Entry ini ditulis ekoran kekecohan dengan video clip seorang pembantu rumah asing yang mendera anak majikannya. Saya cuma menonton separuh daripada video ini kerana tidak mahu menyaksikan perlakuan kejam si pembantu rumah terhadap anak kecil (1.5-2 tahun?) yang masih tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan.
Sebenarnya saya ingin menyentuh perihal majikan yang tidak mahu cuba memahami pekerjanya sendiri. Bukan maksud saya untuk membenarkan perlakuan kejam si pembantu rumah seperti di dalam video clip tersebut, tetapi pada hemat saya, ada kemungkinan pembantu rumah itu bertindak sedemikan kejam dan cuba membalas dendam akibat ketidak-puasan hati terhadap majikannya.
Cuba kita bayangkanlah jika anak anda lima orang, manakala anda dan suami bekerja sehingga tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah kerana kepenatan di pejabat. Kain baju mesti dibasuh, digosok dan disimpan dengan kemas. Anda mungkin boleh memasak, tapi tak dapat hidangkan makanan untuk anak-anak dan mengemas barang-barang dapur yang kotor.
Lantai perlu disapu dan dilap (mop) sekurang-kurangnya sekali sehari, memandangkan anak-anak yang suka bermain dalam rumah tentulah bersepah-sepah. Memang penat jika semua itu dilakukan oleh isteri anda yang juga bekerja di pejabat. Tetapi adakah anda memahami betapa beratnya kerjaya pembantu rumahtangga?
Kita sering mendegar rungutan majikan yang tidak berpuas hati terhadap orang gaji mereka. Di Malaysia, kebanyakkannya kita menerima pendatang asing dari Indonesia atau Filipina untuk bekerja sebagai pe,mbantu rumah. Bagaimanapun, selau saja ada masalah yang menyangkut soal majikan dan pekerja, mengapa fenomena ini terjadi?
Majikan perihatin
Ada yang mempunyai majikan baik, pembantu pula jahat. Ramai juga mereka yang terkena dengan majikan zalim. Diseksa, kerja terlampau berat, makan tak cukup, sakit tidak diubat, dikurung dalam rumah, tidak beregaji bertahun-tahun, sampai anda yang kena rogol dan dibunuh. Hampir tak percaya pada zaman moden ini, masih ada juga nafsu yang mahu memperhambakan sesama manusia, berjiwa binatang.
Kita mahu rumahtangga kita bahagia, anak-anak terjaga dengan rapi dan didikan yang mereka terima dari kecil adalah nilai-nilai akhlak yang baik. Kita mesti sedar, sebagai ibu bapa yang sibuk, kita tidak mampu untuk meluangkan masa yang cukup untuk anak-anak. Dengan pembantu rumahlah, mereka berkomunikasi. Tangan orang gaji itu yang menyuapkan nasi dan membuat susu untuk mereka semasa kita tiada di rumah kerana keluar bekerja. Prnahkah anda terfikir :
- Sudahkah kita pastikan ia adalah tangan yang bersih daripada dosa?
- Jika dia memberi nasihat kepada anak kita, apakah itu nasihat yang baik daripada hati yang suci?
- Adakah gaya dan cara bercakap serta bergaul orang gaji kita diikut-ikut oleh anak?
- Apakah anda telah pastikan tiada nillai-nilai negatif yang boleh meracuni pemikiran dan perasaan anak anda?
Bersifat kasih dan berlemah lembut
Anda semestinya faham latar belakang orang gaji anda yang tidak ada pendidikan tinggi, bahkan tidak terdedah dengan dunia luar. Jadi untuk orang seperti dia, memang keadaannya terlalu daif, lemah dalam pemikiran dan perasaan. Lambat bergerak dan berfikir dan terlalu sensitif hatinya kerana jauh daripada keluarga pula. Ini semua memerlukan kesabaran di pihak anda untuk membantunya bekerja dengan baik. Jika penghinaan saja yang setiap hari dia dengar daripada mulut anda, maka tidak hairanlah jika dia akan bermasalah pada masa akan datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut pada semua urusan. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud, “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah SWT sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
- Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
- Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.
- Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.
