PAGE

Rabu, Januari 21, 2009

Anak paus terdampar di pantai Batu Burok


Salam,

Rasanya ini kejadian kedua, paus terdampar di perairan negara. Tak sangka laut kita dalam, hingga wujud specis ikan terbesar di dunia... Saya pernah menikmati daging paus ketika berada di negara matahari terbit. Memang rasanya agak unik, tidak seperti rasa daging ikan yang biasa kita nikmati. Saya kurang pasti daging ikan paus yang saya makan bahagian mana, tetapi rasanya cukup enak, menghampiri rasa hati lembu, tetapi menurut koteklema-sumber-hidup-warga-lamalera, dagingnya berwarna cerah dan berserat rasanya tidak ubah seperti daging mamalia darat seperti sapi, kerbau, kambing, kuda atau rusa.

Sedap dibuat BBQ yakiniku (焼肉) atau dimakan mentah begitu saja.

Apa-apapun, jika ada kesempatan, cubalah anda rasai sendiri keenakkannya.




Anak paus terdampar di pantai Batu Burok


ORANG ramai cuba menyelamatkan anak ikan paus yang ditemui terdampar di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu semalam.

TERDAMPAR. Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu gempar malam tadi dengan penemuan seekor anak ikan paus yang terdampar di pantai itu.

Seorang gadis, Nurul Amelia Khairudin, 15, yang menemui anak ikan paus itu pada pukul 8.30 malam pada mula menyangkanya mayat manusia.

Sebaik sahaja penemuan itu diketahui umum, pantai menjadi riuh-rendah dengan orang ramai yang cuba menolak anak ikan paus itu ke laut dalam tempoh dua jam tetapi usaha itu gagal kerana ombak kuat. Anak ikan itu akhirnya mati pada pukul 10.30 malam. Seorang kakitangan Jabatan Perikanan memberitahu, ikan itu cedera di bahagian sirip dipercayai tersangkut pada jaring milik nelayan.

Sumber: Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...