PAGE

Rabu, Mac 25, 2009

HADIS: Ganjaran amal soleh


DARI Abi Hurairah (ra.) katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Allah SWT telah menyediakan untuk hamba-nya yang soleh itu nikmat yang tidak pernah dilihat, didengar dan tidak pernah terlintas di hati, bacalah kiranya firman-Nya bermaksud: maka setiap orang itu tidak mengetahui apa yang disimpankan untuk mereka dari (segala jenis nikmat) yang indah dipandang lagi menggembirakan sebagai balasan bagi amal yang mereka kerjakan (surah as-sajadah ayat 17)." (Hadis Riwayat Bukhari).

Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menceritakan mengenai ganjaran yang disediakan untuk balasan kepada mereka yang beramal soleh di dunia ini terlalu besar dan hebat. Ianya tidak pernah terfikir oleh hati manusia, sekalipun mungkin namanya agak sama tetapi jauh lebih baik indah dan enak dari segala nikmat yang pernah dirasainya di dunia ini. Sehingga tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Apa yang dapat diceritakan ianya nikmat yang tidak pernah terlintas di fikiran, tidak pernah terlihat dan terdengar.

Kesimpulannya:

Beramal ibadatlah dengan bersungguh-sungguh sekarang ini,kerana balasan amalan tersebut amatlah besar ganjarannya sehingga tidak mampu digambarkan kerana belum terlihat dan terdengar, juga belum terfikir dalam benak hati manusia.

Sumber: Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...