PAGE

Khamis, Jun 18, 2009

Ibu hamil gemuk, bayi belum tentu besar


Salam,

Pelik ya, bayi kecil tapi tubuh ibu ketika mengandung besar. Ini adalah perkara yang kadang kala menimbulkan kehairanan di kalangan ibu yang baru bersalin dan juga wanita-wanita lain. Bayi yang lahir ada kalanya hanya seberat 2.5kg sedangkan peningkatan berat ibu mencecah 20kg. Apakah yang berlaku sebenarnya? Untuk pengetahuan semua, terutamanya wanita hamil, tidak semestinya ibu hamil yang bertubuh besar akan melahirkan bayi yang besar. Besar atau kecilnya janin dalam kandungan berkaitan dengan pola makan dan makanan yang diambil oleh ibu hamil. Sekiranya ibu hamil sukar untuk makan atau sering muntah dan kemudiannya mengalami penurunan berat badan, maka kemungkinan janin yang dikandungnya akan memiliki berat badan yang rendah.

Oleh itu mulai sekarang, tepislah anggapan bahawa ibu gemuk, maka bayi yang lahir pasti besar. Normalnya, berat badan seorang ibu dalam tempoh kehamilan akan terus meningkat. Namun, jika bayi dalam kandungan tidak mengalami kenaikan berat badan atau naik tapi tidak terlalu signifikan, maka pasti ada sesuatu yang mengganggu perkembangannya.

Pantau perkembangan janin

Bagi mengetahui perkembangan berat badan bayi dalam kandungan, pemeriksaan Ultrasonografi (USG) secara periodic atau berkala akan dilakukan. Melalui pemeriksaan ini dapat dipantau perkembangan janin sejak awal kehamilan lagi agar janin membesar sesuai dengan usia dalam kandungan. Berat ideal janin :
1. Pada usia kehamilan 20 minggu, berat janin kira-kira 0.5kg
2. Pada usia kehamilan 36 minggu, janin harus mencapai 2.5kg
3. Mendekati kelahiran, berat janin harus mencapai 3-3.5kg

Penyebab berat badan janin tidak naik

1 – Bekalan makanan dan oksigen terganggu

Ibu yang mengalami kenaikan berat badan yang stabil dalam tempoh kehamilan diandaikan tiada masalah dalam penyerapan makanan. Zat ke janin disalurkan dengan baik dan mencukupi. Namun, jika berat badan bayi yang dikandungnya kurang daripada yang sepatutnya, kemungkinan besar berlaku halangan atau gangguan terhadap bekalan makanan dan oksigen dari ibu kepada janin.

2 – Kesan dari ubat-ubatan yang diambil oleh ibu hamil

Sebagai contohnya, si ibu menderita penyakit hipertensi, kelainan ginjal kronik, perokok ataupun penderita diabetes melintus berat. Pengambilan alcohol, amalan pemakanan yang buruk serta pengambilan ubat-ubatan terlarang juga akan memberi kesan terhadap tumbesaran janin.

3 – Faktor rahim dan plasenta

Sel-sel pada plasenta yang rosak akan menyebabkan tali pusat tidak masuk ke dalam plasenta secara normal. Ia seterusnya akan menyebabkan keperluan makanan dan gizi bayi tidak dapat disalurkan atau dibekalkan dengan baik.

Bagi mengetahui keadaan plasenta berfungsi dengan baik, maka pemeriksaan USG boleh dilakukan. Dengan USG, dapat dinilai peningkatan arus darah yang melalui plasenta. Selain itu, ia juga dapat dikesan melalui pemeriksaan kardiotokografi (CTG) di mana respons bayi melalui gambaran denyut jantungnya dapat dilihat. Gambaran tersebut membolehkan keadaan bayi dinilai sama ada kekurangan oksigen atau tidak.

4 – Faktor janin

Contohnya janin kembar, kelainan kromosom, cacat bawaan ataupun jangkitan dalam kandungan.

Mempastikan bayi lahir dengan berat badan yang normal

Berikut adalah yang harus dilakukan oleh setiap ibu hamil bagi mempastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai berat badan yang normal.

1. Lakukan pemeriksaan kehamilan secara rutin – Dapatkan nasihat faktor-faktor penyakit yang mengganggu kehamilan, termasuk brat badan yang kurang. Ikuti saranan dan nasihat doktor. Makan makanan yang berzat dan memenuhi syarat makanan dengan gizi seimbang.

2. Hentikan amalan buruk – Antaranya seperti merokok, minum alkohol, minum ubat-ubatan yang tidak perlu yang boleh mengganggu kesihatan janin.

3. Dapatkan rehat yang secukupnya – Elakkan mengerah tenaga hingga melebihi hadnya serta dapatkan rehat di samping tidur yang cukup. Selain itu, sekiranya berlaku masalah, berjumpalah doktor dengan kadar segera.

4. Lakukan pemeriksaan USG – Sekiranya perlu, lakukan pemeriksaan USG untuk memantau keadaan janin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...