Masalah 1 – Lelaki hidap penyakit kronik berisiko mati pucuk
Hasil kajian dari Jurnal Perubatan Amerika Syarikat, lelaki yang menghidap penyakit kronik lebih berisiko menghadapi masalah mati pucuk.
Buktinya :
- Kira-kira 90% lelaki yang mati pucuk mengalami masalah jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi dan juga ketagihan merokok
- 50% juga daripada mereka ini penghidap kencing manis. Individu ini mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mati pucuk berbanding dengan individu yang bebas daripada kencing manis.
- Lelaki yang langsung tidak melakukan sebarang aktiviti kecergasan lebih daripada sebulan juga berisiko tinggi untuk mati pucuk
Masalah 2 – Berbasikal menjejaskan kualiti sperma?
Mengayuh basikal lebih daripada 30 minit dalam satu sesi dan ditambah dengan pemakaian ketat mungkin akan meningkatkan suhu pada sekitar alat kelamin seperti pada kerandut zakar dan mungkin boleh menjejaskan pengeluaran sperma.
Mengayuh basikal pada jangka masa yan glama juga boleh membuatkan bahagian sulit lelaki menjadi kebas dan memungkinkan ia menjadi petanda terjejasnya kesihatan daraf dan arteri pada bahagian tersebut. Sekiranya anda memilih berbasikal sebagai satu aktiviti riadah, pastikan anda memilih tempat duduk atau pelana basikal yang lebih lembut atau tidak terlalu kecil dan diubahsuai untuk mengurangkan tekanan pada bahagian tersebut. Jangan lupa berehat seketika jika anda memilih untuk mengayuh pada jarak yang lebih jauh.
Masalah 3 – Statistik kanser testis
- Di Amerika Syarikat, 8000 lelaki mengidap kanser ini setiap tahun, ia satu gambaran betapa seriusnya penyakit ini di kalangan lelaki.
- Seramai 390 orang mati disebabkan kanser testis di seluruh dunia
- Kanser testis banyak menyerang lelaki di antara usia 18 hingga 39 tahun
- Kanser testis banyak menyerang lelaki kulit putih seperti di Denmark, Norway, Sweden dan Iceland
- Lelaki Asia dan Afrika kurang menghidap kanser testis
- Faktor atau penyebab kanser testis masih tidak diketahui
Masalah 4 – Ketagih bahan porno lebih teruk dari barah
Menurut pengkaji perubatan Louise Chang, pornografi merupakan ‘barah’ atau ‘toksik’ yan glebih teruk kepada kesihatan tubuh dan minda jika dibandingkan dengan kokain. Pornogragi boleh menjadi satu ketagihan bahaya terutamanya kepada remaja belasan tahun.
Kebanyakan individu yang terlibat dengan menonton pornografi melalui majalah dan laman web adalah remaja lelaki. Kini dianggapkan kira-kira 420 juta laman web adalah berteraskan pornografi. Ketagihan pornografi ini akan membawa keada gangguan psikologi dan akhirnya remaja berkenaan akan membesar tanpa jati diri yan gkukuh. Jika tidak dikawal, ketagihan pornografi ini akan membawa ketagihan seks dan dengan gangguan mental yan gdialami memungkinkan seseorang itu menajdi perogol atau pembunuh.
Masalah 5 – Asap kenderaan punca lelaki tidak subur
Kajian dari Itali mendapati asap kenderaan mampu mengurangkan sperma lelaki muda dan pertengahan umur. Mereka percaya oksida nitrogen dan timah yang terhasil gas buangan kenderaan bermotor menjadi penyebab penurunan kualiti sperma.
Dr. Michele De Rosa dan rakan penyelidik dari University of Naples meneliti sperma 85 lelaki yang bekerja di pusat tol, rata-ratanya terdedah kepada asap kenderaan lebih enam jam sehari. Mereka membandingkan hasil kajian tersebut dengan kualiti sperma 85 lelaki usia yang sama dan tinggal di daerah sama tetapi tidak terkena pencemaran asap kenderaan bermotor. Hasil kajian mendapati kualiti pekerja pungutan tol lebih rendah dan kurang mampu membuahi sel telur perempuan.
Menurut Dr. Michele lagi, sperma mereka sangat lambat dan kurang aktif sehingga potensi untuk mebuahi telur sangat rendah dan menyimpulan bahawa kandungan timah, oksida nitrogen, oksida belerang dan karbon monoksida memberi kesan buruk pada kualiti sperma lelaki. Oleh itu lelaki yan gmenghabiskan banyak masa di jalan raya dan terdedah dengan gas tersebut akan menghadapi risiko sperma tidak berkualiti.
Sumber : MW
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...