Anda juga bertanggungjawab menanamkan iman dan mengajarkan ibadah kepada pembantu rumah anda. Sentiasa mengingatkan dirinya denga nasihat-nasihat agama dan mengajaknya berjemaah. Rasulullah SAW pernah bersabda ketika dalam keadaan sakit yang membawa kepada kewafatan baginda, "Perhatikanlah sembahyang dan hanba-hamba sahaya kamu." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah contoh majikan yang terbaik
Daripada Anas r.a. katanya, aku tidak pernah menyentuh sutera tebal atau nipis yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah SAW. Aku juga tidak pernah mencium bau-bauan yang lebih harum daripada bau Rasulullah SAW. Sesungguhnya aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama sepuluh tahun, tidak pernah baginda berkata kepada aku perkataan 'ah' dan tidak pula pernah menyoal sesuatu yang telah aku lakukan dengan mengatakan - “Mengapa engkau lakukan demikian?” dan semasa aku tidak melakukan sesuatu tidak pula baginda menyatakan, “Alangkah baiknya jika engkau tidak berbuat demikian.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik dan sempurna akhlaknya, meliputi cara bergaul, bertutur dan bertindak. Seseorang majikan yang baik ialah orang yang boleh menunjukkan contoh tauladan kepada pekerjanya sehingga pekerja merasa selesa untuk bekerja dan berkhidmat dengan sempurna kepada majikan. Seorang majikan hendaklah pandai mengambil hati pekerjanya. Tegur dan nasihatlah dengan cara yang baik dan penuh hikmah supaya tidak menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pekerja sehingga menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan, mogok dan sebagainya.
Secara langsung ataupun tidak, kecemerlangan anak di dunia dan di akhirat juga bergantung kepada sentuhan tangan yang mengajarnya. Ini termasuklah tangan si pembantu rumah. Bersediakah anda meletakkan tanggungjawab itu di tangan orang gaji anda?
Renung-renungkah!
>>forwarded mail<<
Ramai yg dh tgk rakaman video ni. Ni aku tempek berita pasal si amah tu. Kisah yg berlaku 2 tahun lepas. Bagi yg ada maid, jika anak anda yg periang tetiba jadi murung, siasatlah dgn teliti puncanya.
*****
*****
Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.
Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.
Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.
Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya.
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.
Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.
Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.
Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya.
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.
Updated : 04/28/2009
Susah nak komen tentang sikap majikan. Saya rasa saya antara majikan yang tidak cerewet dan yang tidak membebankan pembantu rumah. Pembantu rumah saya medapat kebebasan cuti di hujung minggu dan cuti-cuti umum. Nak pegi rumah saudara saya hantarkan. Nak HP saya benarkan. Malah saya tak kisah pun kalau dia tak dapat kemaskan rumah tapi yang penting makan minum pakai dan sekolah anak saya dijaga. Smapai naik lemaklah...mula kerja kul 9, kul 3 dah masuk bilik tak mau selesaikan kerja. Kenapa saya beri kebebasan? Sebab saya rasa saya suka kalau boss saya bagi freedom and saya leh buat kerja lebih efficient lagik. So saya anggap macam tuh lah jugak pembantu rumah saya. Tapi in the end of the day, saya juga yang suffer. Mereka lari ngan jantan, mereka tukar kerja dsb. But then again....saya selalu pujuk diri saya. Maybe itulah yang terbaik buat anak-anak saya dan saya. Allah tuh tahu aper yang terbaik buat hambanya. So sentiasa saya bersangka baik ngan Allah.
BalasPadamastafirullahhalazim..kejam sgt..menangis tgok...
BalasPadamSalams all,
BalasPadamAs forwarded by a contact (further to the vid). One couldn't help but overwhelmed with dread, fear and disgust watching the vid. And one couldn't help but secretly wish someone would beat the crap out of that Indon maid everyday of that 24 months that she is in prison. Such cruelty to a poor 3 year old kid. With all due respect, Sis Bawang Goreng, the maid might have some issues with her employer but Nothing Justify Violence, particularly to helpless children.
In addition, cases of maids abused by employers seem to get the media attention whilst cases such as this are rarely highlighted.
ALLAH Hafeez.
sgt2 la xsampai hati nk tengok nyer...
BalasPadamjahat sangat la pembantu rumah nie..
kejam utk budak sekecil itu..yg xtau apa2 pun..
sy tdk nampak sebarang makhluk bernama manusia boleh berbuat apa saja dengan membalas dendam kepada kanak2 ,bagi apa saja alasan...ianya tidak boleh diterima sama sekali! jika dia amah ,berhenti saja.jika dia pengasuh(baby sitter) katakan tak mahu jaga anak2 orang itu.mengapa mesti berlaku kejam? sebab duit? kalau sebab duit,maka majikan perlu bijak menyiasat jika pengasuh tidak mengatakan pendirian kemahuan sebenar mereka.
BalasPadamsaya nampak makhluk Allah Taala yg sebegini tidak mempunyai akal dan iman yang baik dan mungkin sakit jiwa yang kronik. harus di jauhi drp kanak2 sejauh mungkin.......
Mujur minah endon tue x jadi pembantu gua…. Tidak memang jadi lauk sadinnye…. Lagi teruk jawabnye pade ammah bonet…..
BalasPadam