Ramai yang menyedari keburukan beronani namun bagi sesetengah lelaki, melakukan onani menjadi rutin bagi melampiaskan nafsu, selesai melakukan onani, nafsu yang memuncak kembali berkurangan dan jiwa menjadi tenang.
Secara fizikalnya, onani tidak mempunyai kesan sampingan iaitu ejakulasi awal seperti yang dirisaukan oleh kebanyakan lelaki. Onani tidak berkaitan dengan kemampuan seks. Ini krana testis berupaya untuk menghasilkan sperma selagi seorang lelaki itu masih hidup.
Namun secara psikologinya pula, onani boleh membuatkan seorang lelaki mengalami ejakulasi awal, bila si pelaku berasa bersalah melakukan perbuatan tersebut, akan timbul rasa berdosa dalam diri. Menyesal dan rasa gelisah, akibatnya jiwa menjadi tidak tenang. Kebanyakan lelaki setelah beronani akan merasa tidak selesa kerana mereka merasakan telah melakukan perbuatan yang dirasakan bertentangan. Perlu disedari, bahawa antara seks dan jiwa saling berhubungan.
Kenikmatan seks tidak akan diperolehi jika jiwa berada di dalam kegelisahan atau merasa tekanan. Tekanan menjadi salah satu punca mengapa berlakunya ejakulasi awal. Stres juga boleh terjadi disebabkan tekanan oleh pekerjaan.
Sebenarnya, ejakulasi awal atau keperkasaan lelaki tidak boleh diukur sebelum diikat dengan perkahwinan. Sensasi seks bersifat relatif, tergantung bagaimana yang dirasai oleh pasangan. Dalam hubungan seksual, ada dua perkara yang perlu diketahui oleh lelaki mengenai wanita :
1. Wanita yang tahan lama,
2. Wanita yang cepat orgasma
Bagi wanita yang cepat orgasma, mereka hanya memerlukan dua atau tiga minit sahaja untuk melakukan hubungan seks dan mencapai puncak kepuasan. Saat itu mereka akan memperakui keperkasaan lelaki dan menganggap bahawa pasangan mereka benar-benar hebat kerana berjaya memuaskan nafsu mereka. Lebih membanggakan lelaki, jika dipuji oleh pasangan yang mereka benar-benar hebat di ranjang. Ketika itu, lelaki tidak akan merasa mereka mengalami ejakulasi awal.
Sebaliknya, jika lelaki mengalami ejakulasi empat minit selepas berhubungan, sedangkan wanita mengambil masa yang lebih lama, maka si wanita akan berpendapat pasangannya lemah ketika melakukan seks sekaligus melemahkan semangat lelaki. Lelaki Pastinya cukup bimbang jika mereka sudah mengalami Ejakulasi sedangkan pasangan belum mencapai puncaknya.
Hubungan seksual perlu keseimbangan
Sebenarnya hubungan seksual memerlukan keseimbangan, saling memuaskan antara keduanya dan mencapai orgasma bersama walaupun bagi waktu yang singkat. Namun harus diingat, keperkasaan lelaki tidak membawa erti jika menyakitkan pasangan, isteri berasa terseksa dan sakit setiap kali berhubungan. Akibatnya pasangan tidak ingin melakukannya lagi kerana berasa sakit, bukannya kenikmatan seperti mana yang layak diterimanya.
Pemeriksaan doktor
Bagi lelaki yang kali pertama mengenali onani biasanya akan menemui perkara baru bagi mereka, di antaranya sperma keluar seiring dengan air kencing. Ini kerana sperma tertahan keluar sewaktu onani tetapi apabila disertai rasa ngeri dan terjadinya Penambahan frekuensi kencing, ia harus diperiksa oleh doktor. Ini kerana ia berkemungkinan terkena jangkitan kuman.
Onani tidak perkaitan dengan masalah lain. Begitu juga persoalan mengatakan orang yang melakukan onani akan mengalami masalah sperma cair atau menurun hingga sukar mendapat zuriat. Namun pendapat ini itdak semestinya benar kerana sperma yang cair belum tentu tidak berkualiti atau bermutu rendah. Untuk mempastikan kualiti sperma, ia tidak boleh dilihat dari segi bentuk tetapi harus menjalani pemeriksaan teliti oleh doktor pakar.
Sumber : MW
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...