Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jangan sesekali terpengaruh dengan kata-kata bahawa ‘Life starts at 40’ kerana lelaki yang berusia lebih daripada 42 tahun mempunyai banyak disikonya. Antaranya bakal berhadapan dengan kanser prostat dan erektil disfungsi yang sememangnya mencipta ketakutan di kalangan lelaki.
Kajian yang dilakukan pada 2006 menunjukkan satu daripada enam lelaki akan menghidap kanser prostat. Ia juga menjadi kanser ke enam paling tinggi yang dihidapi lelaki negara ini. Prostat adalah kelenjar bagi sistem pembiakan lelaki. Ia menghasilkan sebahagian penting cecair seminal yang membawa air mani dan sperma ketika ejakulasi. Kanser prostat pula bermakna wujudnya ketumbuhan berbahaya pada kelenjar ini. Ketika ketumbuhan ini membesar, sel-sel kanser boleh merebak ke bahagian lain yang bersebelahan atau mengelilingi kelenjar prostat.
Sebagaimana kanser lain, sel kanser prostat juga mengambil asa untuk membiak dan biasanya ia tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal. Kanser prostat boleh dikesan melalui ujian darah bagi tahap antigen khas prostat (PSA). PSA adalah sejenis protein khas yang dikeluarkan prostat.
Cara lain yan gboleh digunakan untuk mengesan kehadiran kanser prostat iaitu Ujian Digital Rektal. Dalam ujian ini, doktor akan memasukkan jari ke dalam rektum (dubur) untuk merasa kehadiran ketumbuhan (tisu keras) pada prostat. Dengan cara ini juga, doktor boleh mengetahui saiz ketumbuhan, jika ada. Selain itu, kanser prostat juga boleh dikesan melalui ujian ultra bunyi dan biopsi tisu prostat. Seperti kanser lain, kanser prostat boleh dicegah jika dikesan awal dan mendapat rawatan sewajarnya. Dalam masa sama, lelaki perlu peka terhadap penjagaan kesihatan dengan kerap menjalani pemeriksaan, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bersenam setiap hari.
Disfungsi erektil
Melalui kajian ahli terapi seks, seiring dengan peningkatan usia, prestasi seksual lelaki juga menurun. Pada usia 50, masalah disfungsi erektil (ED) yang dialami boleh mencecah hingga 50%. Jika 60 tahun, kadar ED adalah 60% dan begitulah seterusnya. Secara umum, lelaki yang menghadapi masalah ED gagal mencapai ereksi untuk bersetubuh dengan pasangannya disebabkan kekurangan darah yang masuk ke zakar.
Selain faktor usia, gaya hidup turut menyumbang kepada masalah ED. Golongan yang suka minum minuman keras, mengalami masalah obesiti, sering tertekan, kurang bersenam dan merokok biasanya lebih terdedah kepada masalah ED.
Terdapat empat kategori ereksi :
- Tahap 1 : Ereksi membesar tetapi tidak tegang – masalah ED yang teruk.
- Tahap 2 : Ereksi menegang tetapi tidak cukup menembusi – ED yang sederhana.
- Tahap 3 : Ereksi cukup tegang tetapi untuk menembusi tidak sepenuhnya menegang – ED yang ringan.
- Tahap 4 : Ereksi menegang dan menembusi – Tiada ED.
Kesan pada pasangan
Apabila lelaki mengalami ED, tempiasnya bakal terkena kepada pasangannya. Lelaki yang mengalami ED secara tipikal akan kehilangan keyakinan diri. Ini menyebabkan mereka menjadi murung dan mula menyisihkan diri daripada pasangan. Tindakan ini secara tidak langsungnya menyebabkan wanita yang dipengaruhi emosi mula menyalahkan diri mereka apabila lelaki mengalami masalah seksual.
Faktor-faktor ini menyebabkan hubungan intim suami isteri sudah mulai tidak menyeronokkan. Jika dibiarkan, tanpa diserdari masalah seksual lelaki dan ketidakpuasan seksual mula bertapak. Ia hadir dalam berntuk kurang rendah libido, kurang nafsu berahi, kelemahan orgasma, sakit ketika hubungan seksual dan kurang kepuasan seksual.
Jika mereka yang mengalami ED mendapatkan rawatan untuk menyembuhkannya, hasil yang bakal diperolehi mampu mengembalikan ereksi hingga paras maksimum yang dikenali sebagai gred empat pada skala kekerasan ereksi, tindakbalas seksual pasangan wanitanya akan bertambah baik, disfungsi seksual akan berakhir dan keseronokan serta kepuasan seksual akan kembali pulih.
ED adalah isu dalam hubungan suami isteri. Justeru, untuk menanganinya, suami dan isteri harus bekerjasama. Oleh itu, suami isteri perlu memperuntukkan masa untuk berbual secara intim dan lebih bersifat terbuka. Menyorok kelemahan diri dan malu mengakui kenyataan, membuatkan hubungan suami isteri tidak mesra dan membibitkan rasa kecewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...