Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Sesungguhnya kita sentiasa dihimpit oleh perasaan tidak yakin pada diri sendiri. Kita berasa seolah-olah dunia dan masyarakat di sekeliling kita sentiasa memerhatikan kita. Paling malang, apabila kita tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan segala pancaroba yang sentiasa melintasi kehidupan kita.
Oleh kerana itu, kita perlu bangun, sekalipun dengan seribu kepayahan kerana setiap sesuatu kejadia itu mempunyai kelebihannya yang tersirat. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Oleh kerana itu, marilah kita merencanakan kehidupan kita dengan sifat-sifat yang cemerlang seperti berikut.
1 – Orang yang bersikap cemerlang semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang cemerlang berperibadi kuat seumpama besi waja; semakan dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana lilin, apabila terkena api, hancur lebur. Apabila menghadapi cabaran sahaja, mudah pula mengaku kalah. Tun Dr. Mahadhir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihada[pi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam ‘exhaust pipe’, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai Tun Dr. Mahadhir Mohamad; semakin tercabar, semakin gagah!
2 – Orang yang cemerlang melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang cemerlang dapat melihat peluang keemasan sekalipun dalam suasana kegawatan. Aristotle Onassis, seorang Jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Beliau berpindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru. Umurnya pada waktu itu hanyalah 17 tahun. Selepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat muflis, tetapi, Onassis telah nampak suatu peluang. Beliau sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Beliau telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga yang murah. Ssetelah membuat sedikit pindaan, kapal-kapal itu dusah boleh digunakan. Beliau telah menggunakan kapal-kapal tersebut untuk mengangkut barang-barang dan minyak untuk diperdagangkan. Onassis telah dapat melihat peluang dalam kegawatan. Manakala, orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.
3 – Orang yang cemerlang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
Perdana Mernteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan nasihat ayahnya, “Mac, kalau kamu telah memikirkan sesuatu perkara itu berguna untuk dilakukan, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh.” Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi. Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara :
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
4 – Orang yang cemerlang sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata, “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya, apakah yang boleh dia buat bukan apa orang lain patut buat untuk dia.” Orang yang berfikiran positif sentiasa bertanggungjawab kepad diri sendiri serta tindakan-tindakannya. Dengan ebrsikap positif, seseorang otu akan mencari jalan untuk memperbaiki kehdiupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk memperbaiki kehidupannya.
5 – Seseorang yang cemerlang tidak menyalahkan keadaan
Seseorang yang cemerlang tidak mudah mengeluh apabila ditimpa sesuatu kemalangan, musibah atau kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk klebaikan kepada dirinya serta orang lain. Napoleon yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat beliau belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis. Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa beliau lebih baik daripada mereka. Beliau telah belajar ilmu ketenteraan denga bersungguh-sungguh. Akhirnya beliau menjadi Maharaja Perancis, menakluki tiga suku benua Eropah. Kekurangannya, serta ejekan-ejekan daripada rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
6 – Orang yang cemerlang sentiasa mendengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang cemerlang tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya, misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, dia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah dia salah atau tidak. Perlu diingatkan, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk memperbaiki diri dan kerja kita.
7 – Orang yang cemerlang sentiasa berusaha untuk bangun apabila terjatuh
Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, merka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan. Begitulah kehebatan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat kecemerlangan dalam diri mereka.
Renung-renungkan!
Sumber : Mohd Huzairi Zainuddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...