang saya terima melalui KBS (Kelab-BersamaSuzana). Petua ini dikirimkan oleh Pn Suzana, yang diturunkan oleh Dr. Fatimah Az-Zahra.
Dr. Fatimah Az-Zahra telah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman.
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca :
1. Al-Fatihah 1 kali,
2. Ayatul Qursi 1 kali,
3. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
سُوۡرَةُ الواقِعَة
إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦)عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨)
Maksud surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri (bidadari) mereka dengan ciptaan istimewa, (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.
Boleh didengari secara online di QuranExplorer.com
Sila lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan-tuan, semoga ada manafaatnya.
NB: Abaikan huruf di bawah tu, kalau saya delete, nanti 'dia' kacau ayat A-Quran yang saya C&P kat atas nu....
٣ (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri (bidadari) mereka dengan ciptaan istimewa, (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.
Boleh didengari secara online di QuranExplorer.com
Sila lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan-tuan, semoga ada manafaatnya.
NB: Abaikan huruf di bawah tu, kalau saya delete, nanti 'dia' kacau ayat A-Quran yang saya C&P kat atas nu....
kak...
BalasPadamsy copy n kongsi ngan kawan2..
thanks ye..